S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, May 30, 2009

Perkongsian untuk diteladani..

Macam mana nak jadi orang yang sentiasa positif dalam hidup ye?? Sebagai student nie, memang banyaklah masalah yang perlu kita 'overcome' dan biasalah kalau kita asyik dengar perkataan 'tension'/'stress'.. Kadang-kadang tu, perkara yang kecil jadi besar bila kita asyik memikirkan perkara yang negatif je.. Aku memang tak terkecuali lah dalam hal nie.. However, aku bersyukur coz dikurniakan beberapa orang sahabat yang aku fikir memang sentiasa berfikiran positif dan kekadang tu mempengaruhi diri aku nie. Pernah suatu ketika tu, memang aku rasa 'down' giler coz result aku teruk.. Ada la satu 'paper' tu (sem lepas), memang bagi aku teruk r mark yang aku dapat. Sampai beberapa hari juga la aku duk berkurung dlm bilik..(nasib baik time tu 'study week').. Duk muhasabah diri balik.. Kawan aku, si A ni bagi nasihat kat aku bahawa takkan la kita nak salahkan takdir, kan kita dah berusaha. Dia siap bacakan satu terjemahan ayat Quran lagi yang berbunyi:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka pasti azab-Ku sangat berat.'"
(Ibrahim:7)

Astaghfirullahal 'azim.. Memang benarlah janji Allah.. Si A memberitahuku bahawa kalau memang dah ditetapkan keputusan begitu, walau serajin mana pun aku berusaha, itulah juga keputusan yang akan aku dapat. Aku pasrah, lagipun seingat aku, daya dan usaha aku untuk mendapat result yang mumtaz bagi subjek tu kurang, ditambah lagi keadaan aku yang tidak meminati subjek tersebut. So, kenapa le aku perlu rasa 'down' sangat, dah memang usahaku pun kurang. Seepatutnya aku kena rasa malu dengan diri aku sendiri coz nak mark tinggi tapi usaha apa yang telah aku buat? Memang patut pun kawan-kawan aku dapat lebih daripada aku coz usaha diorang pun lebih dari usaha aku.

"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangan.."
(Imam Al-Ghazali)



Seorang lagi kawan aku, si Z ni pula memang seorang yang berfikiran positif. Ade lah suatu hari tu, aku bagitau la kat dier yang bilik kediaman aku kat kolej ni sentiasa bising dek bunyi kenderaan yang berulang alik. ( bilik mengadap lebuh raya la katakan). Memang bising lah sepanjang masa, sampai aku terfikir, bila lah lebuh raya nie sunyi dari kenderaan. Bila si Z nie p melawat rumah aku, dier pun bagitau, "Cuba Umi bayangkan yang Umi sekarang ni duk kat tepi pantai. Tak rasa ke yang bunyi kenderaan tu macam bunyi ombak?". Pulak. Aku pun cuba lah aplikasikan nasihat dier tu. Kadang-kadang tu, bukan bunyi ombak je yang aku dengar, bunyi cam nak taufan pun ader.. Tak percaya? However, thanks for the advice, sebab sekarang nie aku tengah menghayati suasana di tepi pantai ngan angin sepoi-sepoi bahasa ( kipas je pun) yang ombak yang dan pergi..
Syukran ya sohabati. .


"Sahabat yang BERIMAN ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang SETIA ibarat pewangi yang mengharumkan, sahabat SEJATI menjadi pendorong impian.. Sahabat berhati MULIA membawa kita ke jalan Tuhan.."

Masa kat matrik dulu pula, aku sangat mengkagumi seorang student Fizik yang kemudiannya berkawan rapat denganku. Dia nie memang sangat positif dalam hidup dan antara prinsip yang dia pegang ialah "Inna ma'al 'usri yusro". Bagiku dia seorang student yang mumtazah dan mukminah kerana ciri-ciri seorang student yang cemerlang dan ciri-ciri seorang hamba yang solehah tu wujud dalam diri kawan aku nie. Bagiku, amat wajar kawan aku ni dikurniakan result yang mumtazah (4.0) kerana usaha yang dibuatnya serta hubungan beliau dengan rakan-rakan, lecturer sangat baik dan dalam pemerhatianku, hubungan dengan Pencipta juga dipeliharanya sebaik mungkin. Selain daripada rajin mentelaah pelajaran, beliau turut membantu kawan-kawan yang lain tak kira student Hayat @ Fizik dalam pelajaran. Memang setiap malam, ramai kawan-kawan lain p lepak kat bilik dier coz sikapnya yang tidak lokek ilmu. Bolehlah nak dikatakan hubungan aku ngan dier agak rapat maybe coz kami satu kepala walaupun berbeza cos. Kalau aku kata sesuatu perkara tu susah, dia akan memberitahuku bahawa tiada kesenangan sebelum kita rasai kesusahannya. Kawan aku nie memang suka berkata, "Insaflah manusia". Aku pun kekadang tu terikut-ikut kata-kata dier tu. Kekadang tue,"Umi, sayer tak leh nak puji awaklah coz takut awak riak." Die ade bagitau aku bahawa beliau ingin menjadi seorang cikgu sebab die nak didik anak melayu ( orang Islam) sendiri supaya menjadi orang yang berjaya dan alhamdulillah langkah pertamanya telah berjaya apabila sekarang dia dah p UPSI. Ake berharap dan berdoa semoger keikhlasan niatnya itu diberkati Allah ser ta impiannya dimakbulkan-Nya. Amin...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu.Ia suka membabitkan diri dalam bahaya demi kesejahteraanmu."