S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, May 6, 2009

Memori bersama...


Alhamdulillah.. Selesai sudah semester II sesi 2008/2009. Semester yang sememangnya meninggalkan seribu kenangan samada pahit @ manis pengajian bersama-sama adik-beradik muslimat dan muslimaini BSA 2. Tanpa disedari, rupa-rupanya banyak masa yang telah kami habiskan bersama-sama sejak dari semester 1 dan aku sendiri dapat merasakan bahawa hubungan kami adik-beradik semakin rapat biarpun kami berasal dari berlainan negeri dan berlainan matrikulasi serta tamhidi. Walaupun pada permulaan semester, wujud sedikit jurang persahabatan, tapi pada akhirnya kami semua "satu kepala".. Kami bersama-sama merasai kesusahan belajar especially subj-subj semester II, bersama-sama menyiapkan tugasan dan berusaha mewujudkan satu biah yang solehah di mana masing-masing saling ingat-memperingatkan antara satu sama lain. Sesi tazkirah dan penyampaian cerita (buku) di dalam kelas sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan serta merapatkan ukhuwah kami dan diharapkan sesi ni dapat diteruskan di masa akan datang.


"Temanku, renungilah sebiji cawan, jika tidak dituang air, molekul udara memenuhinya.. Begitu juga dengan kita, jika tidak diisi iman, masuklah syaitan bermarajalela. Diri kita perlu pengisian, dengan ilmu dan agama, agar hidup dekat dengan-Nya.. Barulah hatimu tenang bahagia..."
-Tautan Hati-

Masih ingatkah wahai asdiqoie pada suatu malam di mana kita bertungkus-lumus bersama-sama menyiapkan beberapa poster/ sepanduk memboikot Israel? Pada malam itu, aku dapat melihat satu semangat jihad yang tinggi di dalam diri setiap asdiqaie dan sememangnya kita semua bersatu hati dan memberikan kerjasama yang padu dalam menyiapkan poster tersebut. Biarpun pada masa tersebut kita kekurangan peralatan dan bahan, tetapi berkat sifat murah hati asdiqaie menyedekahkan kain, kotak, kertas, tisu dan sebagainya telah berjaya menyiapkan beberapa sepanduk tanpa batang. Tanpa perlu diberikan sebarang arahan, masing-masing melakukan kerja sambil-sambil bergurau senda. Kita bersama-sama memikirkan kata-kata untuk dicoretkan di atas kertas dan kain ( Israel barbarian, Free Al-Quds, Israel is not Real & ghairuha..). Ramai yang menjadi artis pada malam itu, ada yang menggunting kain untuk diikat di kepala, ada yang sibuk melukis dan tidak lupa yang mewarnakannya..Aku masih ingat lagi, pada waktu itu, kita kekurangan berus untuk mewarnakan poster, lantas masing-masing mencarik-carikkan kertas dan tisu untuk dijadikan berus. Lihatlah betapa kreatifnya akal ciptaan ilahi. Ilham demi ilham datang memberikan kita idea bagaimana untuk 'menconteng' poster tersebut. Subhanallah.. Betapa hebatnya percaturan ilahi.. Demonstrasi memboikot Israel telah menyatukan hati-hati ini dan mengeratkan ukhuwah kami .. Kenangilah segala memori bersama kerana melalui kenanganlah kita akan menghargai sebuah persahabatan.. Uhibbukum wa ukhuwahfillah..
"Teman tersayang, aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq, Persabatan dijalin kerana Al-Khaliq, harta dikorban bukan sedikit, Cintakan kebenaran sanggup bersakit..."

"Aku juga ingin kita sepemaaf Yusuf, tetap mencintai saudaranya, walaupun dihumban ke perigi tua, terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.."

-Tautan Hati-