S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, April 18, 2009

ASIMO Simbol Kehebatan dan Kelemahan Manusia


Sahabat-sahabat pernah dengar tak tentang ASIMO?? Benda apa agaknya ASIMO tue?? ASIMO tu sebenarnya adalah singkatan daripada Advanced Step in Innovative Mobility. Kalau nak tau, ASIMO adalah salah satu robot ciptaan manusia yang namanya dicipta sempena nama penulis fiksyen sains tersohor di dunia, Prof Isaac Asimov ( yang terkenal dgn watak-watak robot dan Three Laws Robotic).

Setiap ciptaan semestinya mempunyai tujuan.. ASIMO telah dicipta untuk membantu manusia dan menjadi teman setia membantu orang tua dan orang kurang upaya di rumah masing-masing. Pada zaman yang serba canggih nie, ASIMO dikatakan robot humanoid yang tercanggih di dunia lantaran menyerupai ciri-ciri manusia terutama dalam aspek pergerakan.

Hujung tahun lalu, ASIMO telah berangkat ‘terbang’ menuju ke UTM sebagai destinasi universiti pertama kunjungan robot itu. Dewan Sultan Iskandar (DSI) buat pertama kalinya dalam sejarah penuh sesak denga orang ramai bagi menyaksikan kebolehan ASIMO yang boleh bergerak dan berkata-kata. ASIMO ‘dilahirkan’ pada 31 Oktober 2000.

Pencapaian hebat manusia dalam bidang robotic adalah simbol kehebatan manusia dalam bidang keilmuwan bersama akal anugerah Tuhan. Walau bagaimanapun, ASIMO ternyata kaku dan skema dibandingkan dengan manusia. ASIMO bukanlah seratus peratus menyerupai manusia biarpun manusia telah melakukan penyelidikan selama berpuluh-puluh tahun dan menghabiskan puluhan billion ringgit untuk menghasilkan satu robot yang ‘perfect’. Bukankah Allah s.w.t pernah mencabar manusia supaya mencipta nyamuk? Inikan pula mencipta manusia.

Dalam hal ini dapatlah dibuktikan bahawa Allah s.w.t itu amat berkuasa dalam penciptaan makhluk-Nya. Pertunjukan ASIMO sewajarnya memberikan kita kesedaran untuk terus menghayati kekuasaan Allah s.w.t dalam mencipta sesuatu. Kita boleh perhatikan kejadian hidup dan mati manusia yang pastinya tiada masalah bagi-Nya. Contoh yang paling mudah adalah Ashabul Kahfi yang dihidupkan kembali oleh Allah selepas ditidurkan selama309 tahun. Dia mencipta akal dan otak yang berfungsi seperti computer dan memori yang berapa megabyte yang teramat-amat banyak sekaligus melayakkan manusia menjadi khalifah kat bumi nie.

Terbuktilah penciptaan manusialah yang paling kompleks berbanding hidupan lain. Yakinlah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran.

Soalnya, Amerika Syarikat menggunakan ribuan robot dalam misinya ke atas negara-negara Islam sama ada yang boleh terbang atau merayap di padang-pasir. Tanah umat bukan sekadar diceroboh malah nyawa terbang melayang. Wajarkah robotic-robotic seumpama ii dibiarkan terus bermaharajalela kat bumi nie.. Luaran bertopengkan manusia, dalaman robot yang tidak berperasaan! Rakus mengambil nyawa orang!
Nak tahu dgn lebih lanjut?---Majalah Milenia (75)

Thursday, April 9, 2009

Harapan


Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan, Belajarlah memafkan walaupun dirimu terluka, Berhentilah memberikan alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran, Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan & berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya...Kita wujud di dunia pinjaman ini...

Friday, April 3, 2009

Exam??


Rasa macam baru je lepas Sem 1. Tup..tup, dah start study week balik.. Maknanya dah nak final exam ler tu.. Kekadang tue terpikir la jgak.. Hidup sebagai student nie semata- mata untuk exam je ke??Study-study pastu exam.. hmmm.. Memang boring.. tapi, the problem is ; if we'r not studying, then who are us ?? However.. la tahaf wa la tahzan.. Kalau difikirkan balik, ujian yang kita sedang runsingkan sekarang ini hanyalah sekadar ujian di atas kertas, tapi saudara seakidah kita nun jauh di Palestin sana tiap-tiap hari diuji Allah dengan hujanan peluru, kehilangan keluarga tersayang, kelaparan, kecederaan... Kalau nak dibandingkan, memang berat lagi ujian Allah terhadap mereka.. Kalau mereka berjihad dengan bersemangat di medan perjuangan demi mempertahankan al-Aqsa , kenapa pula kita tak sanggup berjihad di medan peperiksaan?.Tak lebih dari sebulan pun (sengaja je nak sedapkan hati).. Inilah perjuangan kita,.. Biarpun kita tidak mampu bersama-sama mereka berperang dengan Yahudi laknatullah, tapi kita di sini perlu bersama-sama berjuang melawan hawa nafsu yang memang sentiasa jer menang menundukkan kita ni..

