S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, August 31, 2013

Kisah Rumah Tangga 1


Seorang suami yang baru pulang dari pejabat, dengan keletihan yang menjalar segenap urat dan sendi seluruh tubuh membuka pintu rumah dan melihat 'hidangan istimewa' yang dibuat oleh anak-anak berupa mainan yang indah dihias di atas lantai, baldi, sudip dan kuali tidak ketinggalan menghiasi pemandangan di ruang tamu.

Dengan penuh senyuman memberi dakapan buat anak-anak dan mengutip satu demi satu 'hiasan' yang dibuat oleh anak-anak ke dalam bakul permainan, mengambil baldi dan menyimpan semula ke tempatnya, mengutip sudip dan kuali untuk diletakkan semula ke dapur. Melihat si isteri yang sedang memasak, suami sambil tersenyum membuka peti ais dan mengambil botol air yang berisi air sejuk. Duduk dan menikmati.

Di hatinya, mungkin isterinya tidak sempat mengemas rumah atau barangkali sebenarnya entah sudah berapa kali dikemas rumah tetapi tetap juga 'dikemas' semula oleh anak-anak. Lalu, dia menghulurkan bantuan untuk mengindahkan pemandangan mata. Isterinya juga seorang manusia, ada penatnya, ada letihnya. Bukanlah robot yang menyiapkan segalanya tip top tanpa ada kekurangan. Dia pasti isterinya sudah berusaha sebaiknya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak.

Buat sesuatu bukan kerana isteri dan anak-anaknya tetapi kerana Allah dan cintakan sunnah Rasulullah. Rasulullah menganjurkan untuk berbuat baik kepada keluarga, maka sebaiknya dialah sebagai suami dan bapa menjadi contoh terbaik sebagai ikutan kepada isteri dan anak-anak. Dia telah meneladani sunnah Rasulullah dan mengamalkannya di dalam kehidupan. 
Hatinya berbunga-bunga. Suami ini lah yg ku harapkan;-)
[C & P]
 .................................................................................................
p/s: untunglaaa.. terimalah pasangan anda seadanya.. takde manusia yang 'perfect'. Rumahtangga bahagia apabila pasangan belajar menerima kekurangan & kelebihan pasangan, saling bertolak ansur, sentiasa berlapang dada, 'common sense' yg tinggi, berusaha menjadi yg terbaik~

Mohon Kesucian Jiwa


Be careful about what you think..
Your thoughts run your life~
^_^
-11.11 am @ Plant Biotech Lab, IIUM-

Thursday, August 29, 2013

Isteri Solehah

 Khas utk semua sahabat yang telah mendirikan rumahtangga & bakal :)
Barakallahulakuma! Semoga jadi isteri yang solehah :)
Isteri yang solehah,
Suami hidup penuh cabaran,
Dirimu amat diperlukan,
Menjadi IBU tatkala ia menangis,
Menjadi ISTERI tatkala ia tergoda,
Menjadi KEKASIH tatkala ia kesepian,
Menjadi SAHABAT tatkala ia buntu,
Menjadi ANAK dalam menerima nasihat,
Menjadi MURID dalam ilmu dan didikan.
[Nukilan k.yana]

Wednesday, August 28, 2013

KeRJa~

Bekerjalah dgn m'jangkakan kehampaan,
kehampaan itu sinonim dgn perjuangan.
Jika m'jangkakan pujian melambung manusia,
kita akan lemah..



iium--engineering--MA

Tak sangka,
Hampir 2 tahun doh duk Gombak..

Tak sangka,
dapat jugop jadi RA macam yg pernah berangan-rangan dulu..

Tak sangka,
ambik bidang engineering pulop..

Semua tue di tangan Tuhan,
Manusia hanya merancang,
Siapa tahu hikmah di sebalik kejadian :)

SaLam SyawaL

...
28 Ogos 2013
....
Permulaan baru
......
2 tahun telah berlalu
..........