S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Monday, June 15, 2009

Setinggi Harapan..





"Pemberian yang paling utama dan paling jernih adalah daripada mereka yang tidak mempunyai sesuatu pun,tetapi mereka mempunyai nilai kata-kata dan senyuman kerana berapa banyak orang yang memberi, tetapi seakan-akan bukan pemberian yang mereka hadiahkan, tetapi tamparan."




Alhamdulillah, satu kalimah syukur yang dapat aku lahirkan bersama-sama beberapa orang sahabat (Zahidah, Kamilah, Nisah, Shahraini, Nad & Kinah) kerana dapat bersama-sama dengan para fasilitator dan urusetia yang lain berganding bahu, bergabung tenaga menjayakan satu program yang amat menguji mental dan fizikal kami selama 3 hari 2 malam. Berkampungkan di Nilam Court bersama-sama 302 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang bakal menduduki UPSR, PMR dan SPM meninggalkan begitu banyak kenangan manis terhadap diriku serta sahabat yang lain...


"Dik, jom ambik gambar ngan akak, nanti bleh lah akak tengok gambar nie.. Kot-kotlah akak tak leh nak tidur malam dek teringatkan korang semua..." hehehe..."Ala kak, kitorang nak jgak gambar akak, tapi x der kamera r kak..""Tak per.. ingat akak dlm hati dah r..."Nielah gambar adik-adik 'angkat' aku sepanjang 3 hari 2 malam berkampung di Nilam Court.. Macam-macam posing diorang nie buat...ish3x..

Nie pulak wajah-wajah hensem anak-buah aku. Dari kiri : Adik Syamil (UPSR), Adik Khuzairi (UPSR), Adik Izham (UPSR) dan Abe Husin (SPM).. Suka hati Abe Husin nie bile aku panggil dier ngan panggilan abang.. "Nampak 'tough' sket Sin.." Memang diorang nie ceria semacam ler sepanjang LDK especially adik Khuzairi tue @ nickname adik boboy.. Manjalah katakan... Cam duk kat umah plak coz diorang nie semua sebaya adik-adik kandung aku jer nie.. Perangai pun tak kalah ngan adik-adik aku kat kampung sana tue.. "Peace kak.." Ha nie plak Anis.. bertindak sebagai assistant kepada Abe Husin tadi.. Banyak le idea kreatif yang akak Anis kiter nie keluarkan. Tahniah dan syabas ye Anis coz dapat jadi peserta terbaik dalam group akak nie.. Segala perkongsian terbuka dan kejujuran adik dalam mengeluarkan pendapat diharapkan dapat membantu adik-adik yang lain.. Bakal polis nie...Insya-Allah..

Yang Nie pula adik Fathin (UPSR) dan Kak Dava (PMR).. Diam-diam ubi berisi.. bile dah kene provok ngan aku, baru bleh keluar suara emas diorang nie.. hmmm.. kene pandai main psiko plak kat sini.. Adik Fathin nie bile dah besar nak jadi pilot.. yang kak Dava kter nie plak nak jadi lawyer.. Tapi dier bagitaw kat aku yang dier nie senyap je dalam kelas.. Tak banyak cakap.. "Akak kat kelas dulu pun senyap dik.. Tapi nak aktif punyer pasal akak cakap jer dik.." Betul ker aku nie pendiam?? Tersenyum Dava bile aku cakap macam tu.. Agaknye coz aku nie terlebih peramah kot tak seperti macam yang aku katakan tadi..hehe... Tue lah anak-anak buah aku... Setiap daripada mereka nie bercita-cita tinggi dan menaruh harapan yang tinggi.. Yang sorang tue nak jadi doktor, pilot, lawyer, cikgu, imegran dan yang paling penting..... "Saya nak masuk Universiti,kak".. Terharu aku bile si kecil, adik Azwani dan adik Boboy bersungguh-sungguh mengatakan bahawa diorang nie nak masuk universiti.. "Tak kira r macam mane pun, adik nak masuk universiti kak"... "Nanti akak tegur la kitorang ek bile kitorang da masuk U.." Pulak... Sepatutnya aku yang berkata begitu kat diorang nie.. Entah sempat ke tak aku tengok diorang nie..

