S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Thursday, May 26, 2011

Saya hanya mampu merancang..


Hmm.. betullah.. Apa yang dirancang tak semestinya terlaksana.
T_T
Sedih betul.. Semalam semangat berkobar-kobar rancang minggu nie buat apa, minggu depan buat apa..
Tup..tup.., ada je yang tak lengkap lagi la, tak cukup barang lagi la..
Semangat semalam dah hilang.. huhu..

..............................................................

Wahai semangat, jangan la hilang lagi..
Tenangkan diri..
Ini baru langkah permulaan..
Kita buat 'step by step', OK..

Baiklah.. terpaksa tukar plan baru..
Bak kata Dr Alina, kite mesti sentiasa ada 'Back-up Plan'..
Anggap je nie semua sebagai cabaran ye miSyu!
1st Plan tak jadi, tak bermakna semua kerja harus terhenti..
Mesti diteruskan!!

.......................................................

Yang penting sekarang nie, jangan hilang semangat!
Saya mesti positifkan minda saya..
Bak kata En Zul, "Doa banyok-banyok.."
Baik..
Biarlaaahhhh..

...........................................................

Tapi sedih, sebab dah rancang dengan penuh perapian..huhu..
Memang betul lah..
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang..
Tapi ALLAH yang Maha Kuasa untuk menentukan..
ALRIGHT!
................................................

nie rase yang nak balik nie!!
Ok, Next week saya balik!
Saya plan je tapi tak tahu la dapat balik ke tak..sob3x..
...................................................................................

Drp Abu Hurairah, Nabi b'sabda yg b'mksd:
"Sesiapa yg Allah kehendaki kpdnya kebaikan,
nescaya Allah mengujinya"
(riwayat alBukhari)

Wednesday, May 25, 2011

Let's FIGHTING!!!

TESIS: Effect of Diff Cooking Methods On Formation of COPs in Pork & Beef
.................................................................

....................................
Final exam dah habis!

Pengembaraan miSyu kembali bermula..
Menuju ke sebuah makmal di tingkat 4..
Berkampung di FST..
Berdapurkan 2 buah microwave..
Berbekalkan daging lembu & 'baby'..
berusaha membiakkan 'cholesterol'..
Yg akhirnye ter'oxidize' dek kerana 'ROASTING' & 'GRILLING'..
Beralih pula kpd GC/MS..
Senjata utama untuk detect COPs..
................................................


ALLAHUAKBAR!!

Yeargh!! let's fighting together!!
...............................................................................................

Bye.. bye Semester 6..

STRIVE FOR MY EXCELLENT!!



Tuesday, May 24, 2011

Rajin vs Malas


“Selagi masa masih ada, selagi itu harapan belum sirna. Maka gunakanlah masa yang masih berbaki, lakukan sesuatu untuk mencapai kecemerlangan dan menghapuskan kegagalan yang belum tertulis lagi.”
.....................................
Hmm.. malas yg amat!!
Kenape jadi camnie nie!!!
rajin!!rajin!! rajin!!
Seksanya diri nie, bile sikap bermalas-malasan menguasai diri!
Jangan lah jadi seorang pemalas umi!
jom rajinkan diri!
Ok! nak rajin..
.............................................

Ade karye baru drpd Hilal Asyraf
~CERPEN - CINTA MUROBBI~
best ngat cerite dieeee..
bace lah..
dapatkan semangat rajin daripada sini..
syukran
~motivation~

Sunday, May 22, 2011

Rapunzel Bukan Hikayat Jerman

Mother knows best!” itulah slogannya.

Zaman berzaman, Mother Gothel memberitahu Rapunzel kata-kata keramat ini.

Dan setelah Rapunzel itu ‘berhutang hidup’ dengan Mother Gothel yang memberinya makan dan minum, kata-kata itu memang masuk ke logik fikiran Rapunzel.

“Ibu, mengapa saya tidak boleh ke luar sana?” tanya Rapunzel semasa rambut cantiknya disikat lembut oleh si ibu penyayang.

“Oh sayang, di luar sana amat berbahaya. Ada ramai manusia dengki, mementingkan diri sendiri, dan merbahaya untuk kamu. Tinggallah kamu di sini, kerana ia yang terbaik buatmu, nak!” kata-kata Mother Gothel sungguh berbunyi mithali.

Tetapi Rapunzel itu manusia.

Setelah sekian lama duduk di dunia makam tingginya di menara itu, Rapunzel melihat bulan penuh. Masih melihat bulan sabit. Berganti-ganti. Sekali sekala nampak mercun roket meletup indah di angkasa. Menghias buana. Rapunzel tahu, dunia di luar sana lain ceritanya.