Cerita pasal exam ni dan nafsu ni, bila nak start je study, mulalah mata ni buat hal.. Terkebil-kebil la dia ni .. Last-last... 'syahid' dengan bukunya terbuka.. Itulah Aku,.. Konon nak jadi mu'minah yang mumtazah.. Alih-alih buku plak yang sibuk duk baca kiter.. Insaflah manusia.. Tak pernah nak ingat saudara-saudara lain yang tengah syahid mempertahankan maruah agama.. Bukan kata kat sape-sape nie.. Kata kat diri sendirilah ni.. Asyik merungut je.. Insaflah diri.. Ok, jom sama-sama p jihad...Bila dah bukak buku, ingat mak ayah, family tue penting.. Nawaitu pun kena betulkan balik.. Bukan just nak dapat pointer tinggi jer.. Kita nak rampas balik ilmu yang telah dicedok orang barat nun.. Harap-harap bila dah habis belajar nanti, dapatlah jadi orang yang berguna kat family, agama... Semoga Allah memberkati perjuangan kita!

Thursday, April 2, 2009

Perempuan


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Huraian

1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.


Sunday, March 22, 2009

Rintihan Subuh



Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain, aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum," seru Subuh.

" Wa'alaikumsalam," sahutku.

Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..," kata Subuh dengan sayu,"...aku baru saja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."

Dan airmata Subuh pun berlinangan. "Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambutku dengan pebuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat! serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu.

Aku fahami maksud Subuh."Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam," cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat.

"Roti itu ada tuan punya," kata Subuh."Adakah kau mahu manisan Zikir? "rayuku pada Subuhu.

"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan," pinta Subu. Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan? Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya . Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipinta.

Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh..," seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku ? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".

Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi. "Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh..," seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari? ".

"InsyaAllah," jawab Subuh, "...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap."Assalamulaikum," seru Subuh. "Wa'alaikumsalam," jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandangan.

Thursday, March 12, 2009

Takwa dan Iman


"Sesungguhnya dunia ini umpama laut yang dalam, tempat banyak manusia tenggelam. Maka jadikanlah takwa kepada Allah itu perahumu dan isinya iman kepadaNya, mudah-mudahan engkau selamat."( Luqman al-Hakim)

Sunday, March 8, 2009

Ayah..


Ayah..
Ketika berjauhan, masih kurasa hangat kasihmu ayah...
Betapa ku rindukan, redup wajahmu, hadir menemaniku...
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan,
Bagaikan tiada keresahan...
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata,
Tak pernah sekali kau tinggalkan.. diriku sendirian..
Ketika ku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian,
Disaat diriku kehampaan,
Kau setia mengajarku erti kekuatan...
Terpancar kebanggaan dalam senyummu,
Melihatku berjaya...
Bila ku kegagalan,
Tak kau biarkan diriku terus kecewa,
Dengan kata azimat,
engkau nyalakan semangat...
Restu dan doa kau iringkan...
Tak dapatku bayangkan,
Hidupku ayah, tanpa engkau di sisi..
Semua kasih sayang yang kau curahkan, Tersemat di hati...

Saturday, March 7, 2009

Siapakah??


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

AMAL YANG TAK NAMPAK TAPI BERTERUSAN


Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!
1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.
2.Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.
3.Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4.Bantu mendidik seorang anak.
5.Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6.Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

'Kaffarah'

"Rentasilah ranjau hidup ini, biarpun kekadang kita tewas. Anggaplah ia sebagai rahmat dalam hidup ini kerana ia merupakan 'kaffarah' terhadap dosa-dosa lalu."

Tangisan Rasulullah s.a.w

Sering kali kita melihat orang menangis, baik lelaki mahupun perempuan. Namun, apa yang perlu diperhatikan adalah bagaimana seharusnyamenangis dan untuk apa kita menangis? Menangis tidak sekadar mengeluarkan air mata melainkan tujuannya harus jelas.Rasulullah s.a.w sering menangis walaupun jika baginda mahu, dunia sudah berada dalam genggamannya. Sedangkan di syurga, baginda berada di tingkat yang paling tib=nggi. Jadi, untuk apa baginda menangis?

