S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, March 4, 2009

Insya-Allah


Rujukan: Majalah Apo?


Insya-Allah..
Kalimah terpopular di kalangan umat Islam, setelah salam (assalamualaikum), adalah insya-Allah. Kalimah ini diucapkan saat seseorang ingin melakukan sesuatu atau berjanji." Dan janganlah sekali-kali kamu mengatakan sesuatu, sesungguhnya aku akan mengerjakan esok, kecuali (dengan mengucapkan) insya-Allah. Dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, mudah-mudahan Tuhan akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." (QS Al-Kahfi:23-24)

Secara literal, kalimah insya-Allah bererti bila Allah menghendaki. Sayangnya, kalimah ini kerap disalah gunakan. Ada dua bentuk penyalahgunaan. pertama, insya-Allah digunakan untuk menunjukkan janji yang longgar dan komitmen yang rendah. Insya-Allah hanya pengganti dari kalimah, "tak janji".Ini mengelirukan sebab nama Allah s.w.t dijadikan sebagai pembenaran atas kemalasan menepati janji.

Kedua, segala tindakan ditentukan oleh Allah (fatalisme). Ertinya, manusia tidak memilki ruang bebas untuk bertindak. Fahaman ini tidak tepat kerana Allah menganugerahi manusia kebebasan berkehendak. Bagaimana seseorang mempertanggungjawab perbuatan-perbuatan bila seluruh tindakannya ditentukan oleh Allah?

Sebenarnya, insya-allah memiliki falsafah yang mendalam. Pertama, dalam kalimha insya-Allah tersimpan keyakinan yang kukuh, bahawa Allah swt terlinat dalam segala tindak-tanduk manusia. Kesedaran akan kehadiran Allah ini akan memupuk tumbuhnya moral atau akhlak yamg luhur (Akhlak al-karimah).

Hanya orang-orang yang merasa dirinya sentiasa ditatap Illahi sahaja yang akan mampu menjaga diri dari segala bentuk perlanggaran. Inilah yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai ehsan, iaitu, "Engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihatmu." (HR Muslim)

Kedua, ekspresi kerendahan hati (tawaduk). Seseorang yang memastikan diri bahawa besok akan bertindak sesuatu (sesungguhnya) terselip dalam relunh jiwanya sifat kibriah ( kesombongan). Termasuk sikap, bahawa dirinya penentu segala sesuatu di masa hadapan tanpa ada peranan Allah swt. Seharusnya, orang yang sedar bahawa Allah swt selalu membimbing hamba-Nya.

Ketiga, paduan usaha dan penyerahan diri. Dalam kata insay-Allah terkandung suatu ketidak pastian akan apa yang terjadi esok. Kerananya, keyakinan ini akan melahirkan motivasi, mempersiapkan secara sempurna hal-hal yang menciptakan kejayaan dari yang direncanakn, serta memastikan apa yang akan terjadi seperti yang dikehendaki. ( QS Al-Hasyr:18)

p/s: Bila baca jer artikel nie, memang 'terkena' diri sendiri.. Kalau selama nie ada antara kita yang menggunakan perkataan "insya-Allah" sekadar menunjukkan "tak janji", marilah kita bersama-sama membuang sikap buruk nie.. Semoga kita bersama-sama dapat mengambil pengajaran dan berusaha untuk membaikinya. Astaghfirullah hal'azim..