Tingkap kecil binaan Mother Gothel di bilik Rapunzel itu adalah untuk membuktikan dirinya masih manusia. Masih memberi ruang nafas dan pandang jauh buat Rapunzel. Biar pun hakikatnya Rapunzel sedang dikurung. Dipenjara. Dan pandangan jauh si anak dara itu dijadikan ‘gula-gula’ memujuk anaknya bahawa dia sedang menikmati dunia, biar pun dari pandangan luar, Rapunzel sebenarnya hidup dalam tahanan.

Dipenjara.

Oleh ibunya sendiri.

Ibu yang lebih mengetahui.

Rapunzel terus membesar.

Nalurinya berkembang.

Fitrahnya mencari.

Flynn Rider muncul.

Flynn Rider dimomok sebagai perompak. Tamakkan tiara Rapunzel. Berniat jahat. Pengganas. Penjenayah. Dipropagandakan oleh Mother Gother sendiri di empat penjuru negeri.

Anda tontonlah sendiri RAPUNZEL: THE TANGLED TALE.

Anda tahu bahawa ia bukan Hikayat Jerman.

Ia kisah kampung halaman kita sendiri.

Wahai Rapunzel, slogan Mother Knows Best itu jangan ditelan bulat-bulat.

Ia berperisa gula.

Hakikatnya racun pembodohan yang cuba menggula-gulakan kamu.

Masakan selepas 50 tahun, kamu masih percaya dengan nasihat Mother Gothel kepada ‘kanak-kanak yang diculik’ itu?

............................................................................

Analogi yg amat menarik

~Beruntunglah Rapunzel yang diberi tingkap untuk melihat keindahan langit dan hakikat sebenar di luar sana. Hanya menunggu masa mengumpul kekuatan melompat keluar.
Bagaimana pula Rapunzel2 yang tiada tingkap, cuma bergantung kepada lubang kecil yang entah ke mana arahnya dan sering pula ditutup Mother Gothel? Mungkin lebih sukar dari Rapunzel di sana, tetapi usahlah berputus asa.~

nak cuci hati!

Hati perlu dipelihara.. Perlu dicuci seperti mencuci anggota wuduk minima lima kali sehari.. Mudah berkarat jika dibiarkan terdedah kpd udara maksiat.. Siapa yg tak mahukan hati yg memantulkan cahaya cinta? Jika hati kusam, siapakah yg akan menerima pantulan cinta tersebut? Hati yg bersih + suci ditakjubi kerana memantulkan cahaya cinta yg menyilau jiwa. Silauan cahaya cinta daripada hati yg suci diharapkan akan diterima si pemilik cinta yg abadi.. Beruntunglah kepada manusia yg memiliki..

..............................................................................................

iLuvIslam.com

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

....................................................

Nak dapatkan hati yg suci murni perlukan mujahadah yg tinggi!!

Saturday, May 21, 2011

Teruskan perjalanan~

Suatu perjalanan itu perlu seiring dengan pengumpulan bekalan..
Perjalanan jauh memang meletihkan..
Perjalanan yg panjang memang amat memenatkan..
Tanpa bekalan, perjalanan yg jauh lagi memenatkan akan menjadi sia-sia..
Sia-sia juga pabila bekalan yg dikumpul 'basi'..
'Basi' bila dicampur dengan ramuan ujub..
Tertinggal ramuan ikhlas pelengkap bekalan perjalanan..

Monday, May 16, 2011

Muslim wanted!

















Our Prophet Sallulahu Alayhi Wasalam said something along the lines of
"Islam initiated as something strange, and it would revert to its old position of being strange, so good tidings for the strangers".

Monday, May 9, 2011

ZIkir itu penawar hati


Esok last paper exam.. update blog khas utk kawan baru saya.. Entry ni buat kawan baru saya, juga diri saya yang sentiasa imannya naik dan turun nie..

..................................................

PETUA IKRIMAH

Seorang sahabat, ‘Ikrimah pernah memberikan petua berharga, Laysa ahadun illa wa huwa yafrah wa yahzan. Walakin ij‘alu al-farah syukran wa al-hazan shabran..

(Tidak ada seorangpun yang tidak dilanda oleh rasa gembira dan sedih. Tapi, jadikanlah kegembiraan itu sebagai pengukur rasa syukur, dan kesedihan sebagai barometer kesabaran).

