S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, April 16, 2011

Waktu Duha itu waktu Duha-MU~

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :

Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)-Hadis Qudsi-



“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhaMu,
kecantikan itu ialah kecantikanMu ,
keindahan itu keindahanMu,
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit,
turunkanlah dan jika ada di dalam bumi,
keluarkanlah,
jika sukar mudahkanlah,
jika haram sucikanlah,
Jika masih jauh dekatkanlah..
Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanMu,
limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.
.........................................................................

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

-Doa sesudah solat sunat Dhuha-

p/s: read + understand + remember + do + now!!

Friday, April 15, 2011

~Duit syiling vs batu kecil~


RENUNG-RENUNGKAN

Seorang buruh binaan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Pada suatu saat ia harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawah. Pekerja itu berteriak, tetapi temannya tidak mendengarnya kerana bunyi bising dari mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja, sehingga usahanya sia-sia saja. Jadi, itu untuk menarik perhatian rakannya...dia melemparkan duit syiling di depan rakannya. Rakanya berhenti bekerja, mengambil duit syiling itu lalu sambung kerjanya. Dia mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperoleh hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat idea. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala rakannya, dan kerana merasa sakit, rakannya mendongak ke atas lalu dia dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanannya.

RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA..

Allah kadang-kadang menggunakan cubaan-cubaan ringan untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Seringkali Allah melimpahi kita dengan rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita 'mendongak' kepadaNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan "batu kecil" kepada kita.

SELAMAT BERAMAL..

Thursday, April 14, 2011

Yang pasti itu tetap pasti~



Ujian Tuhan kepada semua insan..
Adalah kehidupan ini ..
Yang baik menjadi tuntutan..
Yang buruk dijauhkan..

Syurga yang dijanjikan..
Bukanlah suatu khayalan..
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi ..

Neraka yang tercipta..
Menghimpun azab derita..
Tangisan kesengsaraan insan..

Syurga adalah kelazatan..
Terbentang buat hamba beriman ..
Yang kasihkan Tuhannya..

Yang kasihkan Rasulnya..
Yang kasih agamanya ..

Neraka tempat kemurkaan..
Antara kedurjanaan insan..
Yang lupakan Tuhannya..
Yang lupakan Rasulnya..
Yang lupa agamanya..

Siapakah yang lebih mulia..
Dari mereka yang tidak lupa..
Janji Allah adalah kepastian..
Dan nikmat syurga adalah indah..

......................................................................................................

p/s: Alhamdulillah..

Tesis proposal presentation dah abes.. kuiz entreprenuer pon da buat.. Presentation bisnes pon da settle.. lagi...lagi...& lagi... bla..bla..ba...

Hati baru terasa lega yg teramat.. Aalaupun banyak lagi kerja yg perlu disiapkan dgn cepat.. Habis je proposal presentation, pulih kembali semangat.. perut pon baru mula terasa lapar yg 'tersangat'..

Baru perasan yg selama nie 'kebajikan diri sendiri' dah terabai.. Lepas je present, badan nie baru start rase x larat, penangan berhari-hari terpaksa 'stay up'.. Kekawan lain selamber je b'energy' walaupun diorang juga 'stay up'.. Maybe sebab fizikal dan mental bergabung tenaga melawan penat..

Terasa semester nie berlalu dengan amat cepat la pulak.. Sebab final exam da nak dekat.. Kepala pon semakin berat.. Diharapkan 'cik sakit' tak datang rampas nikmat sihat..

Maafkan daku wahai jasad, terpaksa korbankan dikau sekejap..

Aaaaa.. bari teringat, semalam kehilangan handset 'slide'.. Agaknya ke manalah handset nie tersesat? Tak terasa kehilangannya bila da fokus ke masalah yg lebih berat..

Doaku banyak sangat.. Semoga hidupku penuh ngan manfaat.. Ya Rabbi, bangkitkan diriku dengan kekuatan semangat.. Tiada yang lebih penting, melainkan Engkau bersama daku setiap saat..

It is true that,
don'ts say,"Oh my God, I have a BIG PROBLEM!"
let's say, "Hi problem, I have a BIG GOD!"
............................miSyu............................
~14th april 2011~

Friday, April 8, 2011

Telur Ayam tiruan, cara nak mengenal pasti

GAMBAR TELUR AYAM TIRUAN/PALSU

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Cara Mengenal pasti telur ayam tiruan


- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.




p/s: nielah bahananya kalau kebijaksanaan tidak dipandu iman.. Tak salah belajar, tapi gunakan ilmu utk tujuan kebaikan, bukan mencipta keburukan yg membawa mudarat kepada setiap makhluk ciptaan Tuhan..

Bersyukurlah kerana dikurniakan akal fikiran..
Dan gunakanlah ia dengan kebijaksanaan..
Jangan biarkan nafsu menguasai fikiran..
Sebaliknya, teguhkan dgn paksi iman..

