S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, November 6, 2010

~Jangan menyalahi takdir~

SALAM BAHAGIA~

Hmm.. hari nie rase happy~
Mesti semua org pon camtu kan..
Ada hari org rase bahagia, ada juga hari berdukacita~
To my beloved mother & father~
SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN yg ke-23..
Umur Ada 21 thn.. kirenyer kawen 2 taun la baru dapat Ada..hehe..
Pantun special Ada buat tuk mok & aboh:

"SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN PERKAHWINAN yg ke-23,
Yang penting mok & aboh kekal bahagia hingga ke SYURGA sana,
Bila da makan kek kat umoh jangan dilupa akan anakanda,
Insya-ALLAH anakanda akan terus berjaya seiring doa ayahanda & bonda"

heee..
Pastu aku nak wish 'Congratulation' kat adik aku- FATHIN HASANAH (my little sis)~
Coz u get the highest mark- Science-
tak rugi abes kredit tiap-tiap minggu Ada ajar Aten subjek Sains op..
Ada baru je lepas balik beli hadiah kat Aten~
Komik "ANA SOLEHAH"..
tak mau beli mahal-mahal..
Kan Aboh baru je lepas beli basikal semalam~
Basikal lame boleh bagi kat Alim..
Happy r tue..

Then, buat Cekmat (my big brother)~
Tahniah jugak.. Kekalkan Dean List~..
Jangan jadi macam Ada.. sekali tue jer dapat..
Sem2x seterusnya x dapat pon..
1 lagi nasihat aku kat mung..
Seimbangkan ilmu ukhrawi dan duniawi..
Akhirat tu lebih penting tau.. Jangan luper~

Ok.. Bila rasa happy, mesti nak luah kan2x..
Bila sedih pon boleh luah juga..
Itulah sayer..
Anda pon mesti same cam saya kan..

Pengisian hari ini ~JANGAN MENYALAHI TAKDIR~
Hidup bagaikan putaran alam, ada malam & ada siang..
Jika sentiasa siang, bumi akan musnah kepanasan..
Jika sentiasa malam, bumi akan musnah kesejukan..
Begitu juga takdir Allah ke atas manusia..
Adakalnya disayangi & dibenci, dipuji & dihina, bahagia & derita, hidup &mati..

Sesungguhnya di sebalik kejadian itu, ia penawar bagi hati, sebagaimana siang dan malam
adalah penawar bagi bumi~

Wednesday, November 3, 2010

~Aku Maha Faqir~


Ya Allah..
Aku hamba yang maha faqir..
Sentiasa mengharap akan kekayaan-Mu..
Aku hamba yg maha lemah..
Sentiasa mengharap kepada bantuan-MU

Ya Allah..
Bagaimana ku ingin mengadu pada-Mu
Sedangkan ia tidak pernah tersembunyi dari-MU
Bagaimana inginku jelaskan segala urusanku..
Sedangkan segala-galanya dari-Mu..

Ya Allah ya Tuhanku..
Engkau Tuhan yg Maha Perkasa
Yg menguasai isi alam semesta
Segala pujian hanyalah untuk-Mu
Rahmatilah diriku ini..

Oh Tuhanku..
Alangkah dekatnya Engkau kepadaku..
Tetapi jauhnya aku daripada-Mu
Oh Tuhanku..
Alangkah kasihnya Engkau padaku..
Tapi sering kulupa
Segala kurnian-Mu
Engkau menjadikan diriku..
Aku hambaMu berada digenggamanmu

Hanya Mu tuhan Pengampun segala dosa..
~Kau Maha Pengasih~


APA YANG TELAH DIBERI VS DENGAN APA YANG DIPINTA~Ustaz Pahrol

Tidak kira sama ada doa itu dalam keadaan terdesak atau semata-mata menunaikan kewajipan, setiap doa pasti Allah beri perhatian. Allah berfirman yang bermaksud: “Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan.” (Surah Ghafir : 60 )

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi itu pemalu lagi mulia. Dia malu terhadap hamba-hamba-Nya yang mengangkat tangan berdoa, tiba-tiba tidak diberi oleh-Nya akan permintaan itu.” (Riwayat al-Tirmizi no. 3556 dan Abu Daud no. 1448)

Lihat betapa hebatnya sifat Pemurah dan Pengasih Allah, Dia bukan sahaja memerintahkan kita berdoa, malah Dia mengajar apa yang patut kita doakan dan bagaimanakah caranya kita harus berdoa. Tidak cukup sekadar itu, Allah berjanji untuk mempertimbangkan doa-doa itu. Sebuah syair mengungkapkan hakikat ini dengan begitu indah sekali:
“Allah s.w.t. murka jika engkau tidak memohon kepada-Nya.
Sebaliknya manusia murka apabila kau sering minta kepadanya.”

