S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, November 18, 2009

Buka Hati Kenali Diri


Dua biji benih pokok bunga keembong telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya. Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akar ku tertanam sedalam-dalamnya melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntum bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."

Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut jika aku tumbuh besar aku tidak tahu apa yang akan aku tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika aku mekar berkembang, siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak!
Tidak! Aku tidak sanggup.. Lebih baik aku menunggu waktu yang selamat.."

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh semakin dekat. Ternyata ayam itu mencari makanan sambil mengais-ngais tanah dan ternampak biji benih lalu dimakannya...

Pesan seorang sahabat lama,

"Wahai sahabat beranilah menghadapi cabaran kerana ia mematangkan kita.. Usahlah takut menzahiran cara Islam yang bagaikan bunga mekar di taman.. Jangan takut menambah iman dalam hati yang bagaikan tumbuh akarnya dalam tanah.. Jika kita takut maka kita akan hancur ditelan zaman.. Buka hati, kenali diri... "

Sunday, November 1, 2009

Esok nak exam doh weh!! - 2

Kata-kata sebelum exam::::...

Sekadar renungan,

Dalam hati seorang ibu berkata:

"Pergilah anakku.. Belajarlah bersungguh-sungguh..Jangan kau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan..Ibu tidak hantar ke sana melainkan ibu percaya kepada kamu, kerana kamu anak Ibu.."

Dalam jiwa seorang ayah pula berbisik:
"Anakku.. Ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kamu bawa si hujung namamu.. Hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan, duhai anakku.."

SELAMAT BERJUANG WAHAI SAHABATKU!!
KENANGILAH KEDUA ORANG TUA KITA DALAM SETIAP PERKARA YANG KITA LAKUKAN..

Esok nak exam doh weh!!

2 NOV: PHILOSOPHY
3 NOV : DAKWAH
6 NOV : ETHICS
10 NOV : CCT
11 NOV : FOOD CHEM
12 NOV : FOOD TECH
17 NOV : BIOSTATISTIK



Kepada semua sahabat tak kira di mana berada... Selamat maju jaya.. dah tak taw nak bagi ucapan ape.. Jangan lupa doakan kejayaan bersama!! Ma'an najah semua!!