S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Wednesday, May 13, 2009

Paku, Papan VS Habuk Kayu

Kat sini aku ader dua perumpamaan cerita yang bagiku menarik dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai seorang hamba dan seorang yang bersaudara.. Cerita nie aku peroleh daripada seorang rakan sekuliah (Ijal) semasa rehlah Food Biotech dan aku cuba olah sedikit dan 'post'kan kat blog nie agar kita dapat bersama-sama mengambil iktibar dan juga bermuhasabah diri dan cerita nie berkisar mengenai paku dan papan..


Cerita yang pertama lebih kurang beginilah, ada seorang pemuda tue tengah sibuk membenamkan sebatang paku ke dalam sebatang papan (diperbuat dari kayu cengal kot) yang panjang. Paku tersebut telah diketuk sedikit demi sedikit ke dalam papan terbabit sehinggalah ia mencengkam papan dengan kuat. Tanpa disedari, rupa-rupanya si pemuda terbabit telah tersilap memaku di atas papan cengal yang agak keras. Akhirnya, dengan bersusah payah, dia mencabut semula paku tersebut dan sememangnya ketukan paku itu telah meninggalkan kesan iaitu lubang yang dalam ke atas papan tadi.. Sebenarnya cerita ni berkait rapat dengan diri kita, seorang hamba kepada Penciptanya.. Paku tadi diumpamakan sebagai dosa dan seperti yang telah dikatakan, paku tadi terus diketuk tanpa kita sedar dan terus terbenam ke dalam papan. Sebagai seorang manusia yang sering lalai dan alpa dengan keseronokan dunia, dosa kita sebenarnya sentiasa bertambah mengikut peredaran masa.. Meningkatnya usia di dunia nie boleh diibaratkan seperti kita sedang mengumpul dosa bagi orang yang sering lupa akan tanggungjawabnya kepada Maha Esa.. Pabila seseorang hamba itu tersedar dari dosanya atau perbuatan maksiatnya, pada masa itulah rasa menyesal terus datang dan terus sujud memohon keampunan.. Sememangnya, dosa tadi terus menyelubungi diri kita dan meninggalkan kesan yang mendalam seperti tinggalnya kesan paku tadi di dalam papan.. Tu baru sebatang paku, kalau dah berderet paku tadi diketuk ke dalam papan yang panjang, macam mana?? Walau pun dah insaf, tapi rasa malu kat Tuhan tue memang ada.. However, aku rasa diri aku nie asyik ketuk dan tarik paku di atas tempat yang sama.. Bila dah tarik paku tadi, sedar tak sedar, aku benamkan lagi paku yang lain di atas tempat yang sama menambahkan keluasan dan kedalaman saiz paku di atas papan tadi. Kalau tak pun, aku p memaku kat tempat lain, entah bila nak cabut... Aku rasa memang dah banyak kesan paku dan paku-paku yang berdiri tegak dan megah membenamkan diri ke dalam papan dalam diri aku nie.. Sempat ke atau boleh ke aku mancabut kesemua paku terbabit??



Allah berfirman, maksudnya:"Berlumba-lumbalah dalam mengejar keampunan dari Tuhan kamu, dan taman syurga yang luasnya seperti langit dan bumi." (Al-Hadid:21)


Tue baru cerita yang pertama.. cerita yang seterusnya pun sama.. Paku dan papan.. Tapi aku tambah satu lagi benda kat sini iaitu habuk kayu... Macam nie, aku umpamakan paku tadi sebagai satu sifat mazmumah yang wujud dalam diri seperti hasad dengki, kebencian dan perasaan tidak puas hati. Papan tu pula aku ibaratkan sebagai hati.. Bila dah diketuk paku-paku tadi ke dalam papan, memang agak sukar untuk kita nak mencabutnya.. Begitu juga dengan perasaan tadi.. Bila dah lama sangat pendam perasaan tak puas hati kat sesape jer, memang susah nak menghapuskan persaan tersebut. Bila dah tercabut macam mana pula ek? Kalau kita pernah merasainya, kita akan terperasan bahawa kesan perasaan tu akan terus menguasai hati kita nie... So, macam nie lah, bila dah kita cabut paku tadi, cuba kita letak atau tutup lubang kesan daripada paku tadi dengan habuk kayu.. Insya-Allah, lubang tadi akan terkambus semula.. Hmm..macam 'complicated' je kan perumpamaan nie.. Ada seorang kakak tu beri nasihat kat aku, sebagai seorang yang bersaudara, walau sebenci mana ataupun tak puas hati mana pun kita kat seseorang tu, kita mesti sentiasa muhasabah diri kita balik. Yang sebenarnya yang mempunyai masalah tue bukan orang yang kita benci tadi, tapi diri kita sendiri.. Turunkan ego, sentiasa berlapang dada dan memaafkan kesalahan orang lain serta sentiasa ingat bahawa sebenarnya setiap orang mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing... Sedekahkan walau satu senyuman kerana tanpa kita sedari, senyuman ikhlas itu mampu menutup sebarang aib diri dan menghiburkan hati orang yang resah gelisah..

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya,:"Tidak dihalalkan seorang muslim memulau sesama muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka sesiapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati, akan masuk ke dalam api neraka." ( Riwayat Daud & An-Nasai).

Daripada Anas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :"Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia mengeratkan hubungan silaturrahim." ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim)