S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, April 20, 2011

Plan your future life~

Hari nie saya belajar banyak perkara baru pasal 'baby'. Awal-awal pagi lagi dalam pukul 7.10 dah berada kat sebuah nursery area Akasia Park. Kalau nak ikutkan hati, memang tak nak datang sana sebab nak study untuk midterm Product Development pukul 3.00 pm, tapi janji punya pasal, kena pergi la juga kan.

Kenapa nak pergi sana pulak?? Hmm.., Part time jaga budak.. hehe.. Sekali dalam sebulan tu boleh la.. Tolong akak kat sana sebab tak cukup kakitangan.

Sebelum nie jaga baby yg dah boleh merangkak, bertatih sikit-sikit, tapi hari nie 'special' sebab dapat jaga baby yg berusia dlm 4-6 bulan. Yang tak boleh merangkak lagi. Ade la dalam dua orang je pun baby hari nie.

Yang sorang tue namanya Luqmanul Hakim, & sorang lagi lupe daa, perempuan. Name panjang sangat.. hehe.. Yang 'girl' nie demam, kesian sangat.. sebab baby tue asyik terbatuk je. Serba salah saya dibuatnya sebab bila dah batuk tue, tak lena la baby tu tidur. Kita pula yang takut, kot2 la terjadi ape2 kat baby tue mase kita jaga.. Na'uzubillahi min zalik..

Sebenarnya, bukan saya sorang je yang jaga baby2 nie.. Ade sorang lagi student tahun 4 FSU USIM yg jaga sama. & Alhamdulillah, thanks GOD sebab saya banyak belajar perkara baru drpd dia hari nie.. Akak nie memang ade bakat keibuan semulajadi r.. Nampak macam tak kekok jaga baby yg kecik2 nie. Boleh dah kalo ade orang datang nak masuk mintak..hehe..

Sambil2 duk jaga baby tue, dia pon pesan la, kalau tengok baby, jangan duk cakap, "Comelnya..".. Tapi cakaplah, "Subhanallah, comelnya.." Sebab die pernah dengar ade ustaz cakap untuk elakkan panahan mata. Saya pun pernah terbaca pasal 'panahan mata' nie kat sebuah majalah suatu masa dulu. Melalui pembacaan saya tue, kalau kite nak puji sesuatu contohnya, "Makin cantik kau sekarang" atau "Cantik r kasut ko..", kite kena la dahulukan dengan ucapan "Masyaallah, makin cantik kau sekarang...."..

Yang saya faham la daripada artikel tue, semua benda yang kita miliki kat atas dunia nie bukan milik kita. Samada baik atau buruk, cantik atau hodoh.. Semuanya datang daripada Allah s.w.t. Sebab tue kita perlu ucapkan pujian kepada Allah terlebih dahulu sebelum memuji benda lain samada dengan menyebut Subhanallah atau Masyaallah. Dalam artikel tue lagi, pernah tak kita perasan yang hari nie kita puji kulit dia cantik, bila jumpe balik, dah tumbuh jerawat kat atas muka.. hehe.. Tak pun hari nie kita puji kasut dia cantik, minggu depan tengok2 kasut tue dah terkoyak..

Hmm.. Apa pula kaitan dengan kecelakaan nie ngan panahan mata??

Macam nie, bukan semua pujian yang manusia bagi lahir daripada hati yang ikhlas.. Sebab tue kita dianjurkan untuk puji Allah dulu sebelum puji ciptaanNYA.. Wallahu'alam. Setakat tue je lah yang saya faham.. dah faham, boleh la kita bersama-sama amalkan ye..

Berbalik kpd cerita baby tadi, borak punye borak, akak tue pun bagitaw la susu ibu baik utk baby.. Yang nie saya dah tahu la sebab baru je belajar pasal nutrient utk ibu mengandung & baby dalam subjek "Nutrition" sem nie <>. Saya pun baru je menyiapkan project Nutrition based on title "Breastfeeding Rate Low Among Malaysian's Mother" semalam. Alhamdulillah, dapat banyak ilmu bila buat project nie.

Akak tadi pun cerita la pulak pasal sorang kawan dia nie. Kawan dia yang dah kahwin nie (2nd year student) sentiasa mintak dalam doa utk dapat menyusukan sendiri baby selama dua tahun & alhamdulillah, Allah perkenankan doanya. Selama dua tahun, dia dapat menyusukan baby tue sendiri tanpa pernah menggunakan susu tepung biasa (Infant's baby milk) yang dijual pelbagai jenama kat pasaran. Kos perbelanjaan pun jimat. Akak tue pun nasihat la, pasang niat awal-awal nak menyusukan baby sendiri. Insyaallah doa tue ALLAH perkenankan. Kalau boleh, tak payah kerja utk 2 tahun pertama kelahiran baby tue, biar kita sendiri yang asuh dan didik. Sebab akak tue cakap, akhlak baby tue pun terbentuk melalui siapa pengasuh tue. hehe.. Saya nie cuma tersengih-sengih je dengar nasihat akak tue.. Seronok dengar~

Then, akak tue cakap la, boleh je kita nak kerja sambil jaga anak, tapi better buat bisnes sendiri. Contohnya, involve dalam perniagaan secara online atau jual nasi lemak (orang datang ambil) & etc. Katanya lagi, sembilan daripada sepuluh rezeki tue datang drpd sumber perniagaan, tapi ramai manusia sekarang memilih satu daripada sepuluh tadi iaitu makan gaji.

Hmm.. Nie lah kelebihannya bila kita bergaul dengan orang yang lebih luas pemikiran.> Alhamdulillah, tak sia-sia pergi nursery hari nie walaupun terpaksa korbankan masa study sedikit..

p/s: Nampaknya banyak lagi perkara yang perlu difikirkan seteliti-telitinya before i get married..hehe.. bukan nak menggatai tapi be prepared.. Thanks GOD coz U destined me to meet her in my life.. Lot of things I learnt today..

~ Planning for my future life..~