LDK terakhir iaitu 'Life Line' pada malam kedua membawa aku untuk mengenali adik-adik dengan lebih dekat lagi.. Bermacam-macam bentuk graf yang diorang nie lakarkan.. Macam bentuk "wave" pun ader.. Bile dah rase happy, diorang plot graf kehidupan diorang setinggi-tinggi mungkin. Ade yang happy bile dapat baju baru, happy coz dapat basikal baru.. Then, bile dah berdukacita tue, sampai ke negatif lima (-5) diorang plotkan. Mak ayah bergaduh lah, kena pukul ngan ayah lah, accident lah. Tue lah lakaran kehidupan yang mereka lepasi dan lalui sekarang. Ader yang pahit, dan ade juga yang manis. Ada yang jatuh dan ada juga yang bangun.. Nie lah kehidupan, ada warna-warninya tersendiri. Tak semua orang di dunia nie hidup bahagia. Ada yang memang dah nasib dier, hidup tanpa keluarga, ada yang berkeluarga tapi masalah kewangan pula yang timbul. Allah tu Maha Pengasih, Dia tampung sesuatu kehidupan tue dengan mencipta makhluk yang saling sayang-menyayangi sesama saudara.. bantu-mambantu antara satu sama lain.

However, bila aku suruh lakarkan graf kehidupan akan datang, nah! Tinggi cantik je graf tue... Semuanya ke arah suka.. Tak ader yang menjunam jatuh ke arah duka.. Kesemuanya menampakkan wajah-wajah ceria dan bercahaya apabila aku suruh membicarakan tentang masa akan datang.. Impian yang tinggi yang aku fikir tak mustahil diorang menggapainya. Insaf aku melihat semangat diorang nie. Aku pulak yang naik bersemangat bila tengok adik-adik yang dahagakan motivasi dan bimbingan nie. Insya-ALLAH adik, kejayaan akan datang bila adik lipat gandakan usaha dan serahkan je segala-galanya kepada Tuhan.. Sempat aku berikan satu kata-kata semangat kat diorang malam tue, "Adik kena ingat kata-kata nie, 'saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu."itu.."

Kat bawah nie semua gambar-gambar yang diambil sepanjang kem tersebut...

Sempat plak aku berposing ngan Adik Zai (kiri) ngan kawan dier dan adik macho sebelah kanan aku nie.. Adik Zai nie nak jadi cikgu suatu hari nanti.. Aminnnn...


"Sedia!!"..."Yes! Yes! I can!!".... Waa.. semangat nyer adik-adik kiter nie.. Yang akak kat belakang tue pun dah terlebih semngat jgak tue..hehehe.. Maap ye Nad & Milah...

Nie plak anak buah Kamilah. Besar adik dari fasi ek Milah..

Amboi bersemangat je akak kiter sorang nie.. Kak Zahidah tengah bagi briefing ape tue?? Adik lelaki sebelah kiri Zahidah tu namanya Sin.. Satu-satunya chinese dalam kem nie.. Teringat plak kejadian nie. Ade sorang adik form 5 tue mengadu kat aku, t-shirt yang diorang dapat malam tu lengannya singkat. "Adik pakai le handsock.. yang akak punyer dah ader orang pinjam. Tak pun, adik pakai baju yang berlengan panjang kat dalam.. Tak panas pun sebab DKP3 nanti sejuk taw." Yang si Sin nie pulak,"Singkat sangat ke lengan tu kak?""Ko diam r Sin"..hehe.. Kesian si Sin, tak pasal-pasal kena marah ngan adik tadi.. Kitorang orang Islam nie kena tutup aurat Sin...

Waa.. Kak Nisah mula mengatur rentak nampaknya.hehe..


Sahabat baru ana, Afifah... tengah duk beramah mesra ngan adik-adik..

"Belajar rajin-rajin ek adik"

''Wahai orang yang baik, janganlah kamu menunggu untuk bersama dengan orang yang baik ataupun berada di tempat yang baik-baik sahaja untuk melakukan kebaikan; tetapi berbuatlah kebaikan kamu apabila berada bersama-sama orang yang kurang baikuntuk mencapai kebaikan bersama..Fikir-fikirkanlah....''

Wednesday, June 10, 2009

MENGELUH LAGI???

http://www.iluvislam.com/

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya:

Kita bertanya : Kenapa aku diuji ?
Quran menjawab:
“Apakah manusia itu dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta ." (Surah al- Ankabut, ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?


Quran menjawab,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatau, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini ?
Quran menjawab,
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

Kita bertanya : Kenapa mesti frust ?
Quran menjawab,
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah al-Imran, ayat 139)

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya ?
Quran menjawab,
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Kita bertanya : Kepada siapa aku berharap?
Quran menjawab,
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya.Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah, ayat 129)

Kita bertanya: Apa yang aku dapat dari semua ujian ini?
Quran menjawab,
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah at-Taubah, ayat 111)

Kita berkata : Aku tak tahan!!!
Quran menjawab,
“. .dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 87)

Kita berkata: Sampai bila aku merana begini ?
Quran menjawab,
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 5-6)

Sudah.. Jangan mengeluh.. Jom baca Quran..