S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, March 18, 2011

Jadilah manusia luar biasa


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Alhamdulillah, berakhir juga minggu yg agak kontroversi..^^
Antara pengajaran sepanjang minggu nie 'berkampus' di USIM yg boleh dijadikan sebagai ikhtibar & panduan hidup di masa akan datang:

~ Sentiasa berlapang dada menerima kritikan orang.. kena ingat, kita bakal berdepan dgn lebih byk kritikan samada kritikan yg membina or yg menjatuhkan bila berdepan je ngan masyarakat luar...

~ Utamakan yg mana lebih penting dulu..

~ Jangan perbesar-besarkan hal yg kecil..

~ Setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya.. Lebih baik cari 'solution'.. Jgn duk 'condem' je.. memang confirm x jumpe jln..

~ Bersyukur sebab sentiasa ada teman seperjuangan yg akan membangkitkan semangat di kala 'down'.. Ce pikir, bile da kerja, kawen, hidup ngan masyarakat kat luar, susah dah nak jumpe kwn cam gini.. Teringat pesanan nisah semalam, bile dah kuar dari USIM nie, contact2 la kwn2.. mesej2/ emel2 bagi nasihat, kata-kata semangat.. Nanti bile dah x duduk bersama, sape la lagi yg sudi nak berkongsi masalah, meniupkan semangat..

~ Hargailah detik-detik terakhir di USIM.. gunakan peluang nie utk terus menimba pengalaman, mengutip ilmu, merakam kenangan bersama teman-teman.. Pelik, kenapa org nak sgt cepat-cepat habiskan semester kat USIM. Bagi kitorang (4 sekawan), kat luar satgi (abes grad), lagi pahit, lagi lelah, lagi perit pengalaman yg bakal dikutip. Sekarang memang la susah, tapi lepas nie lagi susah.. Kat kampus ni pun dah berhadapan dgn pelbagai kerenah, inikan pula kat luar.. Lagi la penuh ngan cabaran.. This is the real life.. Semoga Allah terus memberi petunjuk di dlm kehidupan kita.

~Sabar setiap masa.. Kesabaran memang sentiasa ada had limitnya.. Aku pun same.. Kadang-kadang meletup gak.. Ambil inisiatif utk mencabar diri utk terus bersabar.. Kena sentiasa ingat, bila la dunia ni nk aman, kalau penghuninya hidup dalam kebencian, kemarahan.. La taghdhob~

~ Tak baik putus asa dalam menangani setiap masalah yg berlaku. Allah x suka.. Bila rasa je 'down', cepat-cepat muhasabah diri, istighfar, mintak nasihat drpd sahabat. Tangani masalah dengan matang & bijak..

~ Positive thinking.. gunakan masa on da way balik umah/ p kampus naik bas dengan bermuhasabah.. Kalau kita teliti dgn setelitinya, sebenarnya ade je 'rasa manis' di sebalik 'rasa pahit' kehidupan tue.. Kalau selamanya 'manis', leh dapat 'diabetes'.. hehe.. (pabila bdk sains berbicara, keluarlah bhs saintis ala puitis).. sekali terkena, terus ingat selama-lamanya..

Akhir kalam, bagi yg xnak berkongsi suka & duka ngan teman, berbicaralah dgn Tuhan.. kitakan hidup bertuhankan Ar-Rahman lagi Ar-Rahim.. Dia tidak pernah letih mendengar celoteh kita.. Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan kita.. Dia tidak pernah lari walau kite letih mengejar dunia.. Setiap penciptaan ade tujuannya.. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Betapa pengasihnya Dia.. Kita je yang lupa, Dia turunkan ujian sebab nak suruh kita kuat.. Berdoalah moga diberi kekuatan utk melalui ujian-NYA, bukan moga dikurangkan ujian.. Ujian dtg sebab Dia sayang, nak suruh kite berlama-lamaan berdoa kpd-NYA.. Ramai hamba-NYA memunculkan diri dikala kesempitan, tapi menghilangkan diri di kala kesenangan..

Bila senang, nak tegur pun payah.. bile susah, mulalah terhegeh-hegeh.. Walaupun hamba-Nya begitu, DIA tetap setia..Ya Rabbi, Pengasihnya Engkau!

