S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, July 29, 2011

Bingkisan Ramadhan

Kali ini Ramadhan datang lagi kepada kita
datangnya seperti selalu
dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya

Namun perhatikanlah umatku....
datangnya awal Ramadhan
ingatannya maju terus kehadapan kepada awal Syawal
ingatannya segar untuk persediaan awal Syawal
resepi-resepi untuk raya ditonton asyik sekali di tv
lupanya dia, alpanya dia nikmat diberi peluang
bersama Ramadhan
bukankah Ramadhan bulan untuk perbanyak amal ibadat?
tapi mengapa otakmu ligat berfikir ttg baju
raya,kuih raya dan beraya?

perhatikanlah umatku itu...
dia tahu bahawa Ramadhan hanya sekali sahaja dalam setahun
dia tahu Ramadhan, pahala nya berganda-ganda dari bulan lain
namun, apakah gerangannya ibadat masih sama seperti bulan lain?
mengapa masih terkejar-kejar dunia yg sekelumit itu?

perhatikanlah umatku itu...
Dia tak pernah lupa untuk berpuasa
dari subuh sampai maghrib,sanggup dia berlapar dan berhaus
tapi, puasanya hanya berlapar dahaga sahaja
seperti kata Nabiku dulu
sayang sekali puasanya bukanlah ubat kepada virus dalam hatinya itu
virus mengumpat,dengki,bohong,r iya'....tak hilang tak luntur dengan puasanya
puasanya sia-sia disisi Yang Esa..

Ramadhan datang
umatku tahu dimana Syaitan Iblis diwaktu itu patutnya terasa mudah
senang dan ringan beribadat
kerana musuh utama sudah dirantai dibelenggu
tapi mengapa masih seperti biasa?
Puasa seperti tidak berpuasa,maksiat masih menjadi rutin,solat masih berat....
mengapa?

perhatikanlah umatku itu...
gembira dia bila datangnya Ramadhan
seronok dia berpuasa..
rupanya Ramadhan adalah pesta makanan
baginya
dua jam sebelum berbuka,dia mesti di pasar Ramadhan
membeli itu dan ini untuk juadah berbuka nanti
seharian berpuasa bagai mahu ditebus dgn
sekali berbuka
rupanya Ramadhan juga ditunggu-tunggu untuk membeli belah
banyak jualan murah
potongan harga disana,potongan disini..
dalam kepala ingat shopping..baju raya,kuih raya,langsir raya..
setahun sekali katanya..apa salahnya?
tapi mengapa tidak praktikkan 'setahun sekali' itu untuk tuntutan Ramadhan?


lihatlah umatku itu....
berduyun-duyun ke Masjid menunaikan Tarawikh
seperti suatu pesta ramainya baik lelaki mahupun perempuan
kalau boleh setiap malam, dia nak bertarawikh masjid yang berbeza
ada yang buat 8 ada yang buat 20...
namun terkesankah dihati mereka tujuan tarawikh 30 mlm itu?
di manakah mereka semasa rukuk,sujud..
didalam tarawikh itu atau luar sana?
adakah ia ibadat atau sekadar adat menyambut Ramadhan ?
tepuk dada,tanya iman...

lihatlah umatku itu....
Bila Ramadhan bertamu
bersemangat mereka menuju ke masjid setiap kali azan solat fardhu
solat subuh yg tak penuh satu saf pada hari biasa boleh penuh satu masjid
hebatnya umatku ,masjid yg cuma penuh pada hari Jumaat sahaja,
menjadi penuh dengan manusia pada hari-hari Ramadhan
tapi...dimanakah umatku ini selepas Ramadhan?
Masjid mulai kosong, solat subuh menjadi satu saf kembali...
dimanakah kesan latihan diBulan Mulia itu?

lihat umatku itu....
Ramadhan ialah bulan yg Mulia dan dijanjikan banyak pahala..
katanya ingin perbanyakkan membaca al-Quran
azamnya nak khatam satu al-Quran dalam Ramadhan
setiap hari dia mewajibkan dirinya menghabiskan bacaan satu juzu'
tapi.... bila berlalu Ramadhan..
al-Quran mula diletakkan dalam almari sebagai hiasan.
al-Quran mula menjadi tempat habuk dan debu bertandang
untuk Ramadhan sajakah al-Quran?
untuk kematian saja kah al-Quran?

lihat umatku itu
semakin hampir Ramadhan kepada Syawal,
semakin sedikit masa Ramadhan yg ada dengan mereka
semakin rancak mereka bersiap sedia untuk menyambut syawal
Rendang,ketupat,langsir raya,baju raya semua dihitung-hitung cukup ke tidak
lupakah umatku itu dimana Nabiku dan
sahabatnya dikala 10 mlm terakhir Ramadhan?
tidakkah mereka tahu bezakan antara Lailatul Qadar dengan seisi dunia ini?
cukupkah sudah pahala yg dibuat sehingga
malas mencari satu malam yg lebih baik dari seribu bulan itu?"

Sunday, July 17, 2011

Semoga kau kuat wahai sahabat..

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul beban..

Seminggu ketiadaan aku kat Nilai, baru malam ini aku dapat berita yg selengkapnya mengenai seorang sahabat sekuliah, serumah, partner memasak, mengenai ujian yg menimpa ke atas ibu beliau. Keberangkatan 5 orang sahabat ke Ipoh, Perak semalam membawa pulang berita yang agak menyedihkan buat kami serumah.

