S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, November 18, 2009

Buka Hati Kenali Diri


Dua biji benih pokok bunga keembong telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya. Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akar ku tertanam sedalam-dalamnya melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntum bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut jika aku tumbuh besar aku tidak tahu apa yang akan aku tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika aku mekar berkembang, siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak!
Tidak! Aku tidak sanggup.. Lebih baik aku menunggu waktu yang selamat.."

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh semakin dekat. Ternyata ayam itu mencari makanan sambil mengais-ngais tanah dan ternampak biji benih lalu dimakannya...

Pesan seorang sahabat lama,

"Wahai sahabat beranilah menghadapi cabaran kerana ia mematangkan kita.. Usahlah takut menzahiran cara Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.. Jangan takut menambah iman dalam hati yang bagaikan tumbuh akarnya dalam tanah.. Jika kita takut maka kita akan hancur ditelan zaman.. Buka hati, kenali diri... "

Sunday, November 1, 2009

Esok nak exam doh weh!! - 2

Kata-kata sebelum exam::::...

Sekadar renungan,

Dalam hati seorang ibu berkata:

"Pergilah anakku.. Belajarlah bersungguh-sungguh..Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..Ibu tidak hantar ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak Ibu.."

Dalam jiwa seorang ayah pula berbisik:
"Anakku.. Ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa si hujung namamu.. Hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan, duhai anakku.."

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU!!
KENANGILAH KEDUA ORANG TUA KITA DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN..

Esok nak exam doh weh!!

2 NOV: PHILOSOPHY
3 NOV : DAKWAH
6 NOV : ETHICS
10 NOV : CCT
11 NOV : FOOD CHEM
12 NOV : FOOD TECH
17 NOV : BIOSTATISTIK



Kepada semua sahabat tak kira di mana berada... Selamat maju jaya.. dah tak taw nak bagi ucapan ape.. Jangan lupa doakan kejayaan bersama!! Ma'an najah semua!!

Wednesday, October 28, 2009

Tuesday, September 29, 2009

Minte maaf semua..Rayer!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI aku dedikasikan khas buat family aku, mak, abah, adik-adik semua.. Maaf kat Ada sebab banyak buat salah kat mok & aboh.. Ye r, mai USIM x ‘study’ sungguh-sungguh..

Buat kekawan kat USIM pula, especially ‘student food biotech 2nd year’, nak minta maaf jugak kot-kot la tersinggung perkataan. Sayer kalau bercakap nie memang tak sedar.. Main cakap jer.. Tak ader perasaan la katakana..hehe.. Terngumpat kat belakang pun samer. Minta map juga.. Nak minta maaf juga kat TSA1 coz diri nie tak mampu nak jalankan amanah yang dah diberikan dengan baik… SOry ek.. (^_^)V


Buat yang mengenali diri nie juga especially ‘Prof’ dari UPSI, SELAMAT HARI RAYE!! Puasa 6 jangan lupa semua ek…

Tetiba pula rase nak post sesuatu yang baru kat blog hari nie.. Dah dekat satu semester aku biarkan jer blog nie ‘berkarat’.. Nak cerita pasal rayer baru nie la.. I miss my Family!! Huhu.. Kenapa ek, bila banyak problem, mesti ingat kat family??

Macam tahun-tahun yang lepas, asal rayer je, malam tu sibuk berkemas coz nak balik KL..??? Kampung LOsong daa.. kat KT.. dekat je ngan masjid kristal.. before balik tue, singgah jap kat umah nek aku (mak angkat ayah aku) tempatnya di suatu kampong di daerah Kemaman.. Nek yang paling rapat ngan aku masa kecik.. cucu emas..hehe..


Rayer pertama kat KT….


Menu utama…. SATE… RaYER tahun nie ayah aku tempah 1200 batang sate.. 700 batang sate ayah aku bagi kat ‘indonesia’ yang duk kat kampung aku.. Kesian diorang tak balik kampung kat Indonesia saner.. Tahun nie tempah jer sate coz a

nak-anak semua balik lewat ke rumah.. tak sempat nak buat semua.. Kuih pun pakat tunjuk jer..huhu..


Nielah hero-hero umah aku.. bahri-duk pondok skang, alim-PASTI, rijal-STAR



Tue kucing kesayangan ayah aku,Itam.. bayangkan, kitorang punyerlah jaga betul-betul kucing sepanjang perjalanan ke umah tok..3 jam perjalanan.. nasib tak ‘buang air besar’ si Itam nie..hehe.. nak rayer jgak dier..


Nie sorang lagi.. Orang sibuk beraye.. dier ni plok sibuk ngan ‘game’.. nie la perangai budak-budak zaman sekaranmg..ish3x..

Fathin nie pulak berayer ngan kucing..

Sepupu aku ni plak sibuk mengadap laptop.. nie lah budak-budak moden..


Nie kat umah tok belah ayah.. meriah betul ramai cucu kan tok..hehe..


Banyak dapt duit rayer dik??

Duit rayer terjatuh ke??lame tak kumpul camnie kan??huhu