~muhasabah~

Kalau menjadi manusia,
Janganlah menjadi manusia biasa,
Longgar jiwanya,
Rapuh imannya,
Sempit mindanya..
Jadilah manusia luar biasa,
Gah jiwanya..
Kental imannya,
tertib solatnya &
Quran juadahnya..

Wednesday, March 16, 2011

~Melodi bersama~


Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria
.............................................................
mlm isnin..
"Mama n alim demam 2 days doh, kalu call rumoh xleh, dail 013-...@014-.."
satu pesanan ringkas drpd abOh..

Pagi selasa..
call rumah..
mak masih x sehat.. alim demam meracau..
mak cakap - "alim cakap mengarut sekali.."

hmm.. kesian kat mak & adik aku..
asif jiddan..

teringat pesanan Z dlm UFAZ minggu lepas-
"..hargailah nikmat sihat sebelum tibanya waktu sakit.."

hari termenung sedunia aku jatuh pada hari selasa tue..
siap kene 'marah' lagi ari tue..(>_<)

p/s: pd hari yg same, kene marah ngan lab asstant sebab cuai..
salah diri sendiri sebab lupe prosedure 'protein analsis'..
so, sebelum wat exp, wajib tahu nk wat ape before & after..
kalO x nk kene marah le.. hmm.. rase cam nk balik.. ramai sgt kekawan FB nk balik
minggu nie.. aku.. x..
mak dah beberapa kali tane bile balik?
asif sekali agi
mok..(>_<)

Sunday, March 13, 2011

~PATAH HATI~


...Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya...

..KAU TIDAK SEPERTI DULU...
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
~SAUJANA~
......................................................

~BEst LagU niE.. my FavoURiTe sOnG.. my brO pon sUka LagU niE~
Ngah patah hati ngan Laptop snDiRi~miSyu~.. TerTumPAhkan 'Banana ShakE' kat keabord tadi..
bANyak huruf yG dA x betul sekarang nie..huhu.. terpaksa biasakan diri cOpy pAste huruf yG Xdpt nk tekan.. screen keyboard pn same da x betol.. Huhu.. sabar lah misyu~
..kepala pusing..

Saturday, March 12, 2011

~Hidayah itu milikNya~


Janganlah engkau bimbang nasihat dan teguranmu pd seseorg itu menjadi seperti air dicurahkan ke daun keladi,

tidak meresap lalu jatuhlah ia ke tanah..

kerana biarlah nasihat dan teguranmu itu tidak diendah,

insyaAllah bila sudah tiba pd ketentuanNya,

ia pasti akan diterima olehnya umpama air yg sudah jatuh ke tanah,

tanpa kita sedari sedikitpun,

keladi itu telah menyerap air tersebut dengan akarnya..~

................................................

Janganlah engkau beranggapan akan seseorg itu mendapat hidayah kerana usaha dakwahmu semata2..

Kerana hidayah itu adalah milikNya...

Dia berhak memberikan kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki..

Namun jgn mudah berputus asa atau mengalah,

kerana kita adalah khalifah di muka bumi ini,

setiap saat adalah amanah dariNya.....

.................................................

Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : "Sampaikan dariku walaupun sepotong ayat" ( Riwayat al-Bukhari )

...........................................................

~muhasabah~

Friday, March 11, 2011

Emo memanjang..


Kelmarin, ada sorang kawan ckp kat aku yang dia terasa yg dia nie seorang bodoh..
Hari nie, aku pula rase yang aku nie bodoh..
...................................................................
Penyakit nie dah berjangkit kat aku!..

Bodohnya hidup bila membiarkan masa berlalu begitu sahaja..
Bodohnya hidup bila sentiasa lari daripada masalah yang x pernah2 nak selesai..
Bodohnya hidup bila membiarkan 'emo' merajai hati!
Bodohnya diri nie bila tak tahu nak buat apa-apa, padahal byk je kerja..

Di manakah 'En. Rajin' nie menghilangkan diri?
Di manakah 'En. Pandai' nie bersembunyi?
Kenape 'En. Malas' pula yang sibuk bertandang?
Kenape 'En. Emo' pula yang mengada-ngada nak datang?

