S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, July 15, 2009

Dialog si "lagha"


“Sesekali kita perlu menderita untuk mengenal erti bahagia...

Sesekali kita perlu kecewa untuk mengenal erti kejayaan..

Sesekali kita perlu menangis untuk mensyukuri nikmat yang diberi...

Sesekali kita perlu terhiris untuk mengenali diri sendiri...”


Banyak betul 'sesekali' kan. Tapi, kalau 'banyak kali' salah ke? Acu, cuba, try, test banyak kali derita, kecewa, keluarkan air mata... Insaf sokmo la gitu dok. Just untuk muhasabah diri. Menyucikan hati yang dah makin keras dan berkerak dari hari ke hari. (tak main r kalau setakat debu-debu nie).


Kenapa hati sampai berkerak hitam?

>>Sebab diselimuti dengan enaknya oleh DOSA...


Macam mana boleh jadi sampai begitu sekali?

>>Sebab empunya badan lena buat MAKSIAT...


Maksiat macam mana tue?

>>Buat-buat tak tahu la pulok.. ( LAGHA sepanjang masa, mengumpat tak ingat dunia & so on...)


Dah tahu salah, kenapa buat lagi maksiat tue?

>>Tu la pasal, sekejap insaf, sekejap lagha balik.. ( iman yazid wa yanqus= iman bertambah dan berkurang).


Oooo..Sekarang dah insaf balik la nie. Berapa lama kau rasa insaf tue bertahan agaknya?

>> Malam insaf, esoknya buat maksiat pulok.. Susahnya nak control diri! Please, help me!!


Ke manakah perginya engkau, iman?

Adakah lari meninggalkan empunya badan?

Atau tuan badan lupakan iman?

Sekejap datang, sekejap hilang...


Nak tahu tak teman, Imam Ghazali ada berkata,Bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam.”

>> Habis tue macam mana nie? Aku dah lemas dalam selimut dosa nie!


Jangan risau teman... Basuhlah hati kau dengan air mata keinsafan. Tak rugi kau hinakan diri di hadapan-Nya.. Bukankah Dia Maha Pengampun.. “...Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya...” (Asy-Syu'ara':19)


Lagi satu, senantiasa berbuat kebaikan sesama saudara.. Ibnu Abbas berkata, “Sesungguhnya amal kebaikan itu akan memancarkan cahaya dalam hati,menerbitkan sinar pada wajah, kekuatan pada tubuh, kelimpahan dalam rezeki dan menumbuhkan rasa cinta di hati manusia kepadanya. Jangan kau p bercinta dengan bukan muhrim sudah le yer..

>> Syukran ya Kawan..


Jangan lupa pula bagi hati kau tu makan.. Sentiasalah zikrullah... Kalau ada sesi tazkirah @ tafaqquh tue, sudi-sudikanlah p dengar ek... Kalau tak, kesian si hati, lapar r dier...


"Ya tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami,

dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi."

( Ali Imran:8)

p/s: akulah tue si “lagha”…