Tangisan Rasulullah adalah tangisan seorang hamba yang tunduk dan bersyukur. Baginda menangis ketika berdoa atau saat-saat ketika membacaal-quran. Getaran hati kerana khusyuk dan rindu kepada Allah s.w.t, mampu melelehkan air matanya. Hatinya telah bersatu dengan ma'rifatullah ( sangat dekat kerana sentiasa diawasi).
Diriwayatkan dari Muthrif bin Abdillah bahawa bapanya berkata : " AKu pernah mendatangi Rasulullah, waktu ini aku mendapati Rasulullah sedang solat. Dan aku mendengar tangisannya seperti orang yang merintih." ( HR Abu Daud)
Abdullah bin Masud berkata : " Rasulullah berkata kepadaku, 'Bacalah kepadaku al-Quran', Jawabku : 'Ya Rasulullah,aku membacakan kepadamu al-Quran, sedangkan ia diturunkan kepadamu? Rasulullah berkata , 'aku ingin mendengarnya daripada oranglain."
Lalu Abdullah membaca surah an-Nisa'. Ketika ia sedang membca sampai ayat, " Dan kami datang kepadamu sebagai saksi atas mereka (ayat 41), air mata rasulullah menangis dan diiringi esak tangisnya." ( HR Bukhari)
Oleh sebab sering menangis ketika membaca al-Quran, lapan belas helai janggut baginda beruban, ketika ditanya oleh Abu Bakar.baginda menjawab, " Surah al-Waqiah, al- Mursalaat, an-Naba'dan at-Takwir, semuanya telah membuatku beruban."( HR Tirmidzi)
Moral Sirah:Rasulullah sering menangis kerana rasa kasihnya pada Allah s.w.t dan bagaimana pula dengan diri kita?Apa yang menyebabkan kita menangis? Adakah kerana khusyuk mendengar bacaan al-Quran mahupun kerana babak sedih drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen? Jadi renung-renungkanlah tangisan yang bagaimana dapat membawa kita kembali kepadanya.