S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Friday, March 18, 2011

Jadilah manusia luar biasa


Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Alhamdulillah, berakhir juga minggu yg agak kontroversi..^^
Antara pengajaran sepanjang minggu nie 'berkampus' di USIM yg boleh dijadikan sebagai ikhtibar & panduan hidup di masa akan datang:

~ Sentiasa berlapang dada menerima kritikan orang.. kena ingat, kita bakal berdepan dgn lebih byk kritikan samada kritikan yg membina or yg menjatuhkan bila berdepan je ngan masyarakat luar...

~ Utamakan yg mana lebih penting dulu..

~ Jangan perbesar-besarkan hal yg kecil..

~ Setiap masalah pasti ada jln penyelesaiannya.. Lebih baik cari 'solution'.. Jgn duk 'condem' je.. memang confirm x jumpe jln..

~ Bersyukur sebab sentiasa ada teman seperjuangan yg akan membangkitkan semangat di kala 'down'.. Ce pikir, bile da kerja, kawen, hidup ngan masyarakat kat luar, susah dah nak jumpe kwn cam gini.. Teringat pesanan nisah semalam, bile dah kuar dari USIM nie, contact2 la kwn2.. mesej2/ emel2 bagi nasihat, kata-kata semangat.. Nanti bile dah x duduk bersama, sape la lagi yg sudi nak berkongsi masalah, meniupkan semangat..

~ Hargailah detik-detik terakhir di USIM.. gunakan peluang nie utk terus menimba pengalaman, mengutip ilmu, merakam kenangan bersama teman-teman.. Pelik, kenapa org nak sgt cepat-cepat habiskan semester kat USIM. Bagi kitorang (4 sekawan), kat luar satgi (abes grad), lagi pahit, lagi lelah, lagi perit pengalaman yg bakal dikutip. Sekarang memang la susah, tapi lepas nie lagi susah.. Kat kampus ni pun dah berhadapan dgn pelbagai kerenah, inikan pula kat luar.. Lagi la penuh ngan cabaran.. This is the real life.. Semoga Allah terus memberi petunjuk di dlm kehidupan kita.

~Sabar setiap masa.. Kesabaran memang sentiasa ada had limitnya.. Aku pun same.. Kadang-kadang meletup gak.. Ambil inisiatif utk mencabar diri utk terus bersabar.. Kena sentiasa ingat, bila la dunia ni nk aman, kalau penghuninya hidup dalam kebencian, kemarahan.. La taghdhob~

~ Tak baik putus asa dalam menangani setiap masalah yg berlaku. Allah x suka.. Bila rasa je 'down', cepat-cepat muhasabah diri, istighfar, mintak nasihat drpd sahabat. Tangani masalah dengan matang & bijak..

~ Positive thinking.. gunakan masa on da way balik umah/ p kampus naik bas dengan bermuhasabah.. Kalau kita teliti dgn setelitinya, sebenarnya ade je 'rasa manis' di sebalik 'rasa pahit' kehidupan tue.. Kalau selamanya 'manis', leh dapat 'diabetes'.. hehe.. (pabila bdk sains berbicara, keluarlah bhs saintis ala puitis).. sekali terkena, terus ingat selama-lamanya..

Akhir kalam, bagi yg xnak berkongsi suka & duka ngan teman, berbicaralah dgn Tuhan.. kitakan hidup bertuhankan Ar-Rahman lagi Ar-Rahim.. Dia tidak pernah letih mendengar celoteh kita.. Dia tidak pernah jemu mendengar rintihan kita.. Dia tidak pernah lari walau kite letih mengejar dunia.. Setiap penciptaan ade tujuannya.. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Betapa pengasihnya Dia.. Kita je yang lupa, Dia turunkan ujian sebab nak suruh kita kuat.. Berdoalah moga diberi kekuatan utk melalui ujian-NYA, bukan moga dikurangkan ujian.. Ujian dtg sebab Dia sayang, nak suruh kite berlama-lamaan berdoa kpd-NYA.. Ramai hamba-NYA memunculkan diri dikala kesempitan, tapi menghilangkan diri di kala kesenangan..

Bila senang, nak tegur pun payah.. bile susah, mulalah terhegeh-hegeh.. Walaupun hamba-Nya begitu, DIA tetap setia..Ya Rabbi, Pengasihnya Engkau!

~muhasabah~

Kalau menjadi manusia,
Janganlah menjadi manusia biasa,
Longgar jiwanya,
Rapuh imannya,
Sempit mindanya..
Jadilah manusia luar biasa,
Gah jiwanya..
Kental imannya,
tertib solatnya &
Quran juadahnya..