KeBarBOOM!!


There is such a wealth of natural medicine to be found in hadith. Two remedies from the sunnah of Rasulullah, sallahu aleyhe wassalaam. The first was Talbinah, a barley

‘A’isha the wife of Allah’s Apostle Muhammad (PBUH) said: When there was any bereavement in her family the women gathered there for condolence and they departed except the members of the family and some selected persons. She asked to prepare talbina in a small couldron and it was cooked and then tharid was prepared and it was poured over talbina, then she said: Eat it, for I heard Allah’s Messenger (may peade be upon him) as saying: Talbina gives comfort to the aggrieved heart and it lessens grief.

[Muslim]

~inspired hadith~

.......FOOD PRODUCT LAUNCHING DAY 2011.....

~KeBarBOOM's Corner~






Organization Chart

"the complicated process??"..hehe

memang betul2 "kebarbOOM" r kat atas tue..hehe

We are from B-Fast company

ready for presentation

"takut r zahidah.."



Judges da mai da



tunggu punye tunggu..

..Lastly,
...Alhamdulillah..
~unexpected~
all praises are for HIM

Monday, April 4, 2011

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahgia

Dalam gembira mungkin terselit duka

Tak siapa tahu tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar tapi hatilah yg remuk menderita

Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran…

Segala takdir, terimalah dengan hati terbuka

Walau tersiksa, ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma

Itu jelaslah membuktikan Allah mengasihimu setiap masa

Diuji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan

Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi...

Segala ujian diberi,

Maka bersyukurlah selalu..

p/s: Kenapa perlu resah dgn ujian yg sedikit, padahal dlm doa sering meminta cinta Tuhanmu, sering memohon agar dikurniakan perbuatan/amalan yg dpt menghantarkan cintamu kpd si Dia.. Tapi, bila diuji hatta ujian yg sedikit, terus berkeluh-kesah, bersedih hati bagai hari esok tiada lagi.. Padahal ujian tadi hanya diturunkan semata ingin menguji cintamu kpd-Nya.. Bersyukurlah diri, kerana masih terpilih untuk terus diuji, terpilih utk terus merebut rahmat drpd si Pemberi Rahmat.. Jangan sampai diri ini terus lena dengan dodoian dunia.. ~~muhasabah~~^_^~~

Hidup ertinya berjuang,

Kalau tidak berjuang bererti bukan hidup..

Dunia ini adalah medan pengujian,

Manakah manusia yg sejati..

dan manakah manusia yg palsu..

Hanya yg tabah dan ikhlas yg mendapat kemenangan..

~Sesungguhnya, janji ALLAH itu benar~


Sunday, March 27, 2011

Life is a long journey..


~Just wondering~

Life is a long journey..

You walk over the hills, thorns, through the highway and the country

side..

Who do you call for comfort and help when your legs pain

and still you've got a long way to go?

Life is like a long corridor, a long hallway. You walk down it in your whole life..

Occasionally, u'll turn and go through a door..

Inside that door, that room is something that happens during your life..

Maybe it your birthday, your first job, the death of a loved, anything that may happen in your life..

Even though that may seem like that is the end of the road for you, it isn't..

Life goes on, you leave the room, and continue walking on down the hallway of your life..

Some doors you will pass and not look back..

That may be you making a good decision..

You may not want to see some of the things behind those doors..

Other doors you will walk pass and regret not going into..

There are also the doors that you will go through and be sorry that you did because you did'nt like the thing that you found waiting for you on the other side..

Then, when you reach an old age,

and there is not much time left,

you will reach the end of that hallway and get to the final door..

The door that has been right in front you the whole time..

Your whole life,

it has been the only door that is directly in front of you..

One that you did'nt have to turn to get to..

When you open the door, I can't tell you what will be on the other side..

Where are you going?

What is waiting for you at the end of your hallway?

You are the only one that will know..

You are the only one that has one thing on the other side of your final door..

You determine what is on the other side..

You will see one day..

Hopefully, it won't be something that you will regret..

Once you reach your final door, there is no turning back..

The door has no door on the inside..

That is your final stop.

......

" Allah does not put under stress any soul more than its endurance. There is a reward for whatever good it has earned and there is torment for whatever evil it has perpetrated. O our Lord, do not take us to task if we forget or do some mistake. O our Lord, lay not on us such a (heavy) burden as You laid on those before us. O our Lord, put not on us (also) the burden that we have not the strength to bear, and overlook (our sins), and forgive us and have mercy on us. You alone are our Master and Helper. So grant us victory over the disbelievers."

(Surah Al-Baqarah ayat 286)


~He is our creator, so He knows what is the best for His servants~

Sunday, March 20, 2011

Doa Nabi Daud a.s Memohon Cinta Allah..


