S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, April 23, 2011

Dengarlah duhai temanku sayang~


Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian..
Cuma amalan manusia itu berbeza,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya..
Kelalaian dibalasi kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan & pahala...
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yang tanggung natijahnya,
"Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian"
(Surah At-tin:4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kpd-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya?
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya..
"Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu & orang berilmu beberapa darjat"
(Surah al-Mujadlah:11)

Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya..
Begitulah juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Maka syaitan bermaharajalela..
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu & agama..
Agar hidup dekat dengan-Nya..
Barulah hatimu tenang bahagia..

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu,
Tekadkan keyakinan,
Kau ummat pilihan,
"Your are the best ummah", (Ali-Imran:110)
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah org yg paling bertaqwa"
(Al-Hujurat:13)
Jelaskan visi perjalanan,
"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia & kebaikan di akhirat & peliharalah kami dari azab neraka" (AL-Baqarah:201)

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian & dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya,
Jika kau redha, sabar & terus berusaha..
Tapi, kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung tidak berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal & menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
Malah kau menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga..

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
dan yang tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
dan mara berlari kencang,
mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang,
Tanpa mengenal penat & jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan mulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga..

~nukilan~
-FATIMAH SYARHA-
................................................................................................................

p/s: Yup, saya kena rajin berusaha, sebab saya x nak sia-siakan peluang/amanah yang ade depan mata.. Kalau saya berjaya, alhamdulillah, Allah memberkati usaha saya.. Tapi kalau saya gagal, itu tandanya saya kena berusaha lagi dengan lebih bersunguh-sungguh.. Gagal bukan bermakna kalah/lemah.. Inilah ujian Tuhan, samada hamba-Nya bersabar atau tidak, bersyukur atau kufur.. Semoga apa yang tercoret di sini menjadi panduan saya di masa akan datang..
Ingat misyuada, jangan pernah putus asa..!

"Dunia hanyalah tempat persinggahan perjalanan.. Akhiratlah destinasi terakhir penentuan.. Kutiplah segala macam bekalan.. Agar tidak meyesal di hari pembalasan.."

(coretan bagi peringatan diri sendiri samada utk hari ini, esok, lusa ataupun utk masa depan yang tak pasti)
.......................................................
Exam..exam..exam..= Ujian.. ujian.. ujian
ALL DA BEST!!
.....................................................................