Tangisan Rasulullah adalah tangisan seorang hamba yang tunduk dan bersyukur. Baginda menangis ketika berdoa atau saat-saat ketika membacaal-quran. Getaran hati kerana khusyuk dan rindu kepada Allah s.w.t, mampu melelehkan air matanya. Hatinya telah bersatu dengan ma'rifatullah ( sangat dekat kerana sentiasa diawasi).
Diriwayatkan dari Muthrif bin Abdillah bahawa bapanya berkata : " AKu pernah mendatangi Rasulullah, waktu ini aku mendapati Rasulullah sedang solat. Dan aku mendengar tangisannya seperti orang yang merintih." ( HR Abu Daud)

Abdullah bin Masud berkata : " Rasulullah berkata kepadaku, 'Bacalah kepadaku al-Quran', Jawabku : 'Ya Rasulullah,aku membacakan kepadamu al-Quran, sedangkan ia diturunkan kepadamu? Rasulullah berkata , 'aku ingin mendengarnya daripada oranglain."

Lalu Abdullah membaca surah an-Nisa'. Ketika ia sedang membca sampai ayat, " Dan kami datang kepadamu sebagai saksi atas mereka (ayat 41), air mata rasulullah menangis dan diiringi esak tangisnya." ( HR Bukhari)

Oleh sebab sering menangis ketika membaca al-Quran, lapan belas helai janggut baginda beruban, ketika ditanya oleh Abu Bakar.baginda menjawab, " Surah al-Waqiah, al- Mursalaat, an-Naba'dan at-Takwir, semuanya telah membuatku beruban."( HR Tirmidzi)

Moral Sirah:Rasulullah sering menangis kerana rasa kasihnya pada Allah s.w.t dan bagaimana pula dengan diri kita?Apa yang menyebabkan kita menangis? Adakah kerana khusyuk mendengar bacaan al-Quran mahupun kerana babak sedih drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen? Jadi renung-renungkanlah tangisan yang bagaimana dapat membawa kita kembali kepadanya.

Wednesday, March 4, 2009

Warna-warni kehidupan


"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru & penuh dengan ketenangan,tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya,Begitulah juga dengan kehidupan manusia...Riang, ketawa tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan itu... Jika kau rasa kecewa, maka pandanglah sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta-juta batu menghalang.. Jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah akan sentiasa bersamamu..."

Insya-Allah


Rujukan: Majalah Apo?


Insya-Allah..
Kalimah terpopular di kalangan umat Islam, setelah salam (assalamualaikum), adalah insya-Allah. Kalimah ini diucapkan saat seseorang ingin melakukan sesuatu atau berjanji." Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan sesuatu, sesungguhnya aku akan mengerjakan esok, kecuali (dengan mengucapkan) insya-Allah. Dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, mudah-mudahan Tuhan akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (QS Al-Kahfi:23-24)

Secara literal, kalimah insya-Allah bererti bila Allah menghendaki. Sayangnya, kalimah ini kerap disalah gunakan. Ada dua bentuk penyalahgunaan. pertama, insya-Allah digunakan untuk menunjukkan janji yang longgar dan komitmen yang rendah. Insya-Allah hanya pengganti dari kalimah, "tak janji".Ini mengelirukan sebab nama Allah s.w.t dijadikan sebagai pembenaran atas kemalasan menepati janji.

Kedua, segala tindakan ditentukan oleh Allah (fatalisme). Ertinya, manusia tidak memilki ruang bebas untuk bertindak. Fahaman ini tidak tepat kerana Allah menganugerahi manusia kebebasan berkehendak. Bagaimana seseorang mempertanggungjawab perbuatan-perbuatan bila seluruh tindakannya ditentukan oleh Allah?

Sebenarnya, insya-allah memiliki falsafah yang mendalam. Pertama, dalam kalimha insya-Allah tersimpan keyakinan yang kukuh, bahawa Allah swt terlinat dalam segala tindak-tanduk manusia. Kesedaran akan kehadiran Allah ini akan memupuk tumbuhnya moral atau akhlak yamg luhur (Akhlak al-karimah).