Berdoa itu satu langkah yang produktif. Bahkan menurut pandangan ulama tasawuf, apabila Allah telah ringankan lidah seseorang hamba-Nya untuk berdoa, itu petanda Allah telah memberi lampu hijau untuk memperkenankan doa itu. Kata Imam Ibn Ataillah: “Tatkala Allah membukakan mulut anda dengan bermohon kepada-Nya maka ketahuilah, sesungguhnya Allah berkehendakkan doa anda diperkenankan.”

Yakinlah bahawa apabila Allah mengilhamkan kepada hati kita untuk berdoa, maka sudah tentu Allah akan memperkenankan doa kita itu. Tetapi jika Allah tidak berkehendak memperkenankan sesuatu doa, maka sudah tentu Dia tidak mengilhamkan kepada hati kita ke arah itu.

Bukan mudah bagi seorang hamba Allah mengerakkan hati dan lidahnya untuk berdoa jika tidak kerana taufik dan hidayah Allah. Apabila hati dilembutkan untuk berdoa, bererti seseorang itu telah berasa kefakirannya di hadapan Allah. Apabila kita sudah benar-benar berhajat kepada-Nya, maka Allah pasti tidak akan mengecewakan hajat kita itu.

Sebenarnya doa itu sendiri merupakan satu kurnia daripada Allah. Malah doa itu adalah modal asas yang memungkinkan seseorang itu menerima kurnia-kurnia Allah selanjutnya. Malangnya, orang yang mengetahui hakikat ini tidak ramai dalam kalangan kita. Firman Allah yang bermaksud:
“Apakah ada siapakah yang memperkenankan doa orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa, dan menghilangkan keburukan dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi? Apakah ada di samping Allah tuhan yang lain? Terlalu amat sedikit apa yang dapat kamu mengingati.” (Surah al-Naml 27: 62)

Hamba Allah yang benar-benar mengenal Allah (arif billah) dapat rasakan apabila seseorang itu diizinkan Allah untuk mengucapkan doa (ada sesetengah orang dikelukan lidah lalu tidak boleh berdoa) adalah lebih berharga daripada termakbulnya doa itu. Hal ini kerana seorang yang berdoa itu hakikatnya sedang berdialog dengan Allah. Bagi mereka, ini adalah satu anugerah Allah yang lebih bernilai berbanding apa yang diperoleh daripada doanya. Bukankah Pemberi hadiah itu lebih patut kita hormati dan kasihi daripada hadiah yang diberikan-Nya?

Mungkin ada yang bertanya apakah benar Allah akan memperkenankan setiap doa hamba-hamba-Nya? Jawabnya, ya jika apa yang kita ajukan itu doa yang benar dan elok. Dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, nescaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan (keselamatan di dunia dan akhirat).” (Riwayat al-Tarmizi no 3548)

Jelas di sini, doa yang dimaksudkan itu mempunyai ciri-cirinya. Antara ciri-ciri doa yang baik ialah isinya mestilah ke arah memohon kemaafan dosa dan kesalahan terhadap Allah. Rentetan daripada itu mereka pasti berdoa akan keselamatan diri dan orang lain, bukan permusuhan dan kekacauan). Dan yang paling penting, berdoa dalam keadaan merendah diri dan penuh harapan.

Oleh sebab itu, janganlah berdoa dalam keadaan terlalu mendesak dan memaksa Allah. Itu bukan sifat seorang hamba yang baik. Untuk mengatasi sikap ini tanamkanlah ke dalam jiwa satu keyakinan bahawa nikmat yang telah Allah berikan adalah lebih banyak dan lebih bernilai daripada apa yang sedang kita minta dalam doa kita itu.

Cara Allah Makbulkan Doa

Bagaimanakah cara Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya? Ini memerlukan penjelasan yang tersirat dan maknawi. Sesungguhnya akal kita yang terbatas tidak akan dapat menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas. Fahaman kita tentang makbulnya sesuatu doa mungkin hanya mampu menyingkap selapis daripada kenyataan itu, tetapi di sisi Allah punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis.

Untuk menyingkap rahsia itulah Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang yang berdoa kepada Allah dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya, sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan. Maka sahabat berkata: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu? Baginda berkata; seseorang itu berdoa, aku berdoa tuhanku, maka perkenanlah segera.” (kata Abu Isa hadis ini gharib, sunan Al-Tarmizi, 3968)

Melalui hadis ini para ulama telah merumuskan bahawa doa itu dikabulkan menerusi pelbagai kaedah dan keadaan. Antaranya termasuk:

1. Doa Itu Dikabulkan Serta-Merta

Kebanyakan doa yang diajukan oleh para rasul dan nabi dikabulkan serta-merta. Doa Rasulullah s.a.w. menjelang perang Badar misalnya, dikabulkan oleh Allah serta-merta. Begitu juga doa Ibn Abbas r.a. ketika meminta hujan semasa umat Islam dilanda kemarau yang dahsyat. Belum pun sempat Ibn Abbas meletakkan tangannya ke bawah, hujan telah turun mencurah-curah.

Begitulah juga dengan cerita bagaimana tiga orang pemuda yang berdoa dengan wasilah amal masing-masing apabila terperangkap dalam sebuah gua seperti yang diberitakan dalam sebuah hadis yang panjang lagi masyhur. Pintu gua itu tergerak (membuka ruang) serta-merta setiap kali salah orang mereka selesai berdoa. Inilah bukti jaminan Allah melalui firman-nya yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahulah mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah 2: 186)

2. Dikabulkan pada Waktu Lain

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya. Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya. Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf: “Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

3. Menghindarkan Bahaya

Doa kita kadang-kadang dikabulkan Allah dengan dihindarkan daripada bahaya yang mungkin datang. Kita tidak tahu apa bahaya yang ada di hadapan, lalu Allah datangkan halangan. Boleh jadi kita akan ditimpa penyakit yang kronik, mengalami kemalangan jalan raya, difitnah atau sebagainya. Namun dengan doa yang kita panjatkan kepada Allah, Allah selamatkan kita sebagai ganti apa yang didoakan.

Hakikat ini sangat sulit untuk difahami kerana ditunaikan tanpa sedar. Mengapa? Yalah, kita minta yang lain, tetapi Allah berikan sesuatu yang lain. Namun yang lain itu lebih besar dan bernilai ertinya berbanding apa yang kita minta. Misalnya, kita minta kejayaan dalam perniagaan, sebaliknya Allah hindarkan kita daripada penyakit-penyakit kronik. Bukankah itu sesuatu yang lebih baik?

Ingatlah apa yang Allah tegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Difardukan kamu peperangan padahal kamu membencinya, boleh jadi ada yang kamu benci baik untuk kamu, dan boleh jadi apa yang kamu sukai tetapi itu mungkin membawa mudarat bagi kamu. Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al Baqarah 2: 216)

4. Allah Berikan Sesuatu yang Lebih Baik di Akhirat

Hidup di dunia cuma sementara. Akhirat itu yang lebih baik dan lebih kekal. Firman Allah, mafhumnya: “Dan akhirat lebih baik dan kekal.” (Surah al-A‘la 87: 17) Beruntunglah jika kita mendapat sesuatu kurnia di akhirat berbanding kurnia di dunia ini.

Sebagai perbandingan, sehelai rumput di syurga adalah lebih baik daripada sebutir mutiara di dunia. Kenapa? Kerana rumput di syurga itu lebih kekal berbanding sebutir mutiara di dunia. Itu baru sehelai rumput, bayangkan sebutir mutiara di syurga. Ia sesungguhnya, bukan sahaja lebih kekal malah lebih bernilai daripada sebutir mutiara di dunia.

Orang yang berdoa dan doanya tidak dikabulkan di dunia, akan dikabulkan doa itu di akhirat kelak, insya-Allah. Doa yang dikabulkan di akhirat itu sesungguhnya lebih baik dan kekal daripada dikabulkan di dunia lagi. Kadang-kadang Allah menahan kekayaan yang kita pinta di dunia kerana Allah hendak memberikan kita kekayaan di akhirat. Kekayaan di akhirat bererti syurga.

Menyedari hakikat ini, seharusnya kita tidak akan jemu berdoa dan tidak akan berputus asa hanya kerana doa kita belum ataupun tidak dikabulkan di dunia. Kita tahu doa itu akan menjadi “saham akhirat”. Oleh sebab itu, keyakinan kepada hari akhirat sangat penting ketika kita berdoa di dunia ini. Bagi orang yang yakin akan kehidupan di akhirat, mereka akan terus-terusan berdoa sekalipun doa mereka seolah-olah tidak dikabulkan di dunia ini.

Banyak doa-doa yang diajarkan oleh Allah kepada kita, manfaatnya untuk hari akhirat. Doa minta dimatikan dengan iman, masuk ke dalam syurga dengan iman, terhindar daripada api neraka, minta dibangkitkan dalam keadaan bersama-sama orang yang membuat kebaikan dan jangan ditempatkan bersama-sama orang yang zalim. Misalnya, Allah menganjurkan kita berdoa dengan doa ini: “Ya tuhan kami, berilah keampunan bagiku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang Mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim 14: 41)

5. Dijadikan Kifarat kepada Dosa-Dosa

Manusia sentiasa berdosa kepada Allah sama ada yang disengajakan atau tidak disengajakan. Dosa adalah pendinding untuk kita mendapat bantuan, keampunan dan kasih sayang Allah. Kita mengharapkan dosa itu diampunkan dengan taubat. Dan untuk itu kita diwajibkan untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita sedari.

Namun, apakah jaminan taubat kita telah diterima sekalipun telah menempuh syarat-syaratnya? Dan bagaimana pula dosa yang kita lakukan tanpa kita sedari? Itu lebih sukar diatasi. Mana mungkin kita bertaubat atas dosa-dosa yang kita rasa kita tidak melakukannya? Maka di sinilah peranan doa-doa yang kita panjatkan kepada Allah s.w.t. Doa-doa itu menjadi sebab untuk dosa-dosa kita itu diampunkan walaupun bukan itu yang kita pohon daripada Allah s.w.t.

Orang yang berdoa kepada Allah, sentiasa disayangi-Nya. Tanda sayang Allah kepadanya ialah mengampunkan dosa-dosa orang itu walaupun dia tidak meminta ampun. Inilah kehebatan dan kebesaran sifat al-Afu (Yang Maha Pemaaf) dan al-Ghaffar (Yang Maha Mengampuni) Allah s.w.t. Salah satunya ialah Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya walaupun hamba yang berdoa itu tidak meminta ampun.

ADAB BERDOA

Walau bagaimanapun doa yang dipanjatkan masih tetap ada adab dan syarat-syaratnya. Selain adab-adab lahiriah, seperti menghadap kiblat, berwuduk (lihat adab-adab berdoa seperti yang dinyatakan), ada lagi adab batin (soal hati) yang lebih utama dilaksanakan. Antaranya termasuk:

i) Berdoa dengan penuh keyakinan

Hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan bahawa doa itu akan dikabulkan. Jangan ada rasa ragu, syak dan waham (waswas) waktu berdoa kerana Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang dalam hatinya berbolak-balik antara percaya dan tidak akan doanya diperkenankan. Jadi, sangka baik (husn zan) terhadap Allah itu penting apabila kita berdoa.

Bagaimana membina keyakinan dalam doa? Tentulah ini bersumberkan keyakinan kita kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itu, kita terlebih dahulu mestilah mengenali sifat-sifat dan asma’ (nama-nama) Allah s.w.t.

Antara sifat Allah ialah al-Rahman, al-Rahim, al-Wahhab, al-Ghani, al-Razzaq, al-Afu, al-Ghaffar, al-Salam dan lain-lain lagi, pasti akan timbul keyakinan semasa berdoa. Apabila sudah kenal sifatnya, barulah kita boleh memohon kepada Allah dengan penuh yakin. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila kita yakin seseorang itu pemurah, tentu kita yakin bahawa dia akan melayan permintaan kita. Apabila kita yakin seseorang itu kaya-raya, maka kita yakin dia mampu memberikan apa yang kita minta.