Duhai hati terangilah diri. Bagaimana nak memiliki cinta illahi sedang hati itu mati.
......................................................
..

Rasulullah s.a.w bersabda: “Di antara doa Nabi Daud a.s : 'Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.' Dan bila Rasulullah s.a.w mengingat Nabi Daud a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.”

(HR Tirmidzi 3412)

Terdapat 4 perkara penting dlm doa ini:

1- Nabi Daud ’alihis-salaam memohon cinta Allah. Beliau sangat faham bahwa di dunia ini tidak ada cinta yang lebih patut diutamakan dan diharapkan manusia selain daripada cinta yang berasal dari Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Apalah artinya seseorang hidup di dunia mendapat cinta manusia bahkan seluruh manusia- bilamana Allah tidak mencintainya. Semua cinta yang datang dari segenap manusia itu menjadi sia-sia sebab tidak mendatangkan cinta Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sebaliknya, apalah yang perlu dikhawatirkan seseorang bila Allah mencintainya sementara manusia –bahkan seluruh manusia- membencinya. Semua kebencian manusia tersebut tidak bermakna sedikitpun karena dirinya memperoleh cinta Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari Nabi s.a.w beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.’ Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.’ Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.”

(HR Bukhary 5580)

2- Nabi Daud a.s memohon kepada Allah cinta orang-orang yang mencintai Allah. Sesudah mengharapkan cinta Allah lalu Nabi Daud a.s memohon kepada Allah kasih-sayang dari orang-orang yang mencintai Allah, sebab orang-orang tersebut tentunya adalah orang-orang beriman sejati yang sangat pantas diharapkan cintanya.

3- Nabi Daud a.s memohon kepada Allah agar ditunjuki perbuatan-perbuatan yang dapat mendatangkan cinta Allah. Setelah memohon cinta Allah kemudian cinta para pecinta Allah, selanjutnya Nabi Daud a.s memohon kepada Allah agar ditunjuki perbuatan dan amal kebaikan yang mendatangkan cinta Allah. Ia sangat khawatir bila melakukan hal-hal yang bisa mendatangkan murka Allah. Beliau sangat khawatir bila berbuat dengan hanya mengandalkan perasaan bahwa Allah pasti mencintainya bila niat sudah baik padahal kualitas dan pelaksanaan amalnya bermasalah.

4- Nabi Daud a.s memohon kepada Allah agar menjadikan cinta Allah sebagai hal yang lebih dia utamakan daripada dirinya sendiri, keluarganya dan air dingin. Kemudian pada bahagian akhir doa ini Nabi Daud a.s kembali menegaskan betapa beliau sangat peduli dan mengutamakan cinta Allah. Sehingga beliau sampai memohon kepada Allah agar cinta Allah yang ia dambakan itu jangan sampai kalah penting bagi dirinya daripada cinta dirinya terhadap dirinya sendiri, terhadap keluarganya sendiri dan terhadap air dingin.

p/s: penerangan yg lebih lanjut boleh didapati di http://featherapocalypse.wordpress.com/2011/02/28/doa-nabi-daud-as-memohon-cinta-allah/ .. Semoge post kali nie bermanfaat kpd diri. Reminder: Baca + faham + ingat +amal~ Selamat beramal miSyu..~

Friday, March 18, 2011

Jadilah manusia luar biasa


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Alhamdulillah, berakhir juga minggu yg agak kontroversi..^^
Antara pengajaran sepanjang minggu nie 'berkampus' di USIM yg boleh dijadikan sebagai ikhtibar & panduan hidup di masa akan datang:

~ Sentiasa berlapang dada menerima kritikan orang.. kena ingat, kita bakal berdepan dgn lebih byk kritikan samada kritikan yg membina or yg menjatuhkan bila berdepan je ngan masyarakat luar...

~ Utamakan yg mana lebih penting dulu..

~ Jangan perbesar-besarkan hal yg kecil..

~ Setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya.. Lebih baik cari 'solution'.. Jgn duk 'condem' je.. memang confirm x jumpe jln..

~ Bersyukur sebab sentiasa ada teman seperjuangan yg akan membangkitkan semangat di kala 'down'.. Ce pikir, bile da kerja, kawen, hidup ngan masyarakat kat luar, susah dah nak jumpe kwn cam gini.. Teringat pesanan nisah semalam, bile dah kuar dari USIM nie, contact2 la kwn2.. mesej2/ emel2 bagi nasihat, kata-kata semangat.. Nanti bile dah x duduk bersama, sape la lagi yg sudi nak berkongsi masalah, meniupkan semangat..