Hanya orang-orang yang merasa dirinya sentiasa ditatap Illahi sahaja yang akan mampu menjaga diri dari segala bentuk perlanggaran. Inilah yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai ehsan, iaitu, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." (HR Muslim)

Kedua, ekspresi kerendahan hati (tawaduk). Seseorang yang memastikan diri bahawa besok akan bertindak sesuatu (sesungguhnya) terselip dalam relunh jiwanya sifat kibriah ( kesombongan). Termasuk sikap, bahawa dirinya penentu segala sesuatu di masa hadapan tanpa ada peranan Allah swt. Seharusnya, orang yang sedar bahawa Allah swt selalu membimbing hamba-Nya.

Ketiga, paduan usaha dan penyerahan diri. Dalam kata insay-Allah terkandung suatu ketidak pastian akan apa yang terjadi esok. Kerananya, keyakinan ini akan melahirkan motivasi, mempersiapkan secara sempurna hal-hal yang menciptakan kejayaan dari yang direncanakn, serta memastikan apa yang akan terjadi seperti yang dikehendaki. ( QS Al-Hasyr:18)

p/s: Bila baca jer artikel nie, memang 'terkena' diri sendiri.. Kalau selama nie ada antara kita yang menggunakan perkataan "insya-Allah" sekadar menunjukkan "tak janji", marilah kita bersama-sama membuang sikap buruk nie.. Semoga kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran dan berusaha untuk membaikinya. Astaghfirullah hal'azim..

Sunday, March 1, 2009

Menggendong Nafsu Di Jalanan

Seorang guru dan muridnya hendak menyeberangi sebuah sungai deras. Satu-satunya jembatan yang biasa digunakan rosak akibat banjir. Terpaksa mereka harus berjalan di sungai deras itu.
Ketika mereka akan melangkah ke dalam sungai, datanglah seorang gadis cantik yang juga bermaksud menyeberangi sungai. Raut wajahnya tampak cemas. Merasa kasihan pada gadis itu, sang guru bertanya, "Ada apa nona?"

Jawab gadis cantik itu sambil teresak-esak, "Guru, aku mesti segera pulang. Tapi aku takut melintasi sungai yang deras ini. Aku tak boleh berenang. Aku takut tenggelam."Guru tersenyum pada gadis itu. Ia menawarkan jasa baik, "Kebetulan kami juga akan menyeberangi sungai ini. Kalau begitu, mari saya hantar nona ke seberang sana."
Gadis itu mengangguk setuju. Kemudian guru menggendong gadis itu menyeberangi sungai deras. Perjalanan itu sungguh tidak mudah. Ketinggian air hampir mencapai dada. Saking takutnya, si gadis memeluk erat-erat guru. Sedangkan sang murid berjalan di belakang sambil mengamati gurunya dengan penuh tanda tanya.
Akhirnya mereka sampai juga di seberang sungai. Gadis itu tersenyum gembira. Ia memberi hormat pada guru dan murid itu sambil mengucapkan beribu-ribu terima kasih. Kemudian mereka berpisah. Guru dan murid meneruskan perjalanannya.
Sepanjang perjalanan berbagai pertanyaan bergolak di benak sang murid, hingga akhirnya, setelah sekian lama berjalan, ia sudah tak tahan lagi untuk bertanya, "Guru, kita adalah orang kuat agama. Bukankah kita tidak boleh dekat-dekat dan menyentuh wanita yg tidak halal bagi kita? Namun mengapa tadi guru melakukan hal itu?"

Guru balik bertanya, " Wanita apa maksudmu, wahai kawan?"
Murid menjawab, "Wanita yang kau gendong semasa menyeberangi sungai."
Lalu sang guru tersenyum, katanya, "Kawan, saya sudah tidak menggendongnya sejak dari tadi, tapi mengapa kamu masih menggendongnya dalam fikiranmu."
"Yang menggendong si gadis ke seberang sungai tidak menggendong disertai nafsu. Ia berlaku spontan dan masa bodoh. Justeru si muridlah satunya yang membawa nafsunya sepanjang jalan."
Tetapi apakah anda tidak mengendong nafsu sepanjang perjalanan hidup anda?. Tidak ada manusia biasa yg tidak menggendong nafsu tetapi bukan sentiasa kita menggendongnya. Jika kita sentiasa menggendongnya maka kita akan tenggelam di sg yang deras.

CINTA & KASIH SAYANG


Cinta dan kasih sayang manusia hanyalah setitis jika dibandingkan selautan cinta dan kasih sayang Allah. sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki.. Carilah cintanya, nescaya hidupmu bahagia...Dan carilah cinta orang yang boleh memberi syafaat kepadamu di akhirat kelak, cinta nabi Muhammad s.a.w semoger engkau diakui umatnya..