Oleh sebab itu, kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan Asma’ al-Husna (nama-nama Allah yang baik) mengikut keperluan doa itu. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A‘raf 7: 180)

Satu cara lain untuk menambah keyakinan kita dalam berdoa adalah iringilah doa itu dengan usaha dan persediaan yang baik. Keyakinan juga dibina oleh persiapan. Apabila kita berdoa minta kesihatan, usaha dan persediaan kita juga selaras ke arah itu, maka keyakinan diri kita akan meningkat. Ya, doa yang digandingkan dengan usaha akan meningkatkan lagi tahap harapan dan harapan yang tinggi itulah yang akan membuahkan keyakinan.

ii) Jangan Berdoa Sesuatu yang Membawa Permusuhan dan Dosa

Doa yang buruk hakikatnya bukan doa. Doa yang berpaksikan permusuhan tidak akan dimakbulkan Allah. Oleh sebab itu berhati-hatilah agar tidak berdoa dengan hati yang kotor. Jangan kita ajukan kepada Allah sesuatu yang berbentuk dosa dan kefasiqan. Doa hanyalah untuk yang baik-baik dan dengan tujuan yang baik-baik pula.

Begitu juga berdoa untuk menang dalam pertaruhan (judi), berjaya dalam pertandingan yang dalamnya ada perbuatan mendedahkan aurat dan pergaulan bebas, kaya dengan perniagaan yang berunsur riba, berkuasa melalui kaedah yang kotor dan fitnah serta lain-lain bentuk kemungkaran yang seumpamanya adalah dilarang dan tidak akan dikabulkan. Kita juga tidak dibolehkan mendoakan sesuatu yang boleh memutuskan ikatan silaturahim sesama Islam.

iii) Jangan Berdoa Tanpa Bertahmid dan Berselawat

Ulama ada menjelaskan bahawa sesuatu doa itu tidak akan dikabulkan tanpa bertahmid (memuji) kepada Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kedua-dua faktor ini sangat penting untuk melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Tanpa rasa syukur, sukar doa kita itu didengari dan seterusnya diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Bayangkan jika seseorang meminta tambahan atas nikmat yang sedia ada, dia mestilah menunjukkan rasa berterima kasih atas nikmat yang telah diberikan itu terlebih dahulu. Rasa syukur itulah yang akan menggamit turunnya nikmat yang baru. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu bersyukur nescaya kami akan tambahkan nikmat-nikmat Kami. Dan sebaliknya jika kamu kufur, azab Allah amat pedih.” (Surah Ibrahim 14: 7)

Dengan bertahmid, kita menyatakan syukur kepada Allah. Dengan berselawat kita mengucapkan terima kasih kepada insan yang paling banyak berjasa kepada kita yakni Nabi Muhammad s.a.w. Hanya setelah bersyukur, Allah yang bersifat al-Wahhab (Maha Pemberi) akan menambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya. Benarlah seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan yang banyak.”

Itulah tiga sebab mengapa doa terhijab. Dalam konteks yang sama, apa yang dinyatakan oleh Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) tentang punca-punca doa terhijab sangat perlu dijadikan renungan. Namun, walau apapun keadaan kita, sama ada dalam keadaan taat atau derhaka, dalam keadaan senang ataupun susah, doa mesti terus dipanjatkan. Makbul atau tidak itu soal kedua. Yang paling utama adalah jangan sekali-kali berputus asa untuk terus berdoa kepada Allah s.w.t.

Dan jangan sekali lupa, apa yang telah Allah berikan kepada kita sebenarnya lebih banyak daripada apa yang sedang kita minta (doa).

Thursday, October 28, 2010

~Accept the pain & get ready for sucess!~

Apakah Pilihan Kita?

Dari Nu'man bin Basyir r.a., dari Rasulullah s.a.w bersabda;

"Perumpamaan orang yang tegak di atas ajaran Allah dan yang meninggalkannya seperti, orang-orang yang berdesakan di atas kapal. Sebahagian berada di atas dan sebahagian yang lain berada di bawah. Orang-orang yang ada di bawah, apabila mengambil air harus melalui orang yang di atasnya. Maka mereka berkata, "Bagaimana jika lubangkan sahaja bahagian yang di bawah kita ini, sehingga tidak usah mengganggu yang di atas." Jika orang-orang yang di atas membiarkan apa yang mereka inginkan, nescaya tenggelamlah semuanya. Tetapi jika mencegahnya, selamatlah mereka dan selamatlah semuanya.

(HR Bukhari)

Tuesday, October 19, 2010

Fighting!!


i'm really2 hope dat tomorrow is better than today~
~.^....heee~
dunt worry.., He'll always with me, right??
..Innallaha ma'ana..