Ingat! Hidup nie tak boleh nak manja-manja!
Ingat! Hidup nie tak boleh nak mengada-ngada!
Ingat! Hidup nie bukan utk dipersia-sia!
Ingat! Hidup nie bukan selamanya di dunia!

p/s: Teringat mase kecik2 dulu, perkataan 'bodoh' nie diharamkan guna kat umah.. Pernah mak cilikan mulut arwah adik sebab sebut perkataan yg seumpama dgnnya.. Cili merah tue siap mak gantung kat dinding rumah, nak suruh anak dia ingat tak boleh cakap mencarut.. Aku alhamdulillah tak pernah kena lagi sistem cili tue.. Tapi kene sistem lain pula..hehe.. kelakar pula bile teringat kembali nostalgia lame2..Sekarang, sistem nie dah dihapuskan di rumah.. Aku ank sulong, so sempat merasa kesemua sistem2 'cili pedas, rotan-seingat aku tak pernah rase ngan parents, tapi ngan cikgu pernah, kurung dlm tandas-malas nk p sekolah, sape suruh..' hehe.. Banyak agi sistem-sistem yg sempat aku rase.. Rugi betul adik aku sekarang nie tak dapat merasa sistem nie.. Sebab diorang baik kot dari aku dulu.. huhu.. Nampaknya aku kena guna sistem nie supaya aku boleh jadi cam dulu-dulu..!

Monday, March 7, 2011

Aku sayang dia!


Aku sayang dia!

Sayang sape??

hehe.. nak tahu? Kena baca habis la 'post' nie..~
.....................................................................................

Hmm.. Aku syg dia Ya Allah..
Aku rindu dia Ya Allah..
Aku cinta dia Ya Allah..
Tapi...
Kenapa Kau uji dia begitu sekali?
Kenapa ya Allah..
Kenapa dirinya yang Kau pilih?
Kenapa??
Aku tak tahu kenapa dia Ya Rabbi..,
Tapi yang aku yakin,
Sesungguhnya hanya Engkaulah Tuhan yg Maha mengetahui hikmah sesuatu kejadian itu..
Sesungguhnya aku sedih ya Allah..
Kenapa dia yang menanggung semua ini..
.........................................................................
Wahai saudara satu akidah denganku..

Bagaimanakah perasaan kalian pabila orang yang kalian sayang dipalingkan hatinya daripada kebaikan?
Bagaimanakah perasaan kalian pabila orang yg kalian sayang makin jauh drpd Tuhan?
Bagaimanakah perasaan kalian pabila orang yang kalian sayang makin ikut telunjuk syaitan?
Bagaimanakah perasaan kalian pabila orang yg kalian sayang mulai terjebak ke lembah kemaksiatan?
...........................................
.....................................................
Ya Allah, sedihnya hati ini pabila ku sedari dia dikitari biah 'kebaratan'..
Ya Rabbi, peritnya hati ini pabila kudapati dia makin lari drpd Mu ya Tuhan..
Ya Rahim, sakitnya hati ini pabila ku perhati pergaulannya melampaui batasan..
Ya 'Alim, takutnya diri ini pabila ku rasai imannya makin gersang!

Mungkinkah salahku ya Tuhan?

Salahku kerana membiarkannya keseorangan..
Salahku kerana tidak menanyakan dirinya bagaimanakah khabar iman?
Salahku kerana tidak pernah sedar bahawa dirinya tidak kuat utk menahan godaan..

Apakah yang mampu aku lakukan Ya Rahim?
Apakah yang patut aku buat utk menariknya kembali?
Apakah dayaku untuk mengikat hatinya dengan keindahan syariat Mu tuhan??

Aku mohon Ya Rahim, Kau kasihanilah dia..
Aku mohon Ya Fattah, bukakan pintu hidayahmu padanya..
Aku mohon Ya Latiif, lembutkanlah hatinya..
Aku mohon Ya Ghafar, ampunkanlah dosa-dosanya..

Hanya Engkaulah Tuhan yg kami sembah & hanya Engkaulah Tuhan yg kami minta pertolongan..

