S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Monday, September 16, 2013

Ciri-ciri Wanita yang Terlalu Rendah Diri

1. SENTIASA BERASA DIANIYAI:
Tidak ada seorang pun yang disukainya. Jika ada orang yang mempersendakannya, dia akan bersangka buruk dengan berkata: "Sudah tentu mereka bercakap tentang keburukan saya, maka saya patut menjauhi mereka." Tanggapannya terhadap lain sentiasa negatif, dirinya dikuasai fikiran negatif dan tafsiran-tafsirannya sentiasa terpesong.

2. PERASAAN BERLEBIHAN:
Iaitu perasaan mementingkan diri sendiri. Teguran yang sederhana sekalipun akan menyalakan api kemarahan dalam jiwanya. Setiap nasihat dan teguran akan dilawan dan dihadapi dengan keangkuhan dan ego. Dia sentiasa mengecilkan sesuatu dan memandang rendah perkara-perkara besar.

3. TIDAK MENILAI PENCAPAIANNYA:
Pencapaiannya tidak dilihat sebagai sesuatu yang penting. Dia tidak mempunyai kefahaman yang jelas tantang kejayaan, dan seringkali mengkritik diri sendiri dalam bentuk yang teruk.


4. TERLALU CEPAT MENGANGKAT BENDERA PUTIH (MENGAKU KALAH):
Mudah mengaku kalah dan cenderung kepada kegagalan dan kekecewaan. Dia tidak mempunyai keazaman dan kesungguhan yang mendorongnya untuk berusaha, mengatasi halangan-halangan dan mengatasi kegagalan dan kesulitan.

5. TIDAK SENANG DENGAN KEJAYAAN ORANG LAIN:
Dia melihat ada ketidakadilan dalam penentuan rezeki-kita berlindung dengan nama Allah SWT daripada sikap ini. Contohnya, dia berpeluang melakukan sesuatu tetapi kemudian usahanya disekat dan peluang itu diberikan kepada orang lain. Apabila dia melihat usaha yang dilakukan oleh orang lain itu berjaya, timbul dendam di dalam hatinya, dia berasa sedih dan dadanya terasa sempit.

6. TERSINGGUNG DENGAN JENAKA:
Dia akan ketawa terbahak-bahak apabila ada orang memberi komen yang berbentuk jenaka kepada rakannya. Namun, ketika komen tersebut terkena pada dirinya, dia akan tersinggung dan tidak dapat menerima perkara itu.