S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, September 14, 2013

BICARA INI DEMI ILAHI_Suami, Isteri, Anak-anak

"Suka saya berpesan kepada semua khususnya buat lelaki bernama suami. Bertanggungjawablah dalam memikul peranan sebagai seorang suami. Selalulah membaca al-Quran dan mendoakan kesejahteraan untuk anak-anak kita selain menjaga kebajikan makan minum dan tempat tinggal keluarga."

"Anak-anak adalah tanggungjawab kita. Jika bukan kita yang membentuk, membimbing, mengajar dan mendidik mereka, siapa lagi? Antara amalan saya setiap hari ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 41 kali. Ia adalah amalan saya untuk menikmati kebahagiaan bersama keluarga."

"Bagi isteri pula, bersbarlah dalam menghadapi kerenah suami. Siapa pun mereka, mereka tetap suami kita. Sekiranya suami marah-marah, isteri perlu bersabar dan berdiam diri agar sengketa tidak berpanjangan. Kebahagiaan adalah segala-galanya. Kebahagiaan adalah harta yang tidak boleh dijual beli."

"Untuk pengetahuan semua, di belakang rumah saya, ada sepasang suami isteri. Masing-masing telah berusia. Malah, tidur mereka pun berlaga belakang. Apa yang saya ingin kongskan adalah dari muda sampai ke tua, hubungan mereka suaimi isteri sungguh akrab. Walaupun tidak dilimpahi kemewahan, namun mereka bahagia."

"Bukalah mata dan hati kita. Tengok orang zaman sdahulu kala. Tabah menjalani keperitan hidup hinggakan hendak beli selimut pun tidak ada duit. Ada suami isteri yang tidur berlaga belakang semata-mata sebab hendak tumpang panas. Namun, mereka tetap bahagia. Inilah yang membuktikan bahawa kebahagiaan itu tidak terletak pada harta yang banyak tapi pada jiwa yang tenang. Ketenangan hanya datang daripada ALLAH yang Maha Pengasih."

~Bicara Ini Demi Ilahi_TGNA~