Maksudnya, jika kita ditimpa kenikmatan: hidup senang, rezeki lapang, pekerjaan mudah, etc, maka kita harus jadikan itu sebagai jalan untuk bersyukur kepada Al-Khaliq. Dia-lah yang memberikan segalanya kepada kita
.
Dan ketika kita ditimpa kesedihan: ditinggalkan salah seorang anggota keluarga, kehilangan benda yang kita cintai, ditimpa oleh penyakit, etc, maka kita harus jadikan itu sebagai ‘pupuk’ kesabaran. Dengan begitu, kesenangan tidak membuat kita lupa daratan. Dan, kesedihan tidak
membuat kita mudah mencari ‘kambing hitam’.

BERZIKIRLAH!

Menurut Allah, tidak ada yang mampu mengurangkan gundah dan gelisah kecuali zikir kepada-Nya. Tidak ada yang mampu menghilangkan rasa sedih, selain mengingati keagungan dan kemahaan Allah SWT. Dengan zikir, hati setiap orang yang bermasalah akan menjadi “tenteram” dan “tenang”. Ini adalah konsep Qur’ani-Ilahi.

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tentram karena ‘zikrullah’. Sungguh, dengan zikrullah hati-hati menjadi tentram.” (Qs. al-Ra‘du: 28).

Tentunya zikir bukan sembarang zikir. Ia harus didasari dengan penuh keimanan kepada Allah. Ia benar-benar yakin bahwa segala masalah –apapun bentuknya– tetap ada penyelesaiannya di sisi Allah.

Kesedihan akan sirna dan hilang jika seluruhnya dikembalikan kepada-Nya. Oleh karena itu, orang-orang beriman, menurut Allah, ada orang yang selalu “PD” dalam hidupnya, dan tidak pernah merasa sedih.Karena mereka yakin, keimanan mereka semakin memperkukuhkan posisinya di sisi Allah. (Qs. Ali 'Imran:139).

La tahzan!

“Ya Allah, Engkau Maha Tahu betapa lemahnya hati kami. Kesenangan yang Engkau berikan kadang tak membuat kami bersyukur. Kesedihan yang menimpa kami kadang menjadikan kami tak sabar. Jadikan hati kami hati yang bersinar, sabar, syukur dan senantiasa bergembira. Jadikan kami sebagai ahli zikir, agar selalu bisa mengingat-Mu di kala senang dan susah. Ya Rabb, hilangkan kesedihan kami dan ganti dengan kemudahan dan kesenangan.
Sungguh, Engkau Maha Kuasa.."

p/s: ringkasan daripada sini http://www.inspirasihati.com/hikmah/172-zikir-itu-penawar-hati.html .. indo nye bahase..

Saturday, May 7, 2011

Ibu & Bapa


Hari-hari merupakan hari ibu & bapa.. Syukran kathiran mok & aboh.. I'm so proud to be your daughter.. Forgive me for everthing.. I love both of you so much!.. have 2 papers more to go! Ok, i'll strive for my excelent!..

seorang ibu yg penyabar dlm mendidik anak-anak

seorang ayah yang tabah dlm mencari sesuap nasi buat kelurga tercinta

To all my little sis & bro, remember your God, Prophet s.a.w, Mom & Father in all your deed.
....................................................................

Thursday, May 5, 2011

He's always be there


OK.. Stop it right now!!
Dont be sad!

Can i 'run' away from it??


Be cheerful lah!


if u miss any opportunity, dont be like that again anymore, ok..


feels good right, if we had a friend like this??

if there's nobody besides u, just remember, He's always be there for u

Sunday, May 1, 2011

Pesanan buat kita



Wahai manusia,
Janganlah kau lupa,
Kita ini adalah hamba pada-NYA..
Kita dijadikan untuk membuat kebajikan..
Bukannya untuk membuat kemungkaran..

Wahai manusia,
Kitalah hamba-NYA,
Kita harus sabar mentaati-NYA..
Kita harus sabar meninggalkan larangan-NYA..

Dalam mengejar cita-citamu,
Janganlah kau cuba mengambil jalan yang mudah..
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain yang bukan dari milikmu..
Dalam persahabatanmu janganlah mengkhianati sahabatmu yang sejati..
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji jika tidak menepatinya..

Hitam putih susah senang kehidupan,
Perlu ditempuhi dengan tenang..
Semuanya penuh dengan hikmah yang tersirat..
Tuhan jadikan untuk mendidik kita..
Carilah keredhaan-NYA...

p/s: Baik.. Terima kasih pak cik Raihan.. Nasihat yg amat bermakna..
Dengar + nyanyi + semat kat hati + jangan lupe amal!

"Dalam mengejar cita-citamu,
Janganlah kau cuba mengambil jalan yang mudah..
Janganlah berdusta mengambil hak orang lain yang bukan dari milikmu..
Dalam persahabatanmu janganlah mengkhianati sahabatmu yang sejati..
Dalam perjanjianmu janganlah berjanji jika tidak menepatinya.."