S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, April 8, 2011

Telur Ayam tiruan, cara nak mengenal pasti

GAMBAR TELUR AYAM TIRUAN/PALSU

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima aduan dari seorang pengguna, mangsa telah membeli 30 biji telur di pasar Pulau Tikus dengan harga RM11. Ada yang telah makan sebulan baru sedar yang telur tu palsu.


Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

“Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.

Mohamed Idris berkata kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Cara Mengenal pasti telur ayam tiruan


- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia.

Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP.

Beberapa media arus utama Korea telah memberitakan proses pembuatan telur-telur tiruan di China yang telah menggemparkan dan menyebabkan kekhuwatiran besar di antara penduduk Korea.




p/s: nielah bahananya kalau kebijaksanaan tidak dipandu iman.. Tak salah belajar, tapi gunakan ilmu utk tujuan kebaikan, bukan mencipta keburukan yg membawa mudarat kepada setiap makhluk ciptaan Tuhan..

Bersyukurlah kerana dikurniakan akal fikiran..
Dan gunakanlah ia dengan kebijaksanaan..
Jangan biarkan nafsu menguasai fikiran..
Sebaliknya, teguhkan dgn paksi iman..