S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, April 29, 2011

Matlamatnya sebagai seorang ahli politik!


~Salam IMTIHAN~
Hmm.. ..
Kenape la time nie rase nak update blog nie..huhu..
................................................................................................

Tengah-tengah duk syok ulangkaji balik Food Biotech punye subjek, tetibe je teringat zaman sekolah dulu-dulu.. Dulu kan, ade sorang senior muslimin nie. Beliau dijemput ke sekolah lame untuk memberi sedikit kata-kata perangsang buat kami (student form 5) yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Si Senior nie dapat 'straight A's' dalam SPM, dan merupakan pelajar yang paling kami kagumi 'time' tue, sebab akhlak beliau yang mantap, hubungan ngan Tuhannya insyaALLAH mantap, ngan cikgu, kekawan & keluarga pun same.

Nak diringkaskan cerita kat sini (nak sambung study plop nie), saya amat-amat kagum ngan beliau nie (sampai sekarang kagum) sebab masih ingat dengan impian/ cita-cita si Senior nie. Dia cakap, dia nak belajar, tuntut ilmu sampai berjaya dalam ilmu perubatan. Di samping tue, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Hafiz (beliau memang penghafaz Quran time sekolah menengah dulu). Selepas tue, keluar menjadi seorang doktor yang berjaya, berilmu tinggi, berakhlak mulia. Beliau mahu berkhidmat kepada masyarakat.

Yang paling saya kagum tue, beliau seterusnya bercita-cita mahu menjadi seorang ahli politik yang memperjuangkan Islam selepas berjaya sebagai seorang doktor. Kita semestinya tahukan, satu kelebihan lah apabila ahli politik pandai bermain dengan kata-kata, so Senior saya (yg merupakan seorang ahli debat, pernah mewakili negeri ke forum peringkat kebangsaan) yang memang hebat & petah berbicara nie mahu menggunakan sepenuhnya anugerah ALLAH kpd beliau untuk terjun pula ke bidang politik. Kenapa nak jadi ahli politik? Sebab, beliau cakap, dengan politiklah, kita mampu mengubah/membentuk masyarakat ke arah yang kita mahu ..

Kenapa nak jadi doktor? Sambung beliau lagi, seorang doktor itu dekat di hati masyarakat/pesakit/orang yang perlukan bantuan di kala kesusahan menimpa. Penyebaran dakwah pun pasti akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan. Masyarakt sekeliling akan mengenali beliau sebagai seorang yang berilmu + berakhlak tinggi. So, senang la sikit beliau nak pengaruhi/mengajak masyarakat sekeliling untuk memilih beliau sebagai pemimpin nanti.. hehe.. Matlamatnya, mahu lihat masyarakat berubah, memilih kepimpinan yang lebih berteraskan syariat Islam yg benar. Sengaja beliau memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan supaya beliau dapat mendekati masyarakat, seterusnya menyebarkan dakwah dengan lebuh meluas melalui akhlak, kebijaksanaan, dan kepetahan berkata-kata.

MasyaALLAH, betapa matangnya pemikiran beliau.. Penuh dengan perancangan dan strategi.. Matlamat jangka panjang yang mahukan masyarakat sekeliling kembali ke arah kebenaran. Seterusnya mendapatkan mardhatillah.. Bagaimana pula dengan aku + kamu + kita? Sekadar berbicara mahu menjadi seorang pejuang masyarakat & menjdai seorang da'ie & etc, tapi amalnya entah ke mana, disiplinnya sentiasa tercorot ke belakang.. Merasakan diri patut dicontohi, padahal masyarakat sekeliling sibuk memperkatakan ketidakdisiplinan diri.. dalam sedar tak sedar, sekadar menambah fitnah kpd ad-din.. Membiarkan keburukan diri diumpati.. (sengaja selitkan utk same-same balik muhasabah diri, yang mencoretkan pasti akan diuji)..

Sekarang nie, beliau sedang melanjutkan pelajaran di Mesir dalam bidang perubatan, dan selamat mendirikan rumahtanngga pada tahun lepas dengan seorang muslimat yang tak kurang hebatnya. Doakan, semoga niat + cita-cita +matlamat hidupnya diredhai & dimakbulkan ALLAH.. Ameen..

Ok, i need to stop here.. Sekadar nak dapatkan semangat daripada beliau di musim peperiksaan nie..hehe..

p/s: teruskan berjuang.. walau dalam bidang mane sekalipun, tetapkan matlamat, manfaatkan diri hanya semata-mata untuk ALLAH.. Hidup perlukan perancangan + strategi + pelaksanaan.. Allah jua yang akan memberi natijahnye..
STRIVE FOR EXCELLENT!!