Bantulah aku ya Rahim..
Bantulah aku menarik dirinya kembali..
Bantulah aku membawa dirinya kejalanMU kembali..
Bantulah aku Ya 'Aziz..

Berat utk aku melafazkan kalimah ini Ya Rabbi..
Tapi, inilah tanggungjawabku terhadap dirinya..
Aku b'tekad..
Aku akan terus menghulurkan tangan ku kpdnya Ya ALLAH..
Aku cuma berharap Ya 'Aziz, bukakan hatinya utk menggapai tangaku ini..
Berikan aku kekuatan ya 'Aziz, utk melarikan dirinya drpd lembah itu..
Aku akan berusaha ya Rabbi..
Janganlah Kau palingkan hati kami lagi tika tiba saat itu Ya ALLAH!..

.........................

p/s: Siapakah gerangan yg sy syg tu?? Hmm.. ~doakan sy agar dapat menarik org yg sy syg itu ya semua..Mission pertama, saya akan menarik dahulu orang yang dia sayang itu dahulu.. mission pertama saya baru 4% started.. Kena mesra2 lu ngan org yang dia syg tue.. Yes, yg tue saya dah berjaya.. beralih ke step yg seterusnya.. Insyaallah.. Objectives sy akan ter'achieve'.. Hanya dengan pertolonganMU ya Allah.. Saya akan terus berusaha & berusaha.. Ameenn..Hmm..bagaimana pulak dengan kalian semua? Bagaimanakah iman org yang kamu semua sayang??~

Saturday, March 5, 2011

Subhanallah~



Saya rasa dahaga!..
Sebab tue....

Saya sukakan air.. Sebab tue bila saya rasa dahaga, saya akan terus menerpa botol saya yg berwarna pink utk minum air masak.. Bila badan dah melekit seharian di kampus, saya perlukan air utk membersihkan diri.. Bila saya nak solat, saya suka utk menyucikan diri dengan wudhuk menggunakan air.. Bila saya demam, saya akan ambil tuala kecil yang dah dibasahi air utk saya letakkan di atas kepala saya.. Bila saya rasa rimas/ letih/panas, saya akan terus minum air masak.. Saya juga perlukan air yg banyak utk mencuci pakaian saya sebersih-bersihnya.. Bila nak masak pun saya akan tambah air dlm masakan utk membuat lebih kuah.. Ayah saya pun suka je bawa saya, adik2 dan mak p b'kelah kat tempat yg ada sumber air, samada kat air terjun, pantai.. Mana pernah ayah saya bawa kami pergi berkelah kat bangunan yg tinggi-tinggi.. Cuba bayangkan kalau dunia tanpa lautan, tasik, air terjun, pantai? Tension nye kan.. Dan yg paling sinonim dgn setiap daripada wanita dlm kehidupan mestilah air mata.. Sy pun perlukan air mata utk menangis.. Realiti..

Bagaimanakah saya tanpa air?

Tanpa air, saya akan berasa pening kepala, letih tak bertempat, 'moody' semacam.. Kenapa? Sebab dah memang saya diciptakan oleh Allah dengan peratusan air yang banyak dalam badan saya - 70%.. Tanpa air, oksigen yang saya dapat drpd atmosfera tak boleh sampai kat otak, otak manusia perlukan lebih kurang 85% air.. Tanpa air, badan saya bakal terhidrasi.. 'Conspitation' akan berlaku.. Sistem dalam badan sy akan terganggu.. Mata sy akan pedih sebab kering tanpa air mata.. Hati saya akan lemah sebab tak dapat menangis.. Dunia akan suram dengan penghuninya yg lemah, penuh dengan keserabutan masalah hidup..

Air mata pun merupakan salah satu drpd jenis-jenis air amat yang penting utk manusia.. Banyak sangat keajaiban air mata ciptaan ALLAH nie.. Bila ada habuk dalam mata, automatik air mata akan mengalir.. Senang le habuk nak keluar.. Air mata juga melindungi pancaindera penglihatan kita drpd pelbagai kuman sebab ada 'Lysozime' . Lysozime nie akan membunuh mikrob yg gatal-gatal nak 'attack' mata kita. Subhanallah.. Pentingnya air mata nie.. Percaya atau tak bahawasanya, air mata dapat memberikan kekuatan kat kita.. Yg nie kena explore sendirilah.. Teruskan mencari kebenaran di sebalik kata-kata saya ini..