Mesej seorang sahabat,

"..mak dia tenat sangat, kalau sembuh tu memang Allah nak bagi la sebab harapan tipis.. *S pun macam redha je dengan ape yang akan jadi.. Kuat betul sahabat kita tue, dalam hati sape yang tahu.."

"Dr xleh wat CpR dh, sebab takut tulung rusuk patah.. Buah pinggang dah xleh proses bahan kumuh.. So, badan jadi berasid.. Kena neutralize ngan air je.. tapi, xleh masuk air laju-laju.. sebab takut sesak nafas.. so, masuk slow-slow.. Tapi, lambat la nak rehydrate balik.. Mak dia cam try nak ckp.. tapi, xfhm dah.."

Terasa kelu lidah diberitakan keadaaan seorang ibu sebegitu rupa.. Yang mendengar pun terasa sebak di dada, inikan pula yang menjaga, membelai pesakit siang & malam?

Wednesday, July 6, 2011

Sharing moment ( MySA 2011)

Sharing moment~

Message from Dr Azwani:
>>>> Passionate, don't give up easily
>>>> Listen, respect ur collegues even ur competitors
>>>> Curious, competitive, creative, optimistic..
>>>> Enjoy ur life
.......................

Prof Dato' Dr Sheikh Omar Abd Rahman:
>>>>> Journey is not always straight, standard la up & down, up & down.... xkan nak straight je..
>>>>> Why we need to do research???? ye la kan, bile kita search sekali... x dapat.. re-search la lagi... x dapat.. re-serach lagi.... xdpt lagi... that's why la wujud word "research" tue..

Satu lagi, Prof Sheikh ade bercerita kisah 2 org student post graduate beliau. Diorang kene dptkan satu jenis virus/bacteria utk dijadikan anti____.. 1st student tue pun start la wat research kan.. sekali buat x jadi.. tukar method lain.. x dpt lagi.. tukar method lain, xdpt lagi.. Sampailah method yg ke-8 dia buat, tetap xdpt.. last2 give up.. terus stop reseach tue.. Last2, datang la sorang lagi student ni, berminat sambung research student tadi tue.. Student nie start dgn method yg ke-9.. Sebab, kenapa nak ulang method yg dah memang terbukti gagal kan.. & she is very lucky bcoz terus dapat virus tue..

ayat Kursi, <"..they do not require anything from His knowledge except as/when Hw wish only..">.. Prof cakap, yg penting sabar, terus cuba & cuba.. kita x tahu Allah nak bagi bile kejayaan kat kita..

>>>>> Do not REPEAT the MISTAKE
>>>>> Please, DO NOT GIVE UP, tak dapat, buat lagi... x dpt, buat lagi..
>>>>> ALL RIGHT!! Do the right thing, the right way, at the right time, the right place, with the right people, for the right reason..

Prof Sheikh pon ade bercerita, masa kecil2 dulu, budak sekolah suka ejek beliau.. Sebelah kaki Prof macam kecil sebelah (ye ke??).. Satu hari tue, Prof menangis depan mak beliau bile balik sekolah.

"Bakpo teriok kuat sangat ari nie Omar, biase2 teriok selow jer?" (versi klate)..
"20 org saing2 Omar ajuk cara jln ari nie.."..
"Omar, ce ghoyat ke ma, Omar sakit mano gak?"
"Sakit kaki la Chek."
Sambil tunjuk kat kepala, Mak Omar bertanya,"Sini sakit dok Omar?"
" Dok sakit Chek, sehat sini"
"Mane molek, sakit kaki ke sakit palo??"
...........
"Saing Omar tue sakit dok kaki??"
"Dok sakit Chek"
"Omar tahu dok, saing omar sakit mano?"
...........
" Omar, sakit kaki takpo.. yg penting sini molek (*sambil tunjuk ke kepala).. Kalu sini molek, semua tempat kite buleh gi.. Saing Omar sakit sini*.. Mano molek Omar??

Keesokan harinye...
..............................​..........

Lesson here,
>>>>> Actually, we are not physically handicapped, but we may be metally handicapped..

to be continued.....

Great job MySA 2011!

Talk 1 by Prof Dato' Dr Sheikh Omar Abd Rahman

A scientist has a love fair with works

UKM & USIM' Young Scientists


Scientific Bazaar: with Professor Dr Halimaton Hamdan FASc

Cruise ride @ Putrajaya wirh all proffesors

Amazing Scientist Race

"If it is too big, its all up to me!"^^

Group 4: CATALYST

standing from left: Shahira (Financial Math, USIM), Zulaikha (Bioprocessing Engineering, UNIMAP), Fairuz Ayuni (Biomedicine, IIUM), Shuhada (ISA, USIM), Ummi Syuhada (Food Biotech, USIM), Siti Hajar (Pharmacy, UKM), Wan Noor Fatimah (Engineering, UPNM), Adilah (Mathematic, UPM)

sitting from left: Mohd Hatif ( Medicine, USM), Nik Mohd Fariz ( Electrical Engineering, UTEM), Nazar Syafi (Computer System & Software Engineering, UMP), Khalil (Agrotechnology, UMT)

MySA 2011 is AWESOME!!

Monday, July 4, 2011

MYSA 2011


~ is attending Malaysian Young Scientist Assembly 2011 (MYSA)~
4 - 6th July 2011
at USIM

"Malaysian Young Scientist Towards Sustainable Development"
...................................

Saturday, July 2, 2011

Setelah ku dipaling

...........................................
Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
.......................................................