S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, April 24, 2009

Menghitung hari



Termenung panjang aku bila memikirkan betapa 'tough'nya exam pagi tadi. Walau bagaimanapun, bila difikir-fikirkan balik, kenapa la perlu difikirkan lagi perkara yang sudah lepas, lebih baik aku fikirkan pula strategi menjawab utk 'paper' yang akan datang. Tapi, hanya Tuhan je la yang tahu betapa berdebar nya hamba-Nya nie menghitung saat-saat keputusan peperiksaan ni keluar. Ye la, beberapa bulan belajar, penat-penat buat assignment, presentation, last-last terkial-kial masa final exam. Kan rugi kalau tak boleh jawab exam.. hmm.. Nak kata kat sini, nie la kesudahannya kalau bersedia saat-saat akhir. Bila dah jadi macam nie, siapakah yang harus disalahkan? ( salah sendiri tapi tak mau mengaku..hehe). Abaikan je la persoalan tu.

Sekarang ni, bila dah lepas exam beberapa subj 'critical' rasa 'happy' la pula walaupun tension awal-awal tu coz tinggal beberapa hari je lagi tibanya masa balik kampung. Tu pun 4 hari je kot duk kat kampung, lepas tue 'short sem'.. Tak puas lah duduk sekejap kat rumah. Lama dah tak bersua muka, bertentang mata dengan mok, aboh & adik-adik kat rumah tu. Selama nie , asyik dengar suara je.. Nasib baik ada kemudahan h/f. (Alhamdulillah).. Balik nie pun, bukan boleh berjumpa ngan semua adik-beradik. Maklumlah yang lain tu pun merantau juga. Rindu ngan bebelan mok, aboh & adik aku yang memang teramat manja dan nakal.. Balik nie, siaplah adik aku.. ( ade projek rahsia..hehe.. ).. .. Tue baru 3 bulan lebih tak balik rumah, kalau kawan dari Sabah, Sarawak @ luar Malaysia tu tak tahulah macam mana perasaan mereka. Positifnya @ hikmah duduk berjauhan dari yang tersayang ialah satu perasaan rindu tu akan hadir.. Masa nie lah teringat kat parents, adik.. Kekadang tue rasa menyesal sebab kalau duk kat rumah asyik nak bergaduh je ngan adik-adik kat rumah. Bila duduk jauh-jauh nie, teringat balik kesedapan 'air tangan' seorang ibu itu, ketegasan seorang ayah yang amat menyayangi anak-anaknya, kenakalan adik yang sekurang-kurangnya 'membantu' melupakan ke'tensionan' belajar.. Sebab itulah dikatakan baiti jannati.. Rumahku syurgaku..

Inilah satu perjuangan yang dituntut oleh seorang anak seperti aku serta kawan-kawan yang lain.. Perjuangan kita sebagai seorang anak, pelajar especially da'ie tu sendiri memang menuntut banyak cabaran dan dugaan. Inilah ujian yang Allah berikan kat kita, tu tandanya Allah kasih kat makhluk ciptaan-Nya. Yang pastinya, sabar tu penting. Tanpa kesabaran, perjuangan akan menjadi sukar kerana biasalah motivasi dalam diri kita ni ( diri aku la tu) memang kadang-kadang tu tinggi, kekadang tue kat tahap paling bawah sekali. Inna ma'al 'usri yusro ( sesungguhnya bersama kesenangan itu kesusahan). Semoga Allah mengurniakan aku dan kawan-kawan aku yang lain kesabaran yang tinggi sepanjang peperiksaan nie.(masing-masing sibuk fikir nak balik dah ni). Amin....
0015 am/24 Apr o9.....

Sunday, April 19, 2009

Lagu untuk ibu


Seorang wanita.. Bermahkota ibu.. Menggenggam jari-jari kecil.. Ikatan ini tidak kan terurai.. Kerana tautan ini, tautan darah dan akidah..
Dan rahmat dari Allah...
Kini ibu, peganglah tangan ku ini.. Biar ku bawa ibu menjelajah..

Hasil titik peluh mu.. ke alamku.. Hasil ukiranmu selama ini..
Dodoian mu ibu..Membina benteng pemisah.. Antara yang hak dan yang batil..

Membakar semangat perjuangan.. Mengait kasih pada junjungan tercinta..
Tersujud lemah.. Mengabdi diri kepada yang Esa..
Jika belum pernah kau dengar.. Ucapan terima kasihku..

Ketahuilah doaku ini.. Moga tuhan menyayangimu..
Seperti mana kau mengasihiku..
Dari dulu hingga kini untuk selamanya…

Saturday, April 18, 2009

ASIMO Simbol Kehebatan dan Kelemahan Manusia


Sahabat-sahabat pernah dengar tak tentang ASIMO?? Benda apa agaknya ASIMO tue?? ASIMO tu sebenarnya adalah singkatan daripada Advanced Step in Innovative Mobility. Kalau nak tau, ASIMO adalah salah satu robot ciptaan manusia yang namanya dicipta sempena nama penulis fiksyen sains tersohor di dunia, Prof Isaac Asimov ( yang terkenal dgn watak-watak robot dan Three Laws Robotic).

Setiap ciptaan semestinya mempunyai tujuan.. ASIMO telah dicipta untuk membantu manusia dan menjadi teman setia membantu orang tua dan orang kurang upaya di rumah masing-masing. Pada zaman yang serba canggih nie, ASIMO dikatakan robot humanoid yang tercanggih di dunia lantaran menyerupai ciri-ciri manusia terutama dalam aspek pergerakan.