Monday, October 11, 2010

love dis song~

INSYAALAH~



THE CHOSEN ONE~



OPEN YOUR EYES~




AWAKEN~

Friday, October 8, 2010

Simbol yg jelas??


"Korang perasan tak dettol punya logo?? aku nak mintak pandangan korang.. Lambang Salib ke tu???"





"Jadi kalau korang beli produk dettol kat rumah korang ada lambang salib la kat rumah korang???"

"tu gambo pedang tuh"

"ssamala ngan keta alpha romeo"

"oOoo! err?!..yg mcm 'sword' tu ke?.."

"ssamala ngan keta alpha romeo..adoi... alfa romeo bukan salib laa tok..."

..........................????????????????????????????????????................................

"Sebenarnya kebanyakan lambang, logo atau pun bendera dari negara2 yang majoriti penduduknya beragama kristian memang ada mempunyai lambang salib dengan berbagai2 bentuk dan rupa. Begitu juga dengan negara2 yang majoriti penduduknya beragama Islam akan menjadikan lambang bulan dan bintang sebagai lambang atau logo apa saja produk keluaran negara tersebut.

Sebagai contoh kita boleh lihat bendera2 negara seperti Great Britain, Australia, Sweden, Norway dan lain2 semuanya ada tanda berbentu salip. Begitu juga dengan produk keluaran mereka seperti kereta alfa romeo, chevrolet semuanya ada tanda salib.

Kita lihat pula bendera negara kita Malaysia, Turki, Pakistan dan lain2 lagi ada lambang bulan dan bintang...dan semua orang tahu lambang bulan bintang ini adalah lambang Islam.

Pernah satu ketika dulu kereta nasional kita Proton Saga tidak dibenarkan diekspot ke United Kingdom kerana mengunakan logo bulan dan bintang. Maka logo Proton ditukar kepada lambang bintang saja barulah ianya dibenarkan masuk ke United Kingdom.

Kita orang Malaysia tak pernah ambil kisah tentang semua ini kerana kita semua mengejar kemajuan kononnya sehinggakan kita lupa bahawa kita telah diper*****2kan oleh orang Barat(Kristian).

Sebenarnya banyak lagi perkara2 yang sebegini rupa berlaku yang tidak kita sedari secara sengaja atau tidak. Punca semua ini berlaku ialah kerana kita selalu beranggapan ini semua adalah perkara remeh-temeh dan tak perlu dibesar2kan.."

FIKIR2KAN LAH......

Other dialogs>>....

"Dettol’s packaging is distinct in its very own way. The green & white colours are associated with
hospitals. All Dettol products have a sword on the pack, which is a symbol for fighting germs and
infection. Over the years, the clouding action and the sword have become synonymous with the brand and have been creatively used in Dettol advertising.

Itu hanya laaa pedang simbolik kepada membasmi kuman , aku tak jumpa apa apa pun yang berkaitan dengan penyataan berkaitan tentang keagamaan.. tak salah untuk menggunakan dettol ni , cuma kalau rasa was was simbol pedang itu boleh memberi pengaruh , boleh koyak mende tu ... kita pakai dettol ni kita bukan tayang2 dia kat rumah tapi kita guna cecair die utk kebersihan .."

<>

Manusia adalah alam~






Manusia adalah alam~
Ia bagaikan bintang di langit. Setiap diri ada kehidupannya sendiri, ada kitabnya sendiri, ada kisah hidupnya yang berlainan walaupun tidak sebantal..

Antara suami dan isteri, antara ibu bapa dan anak-anak, antara abang dan adik, antara teman dengan teman .. mereka berada di pentas yang sama, tetapi melakar kisah hidup yang berlainan. Mereka menempuh ujian yang sama tapi wajah yang berbeza..

Jika hidup tanpa ranjau dan duri, ia bukan kehidupan namanya~
Kehidupan adalah perjuangan untuk akhirat. Sesiapa yang melaluinya dengan baik, mereka adalah orang yg berjaya dan bahagia~

Tuesday, October 5, 2010

arrgghh!!


PLEASE....!!
~ DON'T GIVE UP ON AT HALF TIME..
CONCENTRATE ON WINNING THE SECOND HALF~!!!
TRY..TYR..TRY..!!
DO..DO..DO..!!
NOW..NOW..NOW..!!


Saturday, October 2, 2010

have a big problem??

Kadang-kadang kita memang rasa masalh itu sesuatu yang berat..
Rasa seperti tidak tertanggung je..
Tetapi sebenarnya kita terpilih. Terpilih untuk mengharungi dugaan
hidup sebab bukan semua orang merasainya. Jangan pernah sesekali anggap
masalh itu sebagai bebanan hidup. Anggaplah ia sebagai satu kejayaan
yang masih terpendam..

Dugaan itu bukan satu malapetaka apatah lagi sial. Ia adalah salah satu cara untuk menguji hambaNya. Diuji tahap keimanan seseorang agar lebih kuat dan lebih mengingati Allah
melebihi segalanya. Sebab bila hati sedang berduka, ia menuntut kita untuk lebih lama berada di tikar sejadah. Menuntut diri agar lebih bersabar kerana setiap kesabaran ada bayarannya. Cuma ia menuntut masa yang sesuai.

Masalah jangan dipendam dalam diri. Nanti ia memakan diri. Jangan juga diluahkan segalanya pada manusia kerana mungkin ia akan diguna untuk memburukkan kita. Jika diluahkan dalam diari, diari tak dapat bantu kita. Luahkan rasa hati kita pada tuhan. Sesungguhnya dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.Dia akan membantu hambanya yang meminta pertolongan
dariNya.

kalau kita x pernah merasa kegagalan…kita tak akan merasa manisnya sebuah kejayaan. Kalau kita sentiasa berjaya…bila kita jatuh sekali ketika kita sudah berada diatas…kita akan rasa perit… kecederaan kita juga teruk… Tapi kalu kita jatuhsemasa kita mula mendaki.. sakitnya cuma sedikit… dengan pengalaman jatuh itu kita akan lebih berhati-hati dimasa depan.

Hidup ini bagaikan sebuah perlayaran mencari harta karun...
Perlu mengharungi segala jenis ombak yang mendatang...
Kadang-kadang kita terjumpa lubuk ikan di tengah laut...
Mungkin itu perangkap samar untuk kita...
Namun, tanpa kita sedari kita terus leka menangkap ikan..
tersebut sehingga kita lupa akan tujuan asal pelayaran ini..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Saturday, September 25, 2010

..dalam kenangan..


"Kullunafsin zaiqatul maut.."

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian..

Persoalan bila, di mana dan mengapa tidak perlu kita fikirkan,

Tetapi...

Apakah cukup bekalan yang kita bawa??

Apakah persoalan Mungkar & Nakir mampu kita sediakan jawapannya?

Bagaimana pula dengan keadaan diri ketika perhimpunan di padang Mahsyar sana??

.................................




..Al-Fatihah buat tokwan: Allahyarham Rahimah bt Ishak..

Bacaan suci al-fatihah harap dapat disedekahkan buat arwah tokwan yang meninggal dunia pada 6 Syawal 1431h..






Tuesday, August 31, 2010

Bertuahkah aku??

Tanggal 31 Ogos....

...................MERDEKA!!......

OOoo yeargh!!
Aku anak merdeka!!

Malaysia dah merdeka 53 tahun, tapi..
Palestin??

PERANG!! MATI!! BUNUH!!

Waaa... Bertuahnya kita lahir di Malaysia..!.^_^..

Tapi..
Mana lebih bertuah, generasi muda Malaysia @ generasi muda Palestin??
????????????????????
???????

Mesti pernah dengarkan pasal~ Fizikal merdeka, minda terjajah~
.................?
.......................
.........................
..........................
Faham tak??
...............................................
Oooo..
Bertuahkah aku??...

Monday, August 30, 2010

~n0thing....

~Seseorang yang menolak ajakan iman atau mengabaikan tuntutan Illahi,
jiwanya menjadi sempit..
Dadanya sesak kerana kekurangan oksigen rohani..
Sayangnya tak ramai yang menyedari nya,
kecuali selepas mereka tersungkur di kaki malaikat maut...~

Sunday, August 8, 2010

Tika..

Tika wajah penat memikirkan dunia..
Maka berwudhuklah..
Tika tangan letih mencapai cita-cita..,
Maka berserulah ..,
ALLAHUAKBAR!..
Tika bahu tiada kuasa memikul amanah..,
Maka bersujudlah..
Ikhlaskan semuanya dan dekati ALLAH..
Agar tunduk di saat yang lain angkuh..,
Agar teguh di saat yang lain runtuh..
Agar tegar di saat yang lain masih terhampar....