~ Hargailah detik-detik terakhir di USIM.. gunakan peluang nie utk terus menimba pengalaman, mengutip ilmu, merakam kenangan bersama teman-teman.. Pelik, kenapa org nak sgt cepat-cepat habiskan semester kat USIM. Bagi kitorang (4 sekawan), kat luar satgi (abes grad), lagi pahit, lagi lelah, lagi perit pengalaman yg bakal dikutip. Sekarang memang la susah, tapi lepas nie lagi susah.. Kat kampus ni pun dah berhadapan dgn pelbagai kerenah, inikan pula kat luar.. Lagi la penuh ngan cabaran.. This is the real life.. Semoga Allah terus memberi petunjuk di dlm kehidupan kita.

~Sabar setiap masa.. Kesabaran memang sentiasa ada had limitnya.. Aku pun same.. Kadang-kadang meletup gak.. Ambil inisiatif utk mencabar diri utk terus bersabar.. Kena sentiasa ingat, bila la dunia ni nk aman, kalau penghuninya hidup dalam kebencian, kemarahan.. La taghdhob~

~ Tak baik putus asa dalam menangani setiap masalah yg berlaku. Allah x suka.. Bila rasa je 'down', cepat-cepat muhasabah diri, istighfar, mintak nasihat drpd sahabat. Tangani masalah dengan matang & bijak..

~ Positive thinking.. gunakan masa on da way balik umah/ p kampus naik bas dengan bermuhasabah.. Kalau kita teliti dgn setelitinya, sebenarnya ade je 'rasa manis' di sebalik 'rasa pahit' kehidupan tue.. Kalau selamanya 'manis', leh dapat 'diabetes'.. hehe.. (pabila bdk sains berbicara, keluarlah bhs saintis ala puitis).. sekali terkena, terus ingat selama-lamanya..

Akhir kalam, bagi yg xnak berkongsi suka & duka ngan teman, berbicaralah dgn Tuhan.. kitakan hidup bertuhankan Ar-Rahman lagi Ar-Rahim.. Dia tidak pernah letih mendengar celoteh kita.. Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan kita.. Dia tidak pernah lari walau kite letih mengejar dunia.. Setiap penciptaan ade tujuannya.. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Betapa pengasihnya Dia.. Kita je yang lupa, Dia turunkan ujian sebab nak suruh kita kuat.. Berdoalah moga diberi kekuatan utk melalui ujian-NYA, bukan moga dikurangkan ujian.. Ujian dtg sebab Dia sayang, nak suruh kite berlama-lamaan berdoa kpd-NYA.. Ramai hamba-NYA memunculkan diri dikala kesempitan, tapi menghilangkan diri di kala kesenangan..

Bila senang, nak tegur pun payah.. bile susah, mulalah terhegeh-hegeh.. Walaupun hamba-Nya begitu, DIA tetap setia..Ya Rabbi, Pengasihnya Engkau!

~muhasabah~

Kalau menjadi manusia,
Janganlah menjadi manusia biasa,
Longgar jiwanya,
Rapuh imannya,
Sempit mindanya..
Jadilah manusia luar biasa,
Gah jiwanya..
Kental imannya,
tertib solatnya &
Quran juadahnya..

Wednesday, March 16, 2011

~Melodi bersama~


Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria
.............................................................
mlm isnin..
"Mama n alim demam 2 days doh, kalu call rumoh xleh, dail 013-...@014-.."
satu pesanan ringkas drpd abOh..

Pagi selasa..
call rumah..
mak masih x sehat.. alim demam meracau..
mak cakap - "alim cakap mengarut sekali.."

hmm.. kesian kat mak & adik aku..
asif jiddan..

teringat pesanan Z dlm UFAZ minggu lepas-
"..hargailah nikmat sihat sebelum tibanya waktu sakit.."

hari termenung sedunia aku jatuh pada hari selasa tue..
siap kene 'marah' lagi ari tue..(>_<)

p/s: pd hari yg same, kene marah ngan lab asstant sebab cuai..
salah diri sendiri sebab lupe prosedure 'protein analsis'..
so, sebelum wat exp, wajib tahu nk wat ape before & after..
kalO x nk kene marah le.. hmm.. rase cam nk balik.. ramai sgt kekawan FB nk balik
minggu nie.. aku.. x..
mak dah beberapa kali tane bile balik?
asif sekali agi
mok..(>_<)

Sunday, March 13, 2011

~PATAH HATI~


...Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya...

..KAU TIDAK SEPERTI DULU...
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG
~SAUJANA~
......................................................

~BEst LagU niE.. my FavoURiTe sOnG.. my brO pon sUka LagU niE~
Ngah patah hati ngan Laptop snDiRi~miSyu~.. TerTumPAhkan 'Banana ShakE' kat keabord tadi..
bANyak huruf yG dA x betul sekarang nie..huhu.. terpaksa biasakan diri cOpy pAste huruf yG Xdpt nk tekan.. screen keyboard pn same da x betol.. Huhu.. sabar lah misyu~
..kepala pusing..