Aku harap sangat-sangat, dengan ber ‘blog’, aku dapat berkongsi idea @ pendapat dengan kawan-kawan yang lain, saling memperingati dan dapat memuhasabahkan diri yang serba ‘dhaif’ nie.. Semoger sahabat-sahabat sekalian dapat memberi tunjuk ajar kepada ambe yang serba kekurangan ini...
S.M.I.L.E
Saturday, February 28, 2009
Salam muqaddimah
Aku harap sangat-sangat, dengan ber ‘blog’, aku dapat berkongsi idea @ pendapat dengan kawan-kawan yang lain, saling memperingati dan dapat memuhasabahkan diri yang serba ‘dhaif’ nie.. Semoger sahabat-sahabat sekalian dapat memberi tunjuk ajar kepada ambe yang serba kekurangan ini...
Thursday, February 12, 2009
RESEPI UBAT PENYEMBUH DOSA
Begitulah juger ngan dosa.. Ader ubatnye..
Seseorang bertanya kepada doktor, "Apakah doktor mempunyai resepi ubat untuk menyembuhkan penyakit dosa?".
Doktor itu menjawab, "Jika kamu kerjakan, maka kamu akan mendapat penyembuhan dari Allah."
"Ambillah akar-akar kemelaratan dan jiwa kesabaran lalu campurkan dengan bubuk fikiran dan dicampur (kadarnya sama) dengan rendah hati dan kekhusyu'an, kemudian ditumbuk semuanya dalam lumpang taubat dan dibasahi dengan airmata. Tempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepada-Nya. Setelah itu, adukkan dengan senduk istighfar sehingga tampak taufik dan kehormatan diri."
"Kemudian, pindahkan ke mangkuk cinta dan dinginkan dengan udara kasih sayang. Sesudah itu disaringkan dengan saringan kesusahan ditambah hakikat iman dan campurkan dengan takut kepada Allah. Teruskan minum ubat itu selama hidupmu dan hatimu akan sembuh dari segala keluhan dan hilang rasa sakit dosa."
Pengajaran yg dapat kita ambil dari kisah ini ialah....
Dalam kehidupan seharian, kita memang tak akan pernah terlepas ngan perbuatan dosa.. Bermuhasabahlah sebelum kite tidur dan sentiasalah kite beristighfar memohon keampunan daripada Allah s.w.t... Semoger kiter akan sentiasa mendapat pengampunan dan rahmatNya..
Wednesday, February 11, 2009
Wahai manusia yang fakir...
" Wahai manusia yang fakir, dunia kelihatan menentang kamu. Kamu berkaki ayam, telanjang dan lapar,kecewa dan bernasib buruk, dihalau dari setiap tempat dan dijatuhkan dari cita-cita dan keinginan kamu. Allah telah menjadikan kamu hidup melarat atau membuat dunia ini menekan kamu, atau Allah tidak memberikan sebahagian daripada kemewahan dunia kepada kamu, atau tidak memuliakan kamu. Dan tidak patut juga kamu mengadu bahawa Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada orang lain,padahal mereka juga seagama dan seketurunan dengan kamu, iaitu and Adam dan Hawa."
" Hakikat yang sebenar ialah kamu adalah umpama tanah yang subur; di mana Allah sedang menurunkan hujan kesabaran dan keredhaan, keyakinan dan keimanan, ilmu dan kemurahan. Pohon iman kamu sedang berakar umbi, serta mengeluarkan akar dan tunas baru, serta menjadi semakin tinggi dan besar tanpa perlu kamu membaja dan menyiraminya. Allah amat mengetahui mengenaiapa yang benar-benar kamu perlukan. Oleh itu, Dia telah meletakkan kamu pada tempat yang layak bagi kamu di akhirat. Dia telah menjadikan kamu mulia dalam hidup yang akan datang, di mana nikmatNya tidak terhingga, tidak terbayang dan tidak terdengar."
" Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah ta'ala, tidak ada yang mengetahui apakah keseronokan yang menanti kamu di syurga. Itu akan menjadi balasan kamu sebagai kepatuhan ke mukamu menjunjung perintah Allah dan bagi kesabaran, keredhaan dan penyerahan kamu kepada takdir Allah ta'ala."