S.M.I.L.E
Monday, November 14, 2011
Move fOrward!
Thursday, November 3, 2011
Mencari ketenangan
hebat nye bacaan dlm solat
Friday, October 14, 2011
Pengubat Hati Sedih
TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”(H.R. Bukhari dan Muslim)
# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)
” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”
Friday, September 30, 2011
Mengemis kasih
Friday, July 29, 2011
Bingkisan Ramadhan
Sunday, July 17, 2011
Semoga kau kuat wahai sahabat..
Wednesday, July 6, 2011
Sharing moment ( MySA 2011)
Message from Dr Azwani:
>>>> Passionate, don't give up easily
>>>> Listen, respect ur collegues even ur competitors
>>>> Curious, competitive, creative, optimistic..
>>>> Enjoy ur life
.......................
Prof Dato' Dr Sheikh Omar Abd Rahman:
>>>>> Journey is not always straight, standard la up & down, up & down.... xkan nak straight je..
>>>>> Why we need to do research???? ye la kan, bile kita search sekali... x dapat.. re-search la lagi... x dapat.. re-serach lagi.... xdpt lagi... that's why la wujud word "research" tue..
Satu lagi, Prof Sheikh ade bercerita kisah 2 org student post graduate beliau. Diorang kene dptkan satu jenis virus/bacteria utk dijadikan anti____.. 1st student tue pun start la wat research kan.. sekali buat x jadi.. tukar method lain.. x dpt lagi.. tukar method lain, xdpt lagi.. Sampailah method yg ke-8 dia buat, tetap xdpt.. last2 give up.. terus stop reseach tue.. Last2, datang la sorang lagi student ni, berminat sambung research student tadi tue.. Student nie start dgn method yg ke-9.. Sebab, kenapa nak ulang method yg dah memang terbukti gagal kan.. & she is very lucky bcoz terus dapat virus tue..
ayat Kursi, <"..they do not require anything from His knowledge except as/when Hw wish only..">.. Prof cakap, yg penting sabar, terus cuba & cuba.. kita x tahu Allah nak bagi bile kejayaan kat kita..
>>>>> Do not REPEAT the MISTAKE
>>>>> Please, DO NOT GIVE UP, tak dapat, buat lagi... x dpt, buat lagi..
>>>>> ALL RIGHT!! Do the right thing, the right way, at the right time, the right place, with the right people, for the right reason..
Prof Sheikh pon ade bercerita, masa kecil2 dulu, budak sekolah suka ejek beliau.. Sebelah kaki Prof macam kecil sebelah (ye ke??).. Satu hari tue, Prof menangis depan mak beliau bile balik sekolah.
"Bakpo teriok kuat sangat ari nie Omar, biase2 teriok selow jer?" (versi klate)..
"20 org saing2 Omar ajuk cara jln ari nie.."..
"Omar, ce ghoyat ke ma, Omar sakit mano gak?"
"Sakit kaki la Chek."
Sambil tunjuk kat kepala, Mak Omar bertanya,"Sini sakit dok Omar?"
" Dok sakit Chek, sehat sini"
"Mane molek, sakit kaki ke sakit palo??"
...........
"Saing Omar tue sakit dok kaki??"
"Dok sakit Chek"
"Omar tahu dok, saing omar sakit mano?"
...........
" Omar, sakit kaki takpo.. yg penting sini molek (*sambil tunjuk ke kepala).. Kalu sini molek, semua tempat kite buleh gi.. Saing Omar sakit sini*.. Mano molek Omar??
Keesokan harinye...
..............................
Lesson here,
>>>>> Actually, we are not physically handicapped, but we may be metally handicapped..
to be continued.....
Great job MySA 2011!
Monday, July 4, 2011
MYSA 2011
Saturday, July 2, 2011
Setelah ku dipaling
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
Monday, June 27, 2011
Alhamdulillah < mode result final exam>
Alhamdulillah
Wednesday, June 22, 2011
NRIC 11
21-25 June 2011
..............................
~Currently at USM Penang~
Thursday, May 26, 2011
Saya hanya mampu merancang..
Wednesday, May 25, 2011
Let's FIGHTING!!!
Tuesday, May 24, 2011
Rajin vs Malas
Sunday, May 22, 2011
Rapunzel Bukan Hikayat Jerman
“Mother knows best!” itulah slogannya.
Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.
Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.
“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.
“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.
Tetapi Rapunzel itu manusia.
Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.
Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.
Dipenjara.
Oleh ibunya sendiri.
Ibu yang lebih mengetahui.
Rapunzel terus membesar.
Nalurinya berkembang.
Fitrahnya mencari.
Flynn Rider muncul.
Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.
Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.
Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.
Ia kisah kampung halaman kita sendiri.
Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.
Ia berperisa gula.
Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.
Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?
............................................................................
Analogi yg amat menarik
~Beruntunglah Rapunzel yang diberi tingkap untuk melihat keindahan langit dan hakikat sebenar di luar sana. Hanya menunggu masa mengumpul kekuatan melompat keluar.
Bagaimana pula Rapunzel2 yang tiada tingkap, cuma bergantung kepada lubang kecil yang entah ke mana arahnya dan sering pula ditutup Mother Gothel? Mungkin lebih sukar dari Rapunzel di sana, tetapi usahlah berputus asa.~
Bagaimana pula Rapunzel2 yang tiada tingkap, cuma bergantung kepada lubang kecil yang entah ke mana arahnya dan sering pula ditutup Mother Gothel? Mungkin lebih sukar dari Rapunzel di sana, tetapi usahlah berputus asa.~
nak cuci hati!
Hati perlu dipelihara.. Perlu dicuci seperti mencuci anggota wuduk minima lima kali sehari.. Mudah berkarat jika dibiarkan terdedah kpd udara maksiat.. Siapa yg tak mahukan hati yg memantulkan cahaya cinta? Jika hati kusam, siapakah yg akan menerima pantulan cinta tersebut? Hati yg bersih + suci ditakjubi kerana memantulkan cahaya cinta yg menyilau jiwa. Silauan cahaya cinta daripada hati yg suci diharapkan akan diterima si pemilik cinta yg abadi.. Beruntunglah kepada manusia yg memiliki..
..............................................................................................
iLuvIslam.com
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama'.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)
....................................................
Nak dapatkan hati yg suci murni perlukan mujahadah yg tinggi!!