S.M.I.L.E
Tuesday, May 6, 2014
"Dan kepada Tuhanmu, berharaplah."
Friday, September 13, 2013
Saturday, September 7, 2013
REDHA
Itu tanda seorang yg redha dlm hidup.
Friday, September 6, 2013
Make Du'a
[Al-Fajr : 27-30]
Tuesday, September 3, 2013
Jagalah Tiga Perkara di Tiga Tempat
Wednesday, August 28, 2013
KeRJa~
kehampaan itu sinonim dgn perjuangan.
Jika m'jangkakan pujian melambung manusia,
kita akan lemah..
Wednesday, January 26, 2011
Coretan Anisah Adam~
Saje je post pasal karya cik Siti Anisah Adam- 3rd year, Food Biotech's student, DL every sem~
xtau cmner nk start..straight to d point je la..saje je sempena xm..klu xnk bace,abaikan..
wlaupun kejayaan dlm xm bkn pengukur kejayaan sebenar seorang muslim,tp sebagai muslim,kita bertanggungjawab untuk mengembalikan zaman kegemilangan ilmu d klgn umat islam..baru la d0rg(nonmuslim) respect kita..btulkan niat belajar..bukan untuk score semata2 tp untuk faham sebab ilmulah yang akan membuatkan hidup kita bermakna..biar ilmu itu d dada utk d buat bekalan....klu leh score tp x fhm pun..mmm..xde makne la..x rase kemanisan ilmu tu sndiri..x puas hati la..tp x dinafikan,ade jgak y mmg x mmpu nk fhm,hfl je..tp mmg rase x best..
sy tersangat2 sedar bhw sy bukanla bagus sgt pun..mnusia biasa,ada naik turunnye..tp y sedikit ini harap2 boleh d kongsi utk manfaat bersama... ^ teknik study ^ ..heh..
-> faham
-> 'relate'
-> buat nota ringkas (keywords, bak kta prof Zaiton)
-> hfl
bab nk menghafal,susun dlu nota ..then,bygkan bnda 2,lg mudah nampak..kdg2 gna huruf dpn je..tp lm2 lupe lak
-> plg ptg-RECALL
sambil2 main @ smbg2 tu, leh la recall..klu x igt, tgk balik..klu tgu xm bru nk recall,dh xleh tgk blk...pasrah je..
klu sy sniri,recall mmg ptg sbb mudah terlupa..hu ~~tp klu dh fhm,sng cket nk recall
-> solat hajat & yang sewaktu dgnnya..hy Dia yang dpt membantu kita
kta sbnrnya tahu teknik2 ni,tp x cukup masa kn..sy pun..just try our best..Allah will care d rest..klu dh berusaha tp masih xleh score,jgn kecewa..ada hikmah d sebaliknya..Allah knows the best!...klu berjaya d dunia smpai tlupa akhirat pun xde gunanye...tp biasanya klu dh berusaha bersungguh2,Allah akn tnjukkn jalan..~we will be rewarded based on our efforts~..
dan lg 1, tgh jwb xm pun,mcm2 leh jd...so,DOA byk2 agar d permudahkan..
usaha + DOA + tawakkal -> syukur..
firman Allah "jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kpdmu,..."
Akhir skali & y plg pnting,nk memohon ampun & maaf sepanjang persahabatan..
smoga kejayaan milik kita bersama..amiin..
:: bittaufiq wannajah ::
nk selit cket~
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (al-Hujuurat 49: 10)
Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera.
Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa.
Berjanjilah sahabat, ukhuwah kita untuk selamanya ....."
http://www.facebook.com/note.php?note_id=158870827488082
Wednesday, June 10, 2009
MENGELUH LAGI???
Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:
Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)
Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?
Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)
Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)
Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)
Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)
Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)
Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)
Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..

