S.M.I.L.E

When you can’t have what you want, ask Allah for Paradise, for it is there you will be able to have everything you want. :)

Saturday, March 5, 2011

Subhanallah~



Saya rasa dahaga!..
Sebab tue....

Saya sukakan air.. Sebab tue bila saya rasa dahaga, saya akan terus menerpa botol saya yg berwarna pink utk minum air masak.. Bila badan dah melekit seharian di kampus, saya perlukan air utk membersihkan diri.. Bila saya nak solat, saya suka utk menyucikan diri dengan wudhuk menggunakan air.. Bila saya demam, saya akan ambil tuala kecil yang dah dibasahi air utk saya letakkan di atas kepala saya.. Bila saya rasa rimas/ letih/panas, saya akan terus minum air masak.. Saya juga perlukan air yg banyak utk mencuci pakaian saya sebersih-bersihnya.. Bila nak masak pun saya akan tambah air dlm masakan utk membuat lebih kuah.. Ayah saya pun suka je bawa saya, adik2 dan mak p b'kelah kat tempat yg ada sumber air, samada kat air terjun, pantai.. Mana pernah ayah saya bawa kami pergi berkelah kat bangunan yg tinggi-tinggi.. Cuba bayangkan kalau dunia tanpa lautan, tasik, air terjun, pantai? Tension nye kan.. Dan yg paling sinonim dgn setiap daripada wanita dlm kehidupan mestilah air mata.. Sy pun perlukan air mata utk menangis.. Realiti..

Bagaimanakah saya tanpa air?

Tanpa air, saya akan berasa pening kepala, letih tak bertempat, 'moody' semacam.. Kenapa? Sebab dah memang saya diciptakan oleh Allah dengan peratusan air yang banyak dalam badan saya - 70%.. Tanpa air, oksigen yang saya dapat drpd atmosfera tak boleh sampai kat otak, otak manusia perlukan lebih kurang 85% air.. Tanpa air, badan saya bakal terhidrasi.. 'Conspitation' akan berlaku.. Sistem dalam badan sy akan terganggu.. Mata sy akan pedih sebab kering tanpa air mata.. Hati saya akan lemah sebab tak dapat menangis.. Dunia akan suram dengan penghuninya yg lemah, penuh dengan keserabutan masalah hidup..

Air mata pun merupakan salah satu drpd jenis-jenis air amat yang penting utk manusia.. Banyak sangat keajaiban air mata ciptaan ALLAH nie.. Bila ada habuk dalam mata, automatik air mata akan mengalir.. Senang le habuk nak keluar.. Air mata juga melindungi pancaindera penglihatan kita drpd pelbagai kuman sebab ada 'Lysozime' . Lysozime nie akan membunuh mikrob yg gatal-gatal nak 'attack' mata kita. Subhanallah.. Pentingnya air mata nie.. Percaya atau tak bahawasanya, air mata dapat memberikan kekuatan kat kita.. Yg nie kena explore sendirilah.. Teruskan mencari kebenaran di sebalik kata-kata saya ini..

Justeru itu, hargailah nikmat air yang ALLAH telah ciptakan utk kita terutamanya air mata..

Menangislah kerana ALLAH..& jika kau tak mampu utk keluarkan walau setitis pun air mata krn ALLAH,
menangislah kerana ketidakmampuan itu..
Tanyalah diri, apa sudah jadi pada hati?

Jgn bazirkan air mata krn dunia yg b'sifat sementara..
Jadikan air mata sebagai penguat jiwa..
Teman setia di kala sedang berduka..
Khaskan ia hanya pada Pencipta..

Hapuskan noda semalam dengan air mata penyesalan..
Gantikan esok dengan air mata kerinduan..
Titiskan hanya buat yg Maha Penyayang..

Ketahuilah diri, air mata bukan tanda kelemahan..
Tapi kebangkitan dari lelah semalam..
Jangan biarkan diri layu dlm kelesuan..
Bukankah engkau sudah berjanji wahai pejuang?

..........................................................................................................................~miSyu~.............