Justeru itu, hargailah nikmat air yang ALLAH telah ciptakan utk kita terutamanya air mata..

Menangislah kerana ALLAH..& jika kau tak mampu utk keluarkan walau setitis pun air mata krn ALLAH,
menangislah kerana ketidakmampuan itu..
Tanyalah diri, apa sudah jadi pada hati?

Jgn bazirkan air mata krn dunia yg b'sifat sementara..
Jadikan air mata sebagai penguat jiwa..
Teman setia di kala sedang berduka..
Khaskan ia hanya pada Pencipta..

Hapuskan noda semalam dengan air mata penyesalan..
Gantikan esok dengan air mata kerinduan..
Titiskan hanya buat yg Maha Penyayang..

Ketahuilah diri, air mata bukan tanda kelemahan..
Tapi kebangkitan dari lelah semalam..
Jangan biarkan diri layu dlm kelesuan..
Bukankah engkau sudah berjanji wahai pejuang?

..........................................................................................................................~miSyu~.............


Monday, February 28, 2011

Yes, I can do it!!~


~STANDING IN THE EYES OF THE
WORLD~

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah..

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"..

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

~~^_^v~~
Yes, I can do it!!~
Siapa kata Islam tak boleh??
How dare u!
Yeahhhh!
~~UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!~~
I MUST DO THIS!!
I MUST TAKE THE RISK~
I MUST FACE ALL DA CHALLENGES!~
HEY MR "LAZY", GO AWAY!
I DON't WANT TO MAKE U A FRIEND,OK!
I HATE U!
SO, LEAVE ME ALONE!
DON'T EVER2 TRY TO MAKE ME FALL IN LOVE WITH U EH~~
FIND ANYONE ELSE~
NOT ME!
GO!GO!GO!
TRY! DO! NOW!

Saturday, February 26, 2011

Allah is calling..


~Allah is calling..

But I do not answer..

And when Allah is calling..

I just listen to the voices..~

~Allah is calling..

I just answer sometimes..

And when Allah is calling..

I just listen to the whispers..~

~Allah is calling..

I answer so many times..

~Allah is calling..

I'm tired of them..

Hardly forching myself..

I have to accept them all..

And that is really me..~

~Who's still not close to Allah..~

Thursday, February 10, 2011

Try.., Do.. Now..!~


Alhamdulillah.., Praise to You ya ALLAH..

I have a big & happy family surrounding me..
I have a lot of friends that help, make fun, hear my prob & accompanying me everyday..
I have many comfortable places to study, leisure, sleep, play & do all the things~ anytime, anywhere..
I have a good, healthy body, make me can eat anything i want to eat..
And praise to U for all the 'ni'mat' & 'rizk' I got in my life~

As others,
I have a big DREAM to achieve..
I'm carrying a big GOAL to drive me towards my dream..
I'm trying & struggling to get the success..
I'm planning my works & working the plans..
I'm taking the responsiblity to take care for my own time management..
I'm facing smaller, bigger, difficulties, and many other challenges &
problems..


Everytimes, i keep thinking & thinking, " Why do i need to go through all of these things?"

And...

... .......................................the answers are always there to me~

I'm a trustee towards You, religion, family, friends, myself~
I'm the one who can face problems as you stated in Al-Quran:

" Allah does not put under stress any soul more than its endurance. There is a reward
for whatever good it has earned and there is torment for whatever evil it has perpetrated. O our Lord, do not take us to task if we forget or do some mistake. O our Lord, lay not on us such a (heavy) burden as You laid on those before us. O our Lord, put not on us (also) the burden that we have not the strength to bear, and overlook (our sins), and forgive us and have mercy on us. You alone are our Master and Helper. So grant us victory over the disbelievers."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

I know that You'll not leave me behind because You always love me..
.................................And many other answer..................s~~