Wednesday, May 13, 2009
Paku, Papan VS Habuk Kayu

Cerita yang pertama lebih kurang beginilah, ada seorang pemuda tue tengah sibuk membenamkan sebatang paku ke dalam sebatang papan (diperbuat dari kayu cengal kot) yang panjang. Paku tersebut telah diketuk sedikit demi sedikit ke dalam papan terbabit sehinggalah ia mencengkam papan dengan kuat. Tanpa disedari, rupa-rupanya si pemuda terbabit telah tersilap memaku di atas papan cengal yang agak keras. Akhirnya, dengan bersusah payah, dia mencabut semula paku tersebut dan sememangnya ketukan paku itu telah meninggalkan kesan iaitu lubang yang dalam ke atas papan tadi.. Sebenarnya cerita ni berkait rapat dengan diri kita, seorang hamba kepada Penciptanya.. Paku tadi diumpamakan sebagai dosa dan seperti yang telah dikatakan, paku tadi terus diketuk tanpa kita sedar dan terus terbenam ke dalam papan. Sebagai seorang manusia yang sering lalai dan alpa dengan keseronokan dunia, dosa kita sebenarnya sentiasa bertambah mengikut peredaran masa.. Meningkatnya usia di dunia nie boleh diibaratkan seperti kita sedang mengumpul dosa bagi orang yang sering lupa akan tanggungjawabnya kepada Maha Esa.. Pabila seseorang hamba itu tersedar dari dosanya atau perbuatan maksiatnya, pada masa itulah rasa menyesal terus datang dan terus sujud memohon keampunan.. Sememangnya, dosa tadi terus menyelubungi diri kita dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti tinggalnya kesan paku tadi di dalam papan.. Tu baru sebatang paku, kalau dah berderet paku tadi diketuk ke dalam papan yang panjang, macam mana?? Walau pun dah insaf, tapi rasa malu kat Tuhan tue memang ada.. However, aku rasa diri aku nie asyik ketuk dan tarik paku di atas tempat yang sama.. Bila dah tarik paku tadi, sedar tak sedar, aku benamkan lagi paku yang lain di atas tempat yang sama menambahkan keluasan dan kedalaman saiz paku di atas papan tadi. Kalau tak pun, aku p memaku kat tempat lain, entah bila nak cabut... Aku rasa memang dah banyak kesan paku dan paku-paku yang berdiri tegak dan megah membenamkan diri ke dalam papan dalam diri aku nie.. Sempat ke atau boleh ke aku mancabut kesemua paku terbabit??

Allah berfirman, maksudnya:"Berlumba-lumbalah dalam mengejar keampunan dari Tuhan kamu, dan taman syurga yang luasnya seperti langit dan bumi." (Al-Hadid:21)
Tue baru cerita yang pertama.. cerita yang seterusnya pun sama.. Paku dan papan.. Tapi aku tambah satu lagi benda kat sini iaitu habuk kayu... Macam nie, aku umpamakan paku tadi sebagai satu sifat mazmumah yang wujud dalam diri seperti hasad dengki, kebencian dan perasaan tidak puas hati. Papan tu pula aku ibaratkan sebagai hati.. Bila dah diketuk paku-paku tadi ke dalam papan, memang agak sukar untuk kita nak mencabutnya.. Begitu juga dengan perasaan tadi.. Bila dah lama sangat pendam perasaan tak puas hati kat sesape jer, memang susah nak menghapuskan persaan tersebut. Bila dah tercabut macam mana pula ek? Kalau kita pernah merasainya, kita akan terperasan bahawa kesan perasaan tu akan terus menguasai hati kita nie... So, macam nie lah, bila dah kita cabut paku tadi, cuba kita letak atau tutup lubang kesan daripada paku tadi dengan habuk kayu.. Insya-Allah, lubang tadi akan terkambus semula.. Hmm..macam 'complicated' je kan perumpamaan nie.. Ada seorang kakak tu beri nasihat kat aku, sebagai seorang yang bersaudara, walau sebenci mana ataupun tak puas hati mana pun kita kat seseorang tu, kita mesti sentiasa muhasabah diri kita balik. Yang sebenarnya yang mempunyai masalah tue bukan orang yang kita benci tadi, tapi diri kita sendiri.. Turunkan ego, sentiasa berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain serta sentiasa ingat bahawa sebenarnya setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing... Sedekahkan walau satu senyuman kerana tanpa kita sedari, senyuman ikhlas itu mampu menutup sebarang aib diri dan menghiburkan hati orang yang resah gelisah..
Nabi s.a.w bersabda, maksudnya,:"Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka sesiapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati, akan masuk ke dalam api neraka." ( Riwayat Daud & An-Nasai). Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia mengeratkan hubungan silaturrahim." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sunday, May 3, 2009
Sejenak berfikir..
Marilah kita bersama-sama merenung dan berfikir sejenak...


Apa nak jadi ni? Mulut! Apa yang kau katakan itu?
Kau berbohong lagi?Eeii! Busuknya kau..Tak takut mati ke??
sumber: majalah
Wednesday, March 4, 2009
Insya-Allah

Insya-Allah..
Kalimah terpopular di kalangan umat Islam, setelah salam (assalamualaikum), adalah insya-Allah. Kalimah ini diucapkan saat seseorang ingin melakukan sesuatu atau berjanji." Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan sesuatu, sesungguhnya aku akan mengerjakan esok, kecuali (dengan mengucapkan) insya-Allah. Dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, mudah-mudahan Tuhan akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (QS Al-Kahfi:23-24)
Secara literal, kalimah insya-Allah bererti bila Allah menghendaki. Sayangnya, kalimah ini kerap disalah gunakan. Ada dua bentuk penyalahgunaan. pertama, insya-Allah digunakan untuk menunjukkan janji yang longgar dan komitmen yang rendah. Insya-Allah hanya pengganti dari kalimah, "tak janji".Ini mengelirukan sebab nama Allah s.w.t dijadikan sebagai pembenaran atas kemalasan menepati janji.
Kedua, segala tindakan ditentukan oleh Allah (fatalisme). Ertinya, manusia tidak memilki ruang bebas untuk bertindak. Fahaman ini tidak tepat kerana Allah menganugerahi manusia kebebasan berkehendak. Bagaimana seseorang mempertanggungjawab perbuatan-perbuatan bila seluruh tindakannya ditentukan oleh Allah?
Sebenarnya, insya-allah memiliki falsafah yang mendalam. Pertama, dalam kalimha insya-Allah tersimpan keyakinan yang kukuh, bahawa Allah swt terlinat dalam segala tindak-tanduk manusia. Kesedaran akan kehadiran Allah ini akan memupuk tumbuhnya moral atau akhlak yamg luhur (Akhlak al-karimah).
Hanya orang-orang yang merasa dirinya sentiasa ditatap Illahi sahaja yang akan mampu menjaga diri dari segala bentuk perlanggaran. Inilah yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai ehsan, iaitu, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." (HR Muslim)
Kedua, ekspresi kerendahan hati (tawaduk). Seseorang yang memastikan diri bahawa besok akan bertindak sesuatu (sesungguhnya) terselip dalam relunh jiwanya sifat kibriah ( kesombongan). Termasuk sikap, bahawa dirinya penentu segala sesuatu di masa hadapan tanpa ada peranan Allah swt. Seharusnya, orang yang sedar bahawa Allah swt selalu membimbing hamba-Nya.
Ketiga, paduan usaha dan penyerahan diri. Dalam kata insay-Allah terkandung suatu ketidak pastian akan apa yang terjadi esok. Kerananya, keyakinan ini akan melahirkan motivasi, mempersiapkan secara sempurna hal-hal yang menciptakan kejayaan dari yang direncanakn, serta memastikan apa yang akan terjadi seperti yang dikehendaki. ( QS Al-Hasyr:18)
p/s: Bila baca jer artikel nie, memang 'terkena' diri sendiri.. Kalau selama nie ada antara kita yang menggunakan perkataan "insya-Allah" sekadar menunjukkan "tak janji", marilah kita bersama-sama membuang sikap buruk nie.. Semoga kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran dan berusaha untuk membaikinya. Astaghfirullah hal'azim..
Sunday, March 1, 2009
Menggendong Nafsu Di Jalanan
Seorang guru dan muridnya hendak menyeberangi sebuah sungai deras. Satu-satunya jembatan yang biasa digunakan rosak akibat banjir. Terpaksa mereka harus berjalan di sungai deras itu.Ketika mereka akan melangkah ke dalam sungai, datanglah seorang gadis cantik yang juga bermaksud menyeberangi sungai. Raut wajahnya tampak cemas. Merasa kasihan pada gadis itu, sang guru bertanya, "Ada apa nona?"
Gadis itu mengangguk setuju. Kemudian guru menggendong gadis itu menyeberangi sungai deras. Perjalanan itu sungguh tidak mudah. Ketinggian air hampir mencapai dada. Saking takutnya, si gadis memeluk erat-erat guru. Sedangkan sang murid berjalan di belakang sambil mengamati gurunya dengan penuh tanda tanya.
Akhirnya mereka sampai juga di seberang sungai. Gadis itu tersenyum gembira. Ia memberi hormat pada guru dan murid itu sambil mengucapkan beribu-ribu terima kasih. Kemudian mereka berpisah. Guru dan murid meneruskan perjalanannya.Sepanjang perjalanan berbagai pertanyaan bergolak di benak sang murid, hingga akhirnya, setelah sekian lama berjalan, ia sudah tak tahan lagi untuk bertanya, "Guru, kita adalah orang kuat agama. Bukankah kita tidak boleh dekat-dekat dan menyentuh wanita yg tidak halal bagi kita? Namun mengapa tadi guru melakukan hal itu?"
Murid menjawab, "Wanita yang kau gendong semasa menyeberangi sungai."
Lalu sang guru tersenyum, katanya, "Kawan, saya sudah tidak menggendongnya sejak dari tadi, tapi mengapa kamu masih menggendongnya dalam fikiranmu."
"Yang menggendong si gadis ke seberang sungai tidak menggendong disertai nafsu. Ia berlaku spontan dan masa bodoh. Justeru si muridlah satunya yang membawa nafsunya sepanjang jalan."



