S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, February 11, 2009

Wahai manusia yang fakir...


" Wahai manusia yang fakir, dunia kelihatan menentang kamu. Kamu berkaki ayam, telanjang dan lapar,kecewa dan bernasib buruk, dihalau dari setiap tempat dan dijatuhkan dari cita-cita dan keinginan kamu. Allah telah menjadikan kamu hidup melarat atau membuat dunia ini menekan kamu, atau Allah tidak memberikan sebahagian daripada kemewahan dunia kepada kamu, atau tidak memuliakan kamu. Dan tidak patut juga kamu mengadu bahawa Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada orang lain,padahal mereka juga seagama dan seketurunan dengan kamu, iaitu and Adam dan Hawa."
" Hakikat yang sebenar ialah kamu adalah umpama tanah yang subur; di mana Allah sedang menurunkan hujan kesabaran dan keredhaan, keyakinan dan keimanan, ilmu dan kemurahan. Pohon iman kamu sedang berakar umbi, serta mengeluarkan akar dan tunas baru, serta menjadi semakin tinggi dan besar tanpa perlu kamu membaja dan menyiraminya. Allah amat mengetahui mengenaiapa yang benar-benar kamu perlukan. Oleh itu, Dia telah meletakkan kamu pada tempat yang layak bagi kamu di akhirat. Dia telah menjadikan kamu mulia dalam hidup yang akan datang, di mana nikmatNya tidak terhingga, tidak terbayang dan tidak terdengar."
" Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah ta'ala, tidak ada yang mengetahui apakah keseronokan yang menanti kamu di syurga. Itu akan menjadi balasan kamu sebagai kepatuhan ke mukamu menjunjung perintah Allah dan bagi kesabaran, keredhaan dan penyerahan kamu kepada takdir Allah ta'ala."