Hujung tahun lalu, ASIMO telah berangkat ‘terbang’ menuju ke UTM sebagai destinasi universiti pertama kunjungan robot itu. Dewan Sultan Iskandar (DSI) buat pertama kalinya dalam sejarah penuh sesak denga orang ramai bagi menyaksikan kebolehan ASIMO yang boleh bergerak dan berkata-kata. ASIMO ‘dilahirkan’ pada 31 Oktober 2000.

Pencapaian hebat manusia dalam bidang robotic adalah simbol kehebatan manusia dalam bidang keilmuwan bersama akal anugerah Tuhan. Walau bagaimanapun, ASIMO ternyata kaku dan skema dibandingkan dengan manusia. ASIMO bukanlah seratus peratus menyerupai manusia biarpun manusia telah melakukan penyelidikan selama berpuluh-puluh tahun dan menghabiskan puluhan billion ringgit untuk menghasilkan satu robot yang ‘perfect’. Bukankah Allah s.w.t pernah mencabar manusia supaya mencipta nyamuk? Inikan pula mencipta manusia.

Dalam hal ini dapatlah dibuktikan bahawa Allah s.w.t itu amat berkuasa dalam penciptaan makhluk-Nya. Pertunjukan ASIMO sewajarnya memberikan kita kesedaran untuk terus menghayati kekuasaan Allah s.w.t dalam mencipta sesuatu. Kita boleh perhatikan kejadian hidup dan mati manusia yang pastinya tiada masalah bagi-Nya. Contoh yang paling mudah adalah Ashabul Kahfi yang dihidupkan kembali oleh Allah selepas ditidurkan selama309 tahun. Dia mencipta akal dan otak yang berfungsi seperti computer dan memori yang berapa megabyte yang teramat-amat banyak sekaligus melayakkan manusia menjadi khalifah kat bumi nie.

Terbuktilah penciptaan manusialah yang paling kompleks berbanding hidupan lain. Yakinlah bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran.

Soalnya, Amerika Syarikat menggunakan ribuan robot dalam misinya ke atas negara-negara Islam sama ada yang boleh terbang atau merayap di padang-pasir. Tanah umat bukan sekadar diceroboh malah nyawa terbang melayang. Wajarkah robotic-robotic seumpama ii dibiarkan terus bermaharajalela kat bumi nie.. Luaran bertopengkan manusia, dalaman robot yang tidak berperasaan! Rakus mengambil nyawa orang!
Nak tahu dgn lebih lanjut?---Majalah Milenia (75)

Thursday, April 9, 2009

Harapan


Berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia, Sedekahkanlah satu senyuman walau di hatimu tidak lagi mampu bertahan, Belajarlah memafkan walaupun dirimu terluka, Berhentilah memberikan alasan walaupun ingin menyatakan kebenaran, Hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi dugaan & berpeganglah pada Allah walau Dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya...Kita wujud di dunia pinjaman ini...

Friday, April 3, 2009

Exam??


Rasa macam baru je lepas Sem 1. Tup..tup, dah start study week balik.. Maknanya dah nak final exam ler tu.. Kekadang tue terpikir la jgak.. Hidup sebagai student nie semata- mata untuk exam je ke??Study-study pastu exam.. hmmm.. Memang boring.. tapi, the problem is ; if we'r not studying, then who are us ?? However.. la tahaf wa la tahzan.. Kalau difikirkan balik, ujian yang kita sedang runsingkan sekarang ini hanyalah sekadar ujian di atas kertas, tapi saudara seakidah kita nun jauh di Palestin sana tiap-tiap hari diuji Allah dengan hujanan peluru, kehilangan keluarga tersayang, kelaparan, kecederaan... Kalau nak dibandingkan, memang berat lagi ujian Allah terhadap mereka.. Kalau mereka berjihad dengan bersemangat di medan perjuangan demi mempertahankan al-Aqsa , kenapa pula kita tak sanggup berjihad di medan peperiksaan?.Tak lebih dari sebulan pun (sengaja je nak sedapkan hati).. Inilah perjuangan kita,.. Biarpun kita tidak mampu bersama-sama mereka berperang dengan Yahudi laknatullah, tapi kita di sini perlu bersama-sama berjuang melawan hawa nafsu yang memang sentiasa jer menang menundukkan kita ni..

Cerita pasal exam ni dan nafsu ni, bila nak start je study, mulalah mata ni buat hal.. Terkebil-kebil la dia ni .. Last-last... 'syahid' dengan bukunya terbuka.. Itulah Aku,.. Konon nak jadi mu'minah yang mumtazah.. Alih-alih buku plak yang sibuk duk baca kiter.. Insaflah manusia.. Tak pernah nak ingat saudara-saudara lain yang tengah syahid mempertahankan maruah agama.. Bukan kata kat sape-sape nie.. Kata kat diri sendirilah ni.. Asyik merungut je.. Insaflah diri.. Ok, jom sama-sama p jihad...Bila dah bukak buku, ingat mak ayah, family tue penting.. Nawaitu pun kena betulkan balik.. Bukan just nak dapat pointer tinggi jer.. Kita nak rampas balik ilmu yang telah dicedok orang barat nun.. Harap-harap bila dah habis belajar nanti, dapatlah jadi orang yang berguna kat family, agama... Semoga Allah memberkati perjuangan kita!

Thursday, April 2, 2009

Perempuan


Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda yang maksudnya:”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."

(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)

Huraian

1. Perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka.

2. Kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.

3. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah SWT dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita." Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan dan isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah SWT.

4. Kata orang ‘menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga anak perempuan seorang’. Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.

5. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.