S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, March 11, 2011

Emo memanjang..


Kelmarin, ada sorang kawan ckp kat aku yang dia terasa yg dia nie seorang bodoh..
Hari nie, aku pula rase yang aku nie bodoh..
...................................................................
Penyakit nie dah berjangkit kat aku!..

Bodohnya hidup bila membiarkan masa berlalu begitu sahaja..
Bodohnya hidup bila sentiasa lari daripada masalah yang x pernah2 nak selesai..
Bodohnya hidup bila membiarkan 'emo' merajai hati!
Bodohnya diri nie bila tak tahu nak buat apa-apa, padahal byk je kerja..

Di manakah 'En. Rajin' nie menghilangkan diri?
Di manakah 'En. Pandai' nie bersembunyi?
Kenape 'En. Malas' pula yang sibuk bertandang?
Kenape 'En. Emo' pula yang mengada-ngada nak datang?

Ingat! Hidup nie tak boleh nak manja-manja!
Ingat! Hidup nie tak boleh nak mengada-ngada!
Ingat! Hidup nie bukan utk dipersia-sia!
Ingat! Hidup nie bukan selamanya di dunia!

p/s: Teringat mase kecik2 dulu, perkataan 'bodoh' nie diharamkan guna kat umah.. Pernah mak cilikan mulut arwah adik sebab sebut perkataan yg seumpama dgnnya.. Cili merah tue siap mak gantung kat dinding rumah, nak suruh anak dia ingat tak boleh cakap mencarut.. Aku alhamdulillah tak pernah kena lagi sistem cili tue.. Tapi kene sistem lain pula..hehe.. kelakar pula bile teringat kembali nostalgia lame2..Sekarang, sistem nie dah dihapuskan di rumah.. Aku ank sulong, so sempat merasa kesemua sistem2 'cili pedas, rotan-seingat aku tak pernah rase ngan parents, tapi ngan cikgu pernah, kurung dlm tandas-malas nk p sekolah, sape suruh..' hehe.. Banyak agi sistem-sistem yg sempat aku rase.. Rugi betul adik aku sekarang nie tak dapat merasa sistem nie.. Sebab diorang baik kot dari aku dulu.. huhu.. Nampaknya aku kena guna sistem nie supaya aku boleh jadi cam dulu-dulu..!