Therefore..,

I must get ready at any time to face any problems and deal with them patiently..
I can not be a lazy girl because You dont like that kind of habit..
I have to be honest to myself, my parents, friends & to all people arounds..
I must obey all of Your orders and leave Your prohibition..
I have to be a good girl, daughter, & Muslimah.. So that, my younger sis & bro will follow me..,
and I also will always learn to love what I do for my living because in the end of my day,
I want to meet You in a good condition, end my life with "Husnul Khatimah".., Meet You in Jannah.., Amiiinnnn.. InsyaALLAH.. Try..Do.. Now..!~

Wednesday, February 2, 2011

Wednesday, January 26, 2011

Coretan Anisah Adam~

Saje je post pasal karya cik Siti Anisah Adam- 3rd year, Food Biotech's student, DL every sem~


"Salam perjuangan..

xtau cmner nk start..straight to d point je la..saje je sempena xm..klu xnk bace,abaikan..

wlaupun kejayaan dlm xm bkn pengukur kejayaan sebenar seorang muslim,tp sebagai muslim,kita bertanggungjawab untuk mengembalikan zaman kegemilangan ilmu d klgn umat islam..baru la d0rg(nonmuslim) respect kita..btulkan niat belajar..bukan untuk score semata2 tp untuk faham sebab ilmulah yang akan membuatkan hidup kita bermakna..biar ilmu itu d dada utk d buat bekalan....klu leh score tp x fhm pun..mmm..xde makne la..x rase kemanisan ilmu tu sndiri..x puas hati la..tp x dinafikan,ade jgak y mmg x mmpu nk fhm,hfl je..tp mmg rase x best..


sy tersangat2 sedar bhw sy bukanla bagus sgt pun..mnusia biasa,ada naik turunnye..tp y sedikit ini harap2 boleh d kongsi utk manfaat bersama... ^ teknik study ^ ..heh..


-> faham

-> 'relate' kan stiap note

-> buat nota ringkas (keywords, bak kta prof Zaiton)

-> hfl

bab nk menghafal,susun dlu nota ..then,bygkan bnda 2,lg mudah nampak..kdg2 gna huruf dpn je..tp lm2 lupe lak

-> plg ptg-RECALL

sambil2 main @ smbg2 tu, leh la recall..klu x igt, tgk balik..klu tgu xm bru nk recall,dh xleh tgk blk...pasrah je..

klu sy sniri,recall mmg ptg sbb mudah terlupa..hu ~~tp klu dh fhm,sng cket nk recall

-> solat hajat & yang sewaktu dgnnya..hy Dia yang dpt membantu kita

kta sbnrnya tahu teknik2 ni,tp x cukup masa kn..sy pun..just try our best..Allah will care d rest..klu dh berusaha tp masih xleh score,jgn kecewa..ada hikmah d sebaliknya..Allah knows the best!...klu berjaya d dunia smpai tlupa akhirat pun xde gunanye...tp biasanya klu dh berusaha bersungguh2,Allah akn tnjukkn jalan..~we will be rewarded based on our efforts~..


dan lg 1, tgh jwb xm pun,mcm2 leh jd...so,DOA byk2 agar d permudahkan..

usaha + DOA + tawakkal -> syukur..

firman Allah "jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kpdmu,..."


Akhir skali & y plg pnting,nk memohon ampun & maaf sepanjang persahabatan..

smoga kejayaan milik kita bersama..amiin..


:: bittaufiq wannajah ::


nk selit cket~


Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ (al-Hujuurat 49: 10)

...Sahabat, jika hari ini aku terlalu gembira sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.

Jika bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiah Pencipta.

Jika ku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga.

Jika antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah aku meleraikan segera.

Jika pernah hatimu terluka luahkanlah agar aku berubah.

Dan jika esok kulena tanpa terjaga, iringlah lenaku dengan kalungan doa.

Berjanjilah sahabat, ukhuwah kita untuk selamanya ....."

http://www.facebook.com/note.php?note_id=158870827488082

p/s from the owner blog: Success does'nt come to you, but you catch it & got it by yourself.. just try our BEST, & ALLAH'll care the rest!~

Wednesday, January 19, 2011

Sanah helwah Mok & Aboh~


12hb Januari~ My father's birthday!~

~ En Halmi Shari~

19hb Januari~ My mother's Birthday!~

~Pn Na'imah~

Sanah helwah buat Mok & Aboh..
Syukran Jazilan sebab selama nie mok &
aboh tersangat2x lah bersabar
membesarkan kami 7 beradik..
Terutamanya cabaran membesarkan si anak sulong nie
yg amatlah keras kepala~hehe..
Halalkan makan minum Ada, Sida,
Cekmat, Yah, Bahri, Faten & Alim.
Mok & ABoh dah ade saham arwah Hanif (meninggal mase umur 7thn sebab apendics)kat akhirat nanti..
Terime kasih sebab besarkan kami dengan didikan agama~
Masa kecil memang tak rasa..
Bila dah besar, ilmu agama nie la yg bimbing kami tuk menila
i baik & buruk sesuatu perkara..
Doakan lah kami, moge2x kami tak tertipu dengan godaan dunia,
tak ditutup hati oleh Yg Maha Esa..
Semoga kami sentiasa ingat j
asa Mok & Aboh berdua~
Ingatkan kami~

~Fathin Hasanah~

~Ahmad Rijaluddin, Ummi Syakirah, Mohd Saiful Bahri~
(Cekmat & Bahri, dua charaater yg aaamaatt berbeza~)

~Ummi Syakirah, Ummi Syuhada, Ummi Syahida~

Cian Alim, gambo ye xdop sini.. sape suh xboh masuk,?
Duk sibuk mkn sate ngat xpon~

~Mohd Halim Naim~
(gabungan Halmi & Naimah~ bongsu doh nie)

Friday, January 14, 2011

Ikan di laut~


~ Ikan yang hidup tidak akan masin walau selamanya di lautan garam,
namun terasa masin pabila mati walau dilumuri hanya secubit garam..
Begitulah hati,
hati yang hidup tidak akan mampu dinodai di tengah berleluasanya kejahatan,
sebaliknya hati yang mati akan terus ternoda biarpun dikitari biah Islam~

Sesungguhnya Hidayah itu hanya milik Yg Maha Esa..
Bersyukurlah kpd sesiapa yang masih dikurniakannya..
Pintalah pada-Nya agar hati terus hidup bilamana jahiliyyah kembali bertakhta..
Semoga Hidayah masih milik kita~

Wednesday, January 12, 2011

~Sanah Helwah & get well soon~


11 Januari - Adik masuk hospital.. (Masalah jari, sekarang da mulai sembuh w/pun x leh kuar lagi hospital)..Syafakallah~
12 Januari - Sanah helwah kpd aboh.. Barakallahufika~
- Dr Alina (my TESIS's supervisor) was awarded in Cancer Nilai Institut.. Syafakallah~
13 Januari - Sanah Helwah to Noor Zahidah Abdullah.. Barakallahufiki~
14 Januari -??

Sesungguhnya, memang kita sebagai manusia biasa tidak dapat ramalkan apa yang akan berlaku ke atas diri ini. Sebahagian daripada saudara-saudara kita diuji dengan nikmat kesihatan. Semoga tabah dalam menghadapi ujian Allah. Aku pula mungkin diuji dengan TESIS ( tak dapat tajuk lagi nie). Tapi, praise to HIM coz da dpt skop- Cholesterol Oxidized Products (COPs). Baru lepas listkan tajuk-tajuk utk dibincangkan bersama-sama K. Syaza esok (insyaALLAH esok leh la tajuk~). Harap-harap dapat terus specifikkan tajuklah. Huda & Mawaddah buat pasal meat, Farah sal Kosmetik (semuanya pasal Detection of non halal compound) bekerjasama ngan K. Masyi, Nadiah & Qilah pasal Blood Plasm bekerjasama dengan K. Ju. Semoga Allah terus memudahkan kerja kita sepanjang ketiadaan Dr Alina... Semoga cepat sembuh Dr~

Tak lupa, Sanah helwah kat aboh & Zahidah. Semoge hidup kalian terus diberkati Allah.
.......................................................................
..........
...