S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, March 7, 2009

Tangisan Rasulullah s.a.w

Sering kali kita melihat orang menangis, baik lelaki mahupun perempuan. Namun, apa yang perlu diperhatikan adalah bagaimana seharusnyamenangis dan untuk apa kita menangis? Menangis tidak sekadar mengeluarkan air mata melainkan tujuannya harus jelas.Rasulullah s.a.w sering menangis walaupun jika baginda mahu, dunia sudah berada dalam genggamannya. Sedangkan di syurga, baginda berada di tingkat yang paling tib=nggi. Jadi, untuk apa baginda menangis?

Tangisan Rasulullah adalah tangisan seorang hamba yang tunduk dan bersyukur. Baginda menangis ketika berdoa atau saat-saat ketika membacaal-quran. Getaran hati kerana khusyuk dan rindu kepada Allah s.w.t, mampu melelehkan air matanya. Hatinya telah bersatu dengan ma'rifatullah ( sangat dekat kerana sentiasa diawasi).
Diriwayatkan dari Muthrif bin Abdillah bahawa bapanya berkata : " AKu pernah mendatangi Rasulullah, waktu ini aku mendapati Rasulullah sedang solat. Dan aku mendengar tangisannya seperti orang yang merintih." ( HR Abu Daud)

Abdullah bin Masud berkata : " Rasulullah berkata kepadaku, 'Bacalah kepadaku al-Quran', Jawabku : 'Ya Rasulullah,aku membacakan kepadamu al-Quran, sedangkan ia diturunkan kepadamu? Rasulullah berkata , 'aku ingin mendengarnya daripada oranglain."

Lalu Abdullah membaca surah an-Nisa'. Ketika ia sedang membca sampai ayat, " Dan kami datang kepadamu sebagai saksi atas mereka (ayat 41), air mata rasulullah menangis dan diiringi esak tangisnya." ( HR Bukhari)

Oleh sebab sering menangis ketika membaca al-Quran, lapan belas helai janggut baginda beruban, ketika ditanya oleh Abu Bakar.baginda menjawab, " Surah al-Waqiah, al- Mursalaat, an-Naba'dan at-Takwir, semuanya telah membuatku beruban."( HR Tirmidzi)

Moral Sirah:Rasulullah sering menangis kerana rasa kasihnya pada Allah s.w.t dan bagaimana pula dengan diri kita?Apa yang menyebabkan kita menangis? Adakah kerana khusyuk mendengar bacaan al-Quran mahupun kerana babak sedih drama bersiri yang disiarkan di kaca televisyen? Jadi renung-renungkanlah tangisan yang bagaimana dapat membawa kita